Penjara Emak

Assalamualaikum…

Aku,mulakan cerita ni dengan fakta yg mak aku anak no. 4 daripada 10 beradik dan dia adalah orang yg paling lama tinggal dengan atuk aku sbb dia tolong atuk menguruskan kedai makan. Kira2 daripada kecil sampailah masa beliau kahwin dia tolong atuk uruskan kedai makan. Bayangkan 40 tahun duduk bersama uruskan bisnes yg memang memenatkan dia sebagai seorang perempuan dan tidak dibantu oleh adik beradik beliau yang lain kerana masing2 tinggal tempat lain lepas kahwin. Masa kami dah pindah di rumah lain, mak masih lagi kerja membuat kuih di sebuah kilang untuk menyara kami dan ayah meninggal dunia masa aku di sekolah rendah.

Maka, rutin dan tanggungjawabnya berubah kepada ketua keluarga kecil kami. Sehingga lah lebih kurang 4 tahun lepas kematian ayah, majoriti adik beradik mak memujuk mak untuk balik ke kampung dan menetap di sana bersama atuk. Pelbagai janji mereka tabur untuk bantu keluarga kami jika kami pindah kampung. Maka pada ketika itu kami nekad untuk berpindah tinggal bersama atuk selepas berfikir2.

Tanggungjawab ibu menjadi lebih berat kerana dia bertanggungjawab untuk menjaga makan minum dan pakaian atuk. Ibu tidak bekerja kerana atuk memerlukan penjagaan dan perhatian yg lebih. Tak apalah pada aku sbb sekurang kurangnya dia dapat berjasa pada atuk. Belanja harian kami adalah dari duit pencen arwah ayah. Aku suka untuk tinggal di rumah atuk, tapi, aku jadi benci pada adik beradik mak kerana semua janji yg mereka tabur akhirnya tinggal janji. Janji yang dia tabur antaranya adalah nak tolong mak untuk bersihkan rumah atuk,tapi sampai lah lebih 5 tahun aku tinggal sini tiada sorg pun yg kisahkan pasal rumput halaman yg panjang, malahan ada yg dtg dan complain rumah agak sepah. Pada aku, siapa yg pernah jaga orang tua, akan faham bukan senang nak pastikan keadaan rumah jadi tip top. Aku jadi lagi bengang bila semua pakcik makcik balik sekali ngan anak2 mereka x de common sense langsung pasal pinggan mangkuk sendiri nak basuh pun tak reti.

Aku memang dah kira fed up lah sebab nya bukan sekali dorg buat mcm ni. Setiap kali dtg buat macam ni. Kadang2 aku fikir kitorg dah ibarat bibik kat rumah sendiri. Sudahlah x de kebebasan nak buka aurat, lagi kan nak ada masa dan ruang peribadi.. Lagilah tak de. Pernah sekali pakcik aku balik kampung dan tanya pasal ada tak air batu pada atuk aku, pastu atuk suruh adik aku yg tengah tgok TV pergi ambilkan untuk dia. Itu baru satu, belum lagi termasuk hal2 kitorg x boleh tgok TV sendiri bila mereka datang.. Masing2 concure mcm kitorg ni apa je kat rumah tu. Charger phone memang x Yah cakap la dah berapa banyak kali hilang sebab diorg pakai,lepastu memasing diam mcm x de apa jadi.. Aku tak tahu la sakit hati ni mcm mana nak ckp. Tapi setiap kali aku ckp ngan mak pasal benda ni, mak selalu ckp x pe, sabar je.. Lama2 aku, dah mula imun la dengan bende2 mcm ni. Aku sebenarnya lagi fikirkan perasaan mak.

Sebabnya mak yg paling banyak sabar dlm situasi ni. Mcm2 diorg mengata pasal family kitorg yg tak betul.. Ada yg ckp kitorg ni x mesra layan diorg la bila diorg balik.. Tapi, mak tetap sabar sebab mak ckp mak duk rumah ni ikhlas untuk jaga atuk.. Mak, banyak kali cerita kat aku pasal dia sakit hati dengan adik beradik dia, tapi at Last dia sendiri yg akan ckp mak bertahan ni pun sebab mak percaya ada berkat mak tolong atuk kat sini. Mak banyak kali kena marah dengan adik beradik dia masa dulu. Dan dia memang akan cerita pada aku.

Atuk aku sakit tua. Dia x kan pergi mana2 pun sebab dia jenis yg selesa duduk di rumah. Pernah sekali pakcik aku buat kenduri dan mak berhajat nak pergi. Mak dah siap dah pun dengan baju kurung bertudung, dia mintak tolong dengan sorg adik dia untuk jagakan atuk aku sebab dia nak ke sana. Tau tak apa yg jadi? Pakcik aku marah2 dan tengking mak suruh mak untuk duduk rumah, jaga atuk.. Mak kecil hati sangat. Lepas dari peristiwa itu, walau apa pun kenduri atau, even yg sedara mara anjurkan, mak memang x akan pergi dan duduk rumah jaga atuk. Peristiwa ni mak aku ceritakan pada aku masa aku kol dia dari universiti. Bayangkan, hati anak mana yg x sedih bila ibunya diherdik sedemikian rupa.

Aku x tahulah berapa banyak lagi luka yg mak nak tanggung. Aku x suka dorg layan kami mcm bibik di rumah ni. Bila nak makan apa2 atau nak minum apa2, order je ngan kitorg mcm kitorg pelayan restoran. Yang masak kat rumah bila ada gathering memang mak aku lah, sekali ngan kitorg adik beradik.. Aku dah jadi menyampah bila da sampai tahap layan mcm bibik ni, mana janji2 nak tolong famili aku? Mana yang korang kata nak senang kan famili aku? Sampai lah sekarang ni atuk dah tak da de dah… Sama je semua x berubah jugak,x de keinsafan.. Kalau betul lah diorg ni tahu hukum, dorg x kan layan lah kami beradik mcm bibik kat sini…

Sebab tu lah aku sentiasa berazam nak bawa mak keluar dari rumah ni, dan aku nak sangat berjaya dalam pelajaran dan kerjaya aku sebab aku nak sangat tgok mak aku hidup senang.. X payah susah2 duduk sini org layang mcm bibik… Aku sakit hati, aku rasa berdosa sebab aku x dpt nak senangkan mak dalam masa terdekat ni.. Korang doakan lah aku berjaya dlm pelajaran dan boleh beli rumah dan senang kan mak aku… Aku, nak bebaskan mak daripada seksaan adik beradik dia kat sini… Betul… Mak aku dah cukup penat sepanjang usia dia hidup… Kahwin lambat, kematian suami awal, besarkan kami beradik tanpa suami, kerja di kedai makan 40 tahun sedangkan adik beradik lain lepas kahwin duduk dengan Keluarga memasing…. Mak pun sentiasa ingatkan aku untuk berusaha dan cari kejayaan sebelum berumah tangga.. Dia selalu ckp jangan jadi susah mcm mak… Bila aku fikir lama2, aku jadi sedih sangat fikirkan dugaan hidupnya.. Doakan semoga amalan dan pengorbanan mak aku Allah terima ya…

Terima kasih

– Anak yang kesedihan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *