Assalamualaikum semua perkenalkan diri aku Fezzul berumur awal 20 an dan seorang lelaki. Aku nak kongsi cerita yang mana ayah dengan mak aku terpaksa jadi penjamin bagi hutang pak ngah aku.
Untuk pengetahuan korang mak dan ayah aku bekerja sebagai penjawat awam tapi bukan berpangkat just pekerja biasa.
Jadi nak jadikan cerita time tu aku berumur belasan tahun masih bersekolah pak Ngah aku ni dulu bekerja berkaitan dengan laut aku tak tau jawatan apa tapi setelah berhenti dari kerja tu pak ngah aku ni dia buat bisnes.
Dia buka kedai runcit di kawasan berdekatan dengan rumah dia. Dan pada masa yang sama jugak dia beli kereta mewah.
Dia selalu jugak beli barang kemas dekat Tok aku. Yang aku pelik dari mana dia dapat duit nak beli semua tu??
Rupanya semua terbongkar apabila aku dapat tau yang dia pinjam dari Ah Long.
Hari-hari dia mai rumah aku minta duit dekat parents aku nak bayar hutang Ah Long. Dia kata Ah Long nak bunuh dia jadi dia terpaksa lari pergi ke tempat yang selamat.
Parents aku tak dak pilihan lain terpaksa bagi duit simpanan Tabung Haji dekat Pak Ngah aku tak cukup dengan tu parents aku jadi penjamin Pak Ngah aku.
Jadi setiap bulan gaji parents aku memang akan dipotong beribu nak bayar hutang pak Ngah aku ni.
Selepas dari kejadian itu parents aku bergaduh teruk dengan Pak Ngah aku ye la sebab duit tak cukup nak survive.
Lagi pon aku ada adik OKU terlantar memang nak guna duit banyak nak beli susu lagi pampers lagi nasib baik aku duduk di asrama sekurangnya makan minum aku terjamin.
Cuma time tu aku ada la jugak rasa susah sebab tak boleh nak beli baju dengan seluar baru.
Mak aku pula dah mula stress balik je dari kerja suka marah-marah tanpa sebab. Tambah lagi mak aku kena jaga adik aku yang OKU aku dapat rasakan tekanan yang mak aku alami.
Dengan bebanan kerja, ada anak OKU tambah lagi bebanan hutang Pak Ngah aku siapa je yang tak stress kan.
Setelah tamat dari tingkatan 6 di sekolah yang sama aku dapat sambung belajar di universiti awam dekat KL. Aku memang perlukan duit yang banyak nak beli barang keperluan dan yuran universiti.
Tambahan pula aku duduk di bandar memang kos sara hidup tu tinggi. Setelah sebulan di universiti aku dapat depression. Banyak sebab yang menjadi punca aku dapat depression antaranya tak cukup duit nak survive dekat sana.
Duit pinjaman PTPTN masa tu masuk lambat dan lepas bayar yuran saja. Aku sedih duit simpanan parents aku sepatutnya digunakan untuk aku sambung belajar habis bagi dekat Pak Ngah aku.
Akhirnya aku berhenti belajar sebab aku rasa susah nak survive dekat sana.
Parents aku pula still kena bayar hutang pak ngah aku sampai pencen. Boleh bayangkan la hutang pak ngah aku banyak macam mana kan.
Sekarang tahun 2020 mak aku pon dah pencen pilihan dan hutang dah habis dibayar. Cuma ayah aku je still kena bayar hutang tu sampai dia pencen lagi 2 tahun.
Hubungan aku sekeluarga dengan pak ngah aku still dingin cuma dah tak bergaduh. Pak ngah aku pon dah akui yang dia silap dan dia hanya bayar hutang mak aku 10k je sebab tu je yang dia mampu.
Sekarang dia jual nasi lemak kecil-kecilan di depan rumah dia.
Harap korang semua dapat ambil pengajaran dari kisah aku. Jangan la jadi penjamin walaupon darah daging sendiri suruh.
Dan yang penting hidup ni kena bersederhana ukur baju di badan sendiri. Jangan nak hidup mewah dengan cara berhutang.
Itu saja dari aku terima kasih semua doakan aku dipermudahkan urusan nak sambung belajar balik tahun ni.
– Fezzul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit