Penjara Hati Yang Kosong

Aku seorang isteri lewat 20an, bekerja di dalam syarikat naungan papaku sendiri dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Aku telah diuji mempunyai 2 orang anak yang high demand (erti kata lain sejenis baby yang lahir je tengok dunia ni memang kerjanya nangis sahaja).

Dua2 anakku Alhamdulillah comel2 belaka tetapi dugaan untukku amat berat kerana aku dikurniakan suami yang sangat kurang commen sense.

Aku sudah bernikah 6 tahun dan sepanjang perkahwinan ini aku lebih banyak mendapat ehsan dari papa berbanding suamiku. Erti kata lain, jika ada masalah, orang yang cepat hulurkan bantuan adalah family aku sendiri daripada suamiku.

Alhamdulillah family aku memang tinggal dekat dengan tempat kerjaku memandangkan company itu kepunyaan papaku.

Aku ceritakan perjalanan hidup kami bermula selesainya akad nikah. Aku bunting pelamin dan jarak anak kedua adalah 2 tahun so boleh dikatakan agak rapat sebenarnya jarak umur anak2 ku.

Sepanjang mengandung, aku selalu ada masalah tapi tak teruk mana sebab tak de pon darah tinggi atau kencing manis.

Cuma awal2 tu doctor tak dapat detect baby laa, aku punya baby terlebih besar laa dah semua ini memerlukan kerap juga aku kena pergi ke hkl.

Tetapi Alhamdulillah segala check up atau appointment aku boleh drive dan pergi sendiri sebab suamiku sering mengatakan dia buzy di tempat kerjanya. Kadang2 adik lelaki aku temankan dan sampai doctor dah anggap adikku itu suamiku. Sadis kan hidupku.

Aku masih okey ketika mengandungkan anak pertama sebab memahami strugglenya suami aku ingin mencari rezeki kerana ketika itu gajinya maybe dalam 1500 sahaja,

(Aku agak ja sebab kerja itu aku yang carikan dan sampai sekarang aku masih tidak ketahui gaji sebenar suamiku setelah beberapa kali die naik pangkat).

Bukan tak pernah tanya tapi bila dia tak jawap, aku pon memang tak ambil tahu memandangkan aku sendiri ada gaji sebanyak 1200 dan part time aku boleh dapat bersih 600-700 sebulan.

Segala persiapan, baju anak, bil hospital dan duit berpantang semua duit aku 100% sehingga laa sekarang anak sekolah, hantar pengasuh semuanya laa.

Awalnya aku tak berkira sebab fikir gajinya kecil. sewa umah lama dulu pon aku yang bayar tapi entahlah sekarang aku macam menyesal menggunakan duit sendiri atas alasan aku mampu cari duit.

Susah senang hidup kami maybe macam pasangan lain laa kot kan tapi sekarang aku jadi sangat2 membenci suamiku bukan kerana wang tapi suamiku memang sejenis pemarah dan akan cari pasal bila anak nangis.

Aku pon jenis cepat panas dan sepanjang 6 tahun ini kami lebih banyak bermasam muka daripada mencipta kenangan manis.

Kalau pergi bercuti pon sama ada bersama mertua atau familyku memang kami akan spoilkan suasana hanya kerana anak meragam.

Entohlah tak tau nak describe macam mana tapi asal anak meragam ja kami bergaduh.

Dan anak2 kami dua2 memang kaki meragam dan hari – hari laa kami bermasam muka sehingga lah akhir tahun lepas ketika birthday anak sulungku, aku bertengkar teruk dengan suamiku di hadapan ibunya.

Teruk yang aku maksudkan adalah kami sampai saling tumbuk menumbuk. Bodohnya aku kan.

Iyaa aku laa yang mulakan cubit pinggang suamiku, dah berakhir dengan agenda saling membalas tumbukan. Tangan aku dan badan2ku lebam dan aku yakin suamiku pon sama.

Setelah bertengkar tu, ibunya lebih menyalahkan aku kerana aku yang mulakan dahulu tapi kan apalah sangat tenaga perempuan & tenaga lelaki kan tuan puan. Pagi tu aku keluar rumah suamiku dan balik ke rumah ayahku tanpa menceritakan apa yang berlaku.

Aku pergi kerja macam biasa tetapi mak dah tahu kerana mertuaku call mak marah2 malam kejadian itu. Selepas aku balik dari kerja aku masuk ke bilik mak dan tunjuk semua lebam yang ada di badanku dan aku hanya senyap.

Aku cakap apa yang mak mertua ceritakan itulah kejadiannya sebab aku dah malas nak ceritakan. Pertama, aku malu sebab kami memang kerap bergaduh sampai mak dah boring nak layan.

Mak duk dekat kan so memang tau je bila kami bergaduh sebab suamiku memang sejenis yang akan tunjuk muka masam walaupon isunya kecil.

Keduanya aku dah burn out. Dengan sakit2 badan aku masih bekerja dan balik masih menyusukan anak macam biasa untuk tidak memikirkan kejadian yang memedihkan hati aku.

Lama juga aku stay di rumah papaku, rasanya dalam 2 bulan lebih. Bukan suamiku tak pujuk tapi aku sudah betul2 malu dan putus asa. Bila imbau kembali hanya boleh dikira dengan jari ja kenangan manis kami.

Aku sangat sedih tapi aku tak mampu menangis sebab aku masih bekerja dan duduk di rumah parents. Aku tiada masa untuk memikirkan diriku sendiri sampai lah satu saat mak dan papa cakap sampai bila nak duduk sini. Suami dah pujuk, so isteri pon kena mengalah.

Maka pulanglah aku bersama anak2 ke teratak kami. Aku drive sendiri ke sana bersama anak2 dan bila sampai je depan pintu hati aku kembali sakit yang teramat sangat. Aku nak patah balik ke rumah mak tapi aku fikir sampai bila aku nak lari……

Berada di sana hubungan kami sebenarnya tidak pulih seperti sedia kala, dan kami sudah asing tempat tidur. Hubungan suami isteri itu ada tapi bila selesai suami akan pergi tidur di bilik anak sulung kami. Bab ini aku punya hati laa yang masih belum boleh terima.

Ialah memang suami dah minta maaf, tapi dia sebenarnya tak berubah mana pon. Masih marah pada anak2, tapi bila dia marah, aku banyak buat bodoh ja.

Kesudahnya bila anak badmood, aku drive pergi kerja pon spoil mood dan si kecil tu mengempeng laa pada aku sambil aku drive.

Yeee kawan2 aku tahu bahaya memandu sambil susukan anak tapi apa pilihan aku ada ?? Jika ditakdirkan berlaku kemalangan pon, aku pasrah dah.

Ada ja kadang2 suami cuba nak perbaiki hubungan cuba gurau2 tapi bagi aku selagi engkau tak belajar melayan anak elok2, tak ada commen sense hmmm tak payah laa nak romantik2 dah. Menyampah dah rase hati ni.

Ini dah hampir 4 bulan laa kot aku kembali ke sana tapi hati aku kosong.

Aku mula jeles tengok kawan2 aku yang disayangi suami di facebook, ig dan malah ketika keluar hang out, melihat kawan2 ku yang ada anak pon masih dilayan dengan baik. Suami pandai ambil anak ketika isteri tengah makan.

Aku semakin jeles dan tertekan sampai aku rasa sampai bila aku nak bertahan dalam perkahwinan yang macam ni.

Tapiii nak cerai, aku tiada alasan ketika ini kerana sejak balik ke sana hanya 2 -3 kali aku luah tak puas hati, tapi endingnya sama dan paling kelakar suami ws mak mertua “tak pa laa kita pasrah dan layan ja perangai bini” macam tu laa jawapnya.

Aku rasa maruah aku as isteri dah tak de dah di mata family suami setelah semua berlaku tapi aku masih act like nothing dan tak cuba berbincang pon sebab aku tau asal berbincang, hanya berbalik aku yang salah kerana tak hormatkan suami.

Aku jemu dah. So sejak aku baca ws ayat suami hantar pada mak mertua memang aku jadi heartless. Aku tak cari gado dah tapi aku pendam dalam hati.

Lama lama sekarang aku jadi annoying bila anak buat perangai. Aku rasa macam nak je selotep mulut anak2 kalau dorang meragam. Aku jadi benci sebab anak aku tak behave macam anak orang.

Benda yang buat aku happy sekarang adalah bersembang or ws dengan budak2 rider yang selalu tolong aku, sembang dengan staff2 kerja, pergi sembang dengan budak2 or uncle2 isi minyak,

Lepas sembang mood aku okey laa balik tapi aku sedar benda macam ni tak boleh sebab status aku masih isteri orang.

Semua yang aku sembang tu lelaki. Aku jadi makin benci dengam situasi ni. Aku bukan laa bercinta dengan orang2 yang aku sembang ni cuma kadang2 aku rasa eh aku ni bergurau senda, belanja rider laa, belanja staff laa tanpa hiraukan laki macam tak patut.

Pas2 raya ni makin hati meronta nak cerai sebab aku dah buat apa aku nak clear up. Aku dah balik umah suami, aku dah bermaafan di kampung suami, minta maaf kat mertua dan dah cuba berbaik dengan ipar duai.

Oh lupa sejak gaduh depan mertua tu aku diremove dari group ws family suami, so aku balik kampung, aku cuba laa layan nice2 pada dorang walaupon hati tengah membengkak lagi.

Aku rasa aku dah puas hati bertahan dan memberikan suasana raya bermakna untuk suami dan anak2 tapi kali ni aku rasa aku juga perlu ikut kata hati aku.

Aku dah tak mampu cintakan suamiku seperti dulu. Tapi aku kasihankan anak2 ja tapi jujur aku dah rasa sampai tahap rimas kalau suami cuba mendekati aku. Entah mampu atau tidak aku bertahan dalam perkahwinan yang pura pura ini.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *