Setelah sekian lama aku berhasrat nak menulis cerita sebagai penjawat awam akhirnya Zack yang tampil berkongsi pengalaman beliau sebagai penjawat awam dulu, (https://iiumc.com/kakitangan-awam-pemalas/).
Kisah di jabatan yang aku bertugas tak kurang ‘hebat’ seperti Zack. Budaya malas, rasuah, menipu, ambil kesempatan adalah seperti norma biasa di sini.
Aku mulakan kisah dengan bos aku, seorang bergred 52. Sepanjang aku bertugas disini dari 2016, segala-gala semua bukan kerja dia. Semua kerja orang lain. Alasan dia, dia dah hampir bersara (2025) jadi, tak perlu buat kerja.
Tapi wayang cukup hebat. Apa benda hasil kerja orang yang baik semua dia cakap dia yang buat kepada pihak atasan. Apa benda yang tak betul semua disalahkan kepada orang lain.
Yang kerja kat sini bukan baru 1-2 tahun. Berpuluh tahun pun ada. Tapi ikut perangai dia (boss) la banyak. Apa benda pun semua tak tahu, tak pasti, tolong sat. Sesiapa yang bantu, secara automatic jadi kerja tetap mangsa terus sampai pencen.
Bos aku dengan konco-konco hari-hari datang kerja, bersembang dari pagi sampai petang dalam ofis. Bila ada mesyuarat, dia suruh orang lain yang hadir.
Kalau ada lawatan, cepat-cepat dia keluar konon-konon ada site visit. Bagi aku, geng ni langsung tiada fungsi dalam Jabatan.
Aku tahu banyak sebab aku pn pernah terjebak dengan geng ni.
Bab kerja semua malas. Kelayakan, kebajikan, keistimewaan kakitangan di tolak mentah-mentah oleh bos. Apa sahaja kelebihan yang orang lain layak, dia bangkang.
Dulu masa LGE nak mansuh elaun kritikal, dia la no 1 yang beleter. Rupanya segala-segala elaun dia terima. Keraian, Kritikal, serba serbi pun dah beribu.
Setakat aku kerja ni, hampir 85% kerja dia, orang lain yang buat. Tak pernah pn aku Nampak dia turun padang membantu. Sampai tahap mesyuarat dengan pengarah pun, orang yang kena wakil. Dia dan konco-konco bergelak tawa dalam ofis.
Aku ada lebih kurang 100 orang kakitangan dibawah seliaan aku. Macam-macam perangai ada. Kalau cakap pasal kuarantin, aku rasa orang yang sama saja dekat 7 kali kuarantin.
Dengar ja orang positif, dia pun close contact. Tapi sekali pun dia tak pernah positif covid19. Aku yang kena kerja dari PKP 1 sampai sekarang pun tak pernah di kuarantin.
Anxiety pun sama. Ambil kesempatan. Memanjang panic. Kena kerja teruk sikit terus sakit. Gelaran di tempat kerja, Ustaz, Imam, tapi kerja tiada Amanah. Hari-hari ada sahaja alasan untuk tidak bekerja.
Bila sakit cari bomoh. Mana nak dapat MC. Mai kerja pagi, solat Subuh Jemaah. Lepas minum kopi, balik rumah. Cukup time baru mai punch kad.
Jenis kerja yang boleh siap pada masa kerja biasa, sengaja dibiarkan siap lambat, baru boleh claim OT. Boleh buat kerja awal, start bagi lewat sikit. Kerja setengah jam, claim 8jam OT.
Masa kerja biasa dari 8.00 pagi sampai 9.30. Lepas tu masa sarapan pagi, sambung ambil anak tadika, anak lagi sorang balik sekolah, hantar bini pergi kerja, tidur sekejap lepas makan, tidur selepas Zohor.
Tengok PC balik pukul 3.00 sampai 3.30, mata pulak letih ada silau. Lepas tu balik.
Kalau tambah beban kerja sikit saja, kena OT dah. Contoh selama ni sapu 10 petak parking, tambah lagi 2 petak, terus kena OT lagi 1 jam.
Jenis company adik-beradik pun ada. Semua benda dalam Jabatan ni asyik-asyik beli dari pembekal yang sama. Kalau pembekal tu hantar sampah pun, dia juga betul. Sebab dah ada connection.
Pendek kata, dalam jabatan aku kerja ni, aku rasa 20% saja yang boleh pakai. Yang lain menghabiskan duit kerajaan bayar gaji.
Dari gred Jusa sampai gred R3 semua rosak. Ada peruntukan disalah guna. Menteri, Ketua setiausaha sampai la ke bawah semata-mata jaga poket sendiri.
Semua jadi boneka politik. Zaman dah maju, masih lagi ditakuk lama. Tiada sapa pun yang benar-benar berusaha untuk memperbaiki sistem yang rosak.
Semua jabatan, badan, suruhanjaya tak boleh diharap. Semata-mata sampah. Sebab tu sampai kiamat pun tak boleh maju.
– JO-LO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit