Penjawat Awam dan Hutang

Assalamualaikum hi semua, Remy’s here! Lama saya tak menulis di page IIUM Confession.

Tulisan saya yang terakhir di page ini adalah bertajuk “Sisi Pandang Seorang Suami : Kenapa Isteri Perlu Ada Kerjaya, (https://iiumc.com/sisi-pandang-seorang-suami-kenapa-isteri-perlu-ada-kerjaya/).

Baik, untuk penulisan kali ini saya nak berkongsi tentang isu penjawat awam kerajaan Malaysia yang mudah sangat terjebak dengan hutang, terutamanya hutang jahat (kad kredit, hutang kereta, dan PINJAMAN PERIBADI).

Saya bercerita berdasarkan pengalaman berjumpa dengan keluarga dan juga rakan-rakan sekerja dalam sektor awam.

Pertama sekali, saya yakin isu keberhutangan ni bukan lah berputar sekitar penjawat sahaja.

Akan tetapi bank-bank, institusi-institusi pinjaman berlesen / tak berlesen ni suka benar sasarkan penjawat awam untuk meminjam.

Dekat kawasan rumah saya ni majoritinya kerja gomen, ada je flyers daripada bank / pemberi pinjam wang disangkut dalam peti surat, dalam raga moto, dekat celah pintu rumah dan kereta.

Saya pula memang jaga sumber manusia di pejabat.

Selalunya bila ada staff samada bos-bos atau anak buah yang nak buat loan dengan bank mesti akan call sumber manusia untuk sahkan pekerjaan, gaji dan lain-lain.

Jadi saya tau betapa ramai yang mohon pinjaman.

Itu satu hal, saya sendiri pun ada je bank atau third party yg bekerja untuk bank call tawarkan pinjaman, kononnya untuk satukan hutang dan sebagainya.

Okey, bila cerita bab masalah hutang ni mari kita pergi kepada kes sebenar pula.

Kes pertama, berkaitan dengan masalah pinjaman peribadi a.k.a. personal loan. Ini kisah seorang rakan sekerja yang lebih rendah grednya daripada saya.

Dia berkongsi masalahnya berkaitan pinjaman rumah yang tak diluluskan.

Saya tanya kenapa? Dia kata komitmen tinggi. Saya agak pelik kerana dia belum ada tanggungan, rumah pun belum beli.

Oh ya, dia ni seorang bujang berumur sekitar awal 40an.

Dia maklumkan masa mula-mula dapat kerja tetap dan disahkan perkhidmatan, dia ada buat personal loan berjumlah 90 ribu untuk melabur.

Hutang tu perlu dibayar dalam tempoh 20 tahun.

Saya terkejut! Wah, 20 tahun tu! kalau tak silap saya personal loan ni biasanya tak lebih 10 tahun sebab risiko tinggi pada pemberi pinjam.

Tapi mungkin sebab pinjaman tersebut ada terma dan syarat yang berbeza.

Bayangkan dia perlu bayar berbaki lagi 10 tahun sebanyak RM800 sebulan!

Apa yang lebih memeritkan bila duit pinjaman 90 ribu tu dah lebur disebabkan terjebak dengan pelaburan scammer. Nak kesian pun, benda tu dah lepas.

Kalau nak cerita personal loan ni, ramai lagi ahli keluarga termasuk mak ayah saya yang kedua-duanya penjawat awam macam saya, sampai sekarang masih terjerat dalam personal loan.

Bayangkan ayah saya sendiri yang baki perkhidmatannya tinggal 2 tahun, gaji dah cecah 5 angka pun, tengah bulan dah sesak.

Gaji besar, tunggal di luar bandar, tapi bila tolak-tolak hutang keliling pinggang tinggal berapa je. Nak belanja keluarga makan-makan pun, memang mimpi jelah.

Yang saya bengang tu personal loan dibuat kononnya untuk bisnes, akhirnya melingkup. Tak de satu pun bisnes dia buat berjaya.

Lagi satu ada yang buat personal loan untuk majlis kahwin. Ada rakan saya yang dah kerja lebih 10 tahun masih duk bayar personal loan majlis kahwin yang hanya berlangsug sehari.

Saya pun pelik kenapa tak habis-habis. Rupanya personal loan tu dibuat refinance, lepas tu sambung lagi berhutang tak habis-habis.

Saya bukanlah perfect dan pakar sangat bab kewangan. Saya sendiri pun dah terjebak dengan hutang. Saya ada hutang kereta, hutang rumah dan kad kredit.

Tapi saya masih selamat daripada terjebak dengan personal loan buat masa ini.

Saya seboleh-bolehnya nak elak, sebab apa yang saya belajar daripda pakar-pkar kewangan di sosial media, cuba elakkan personal loan. Salah satu sebab ialah kadar faedahnya yang tinggi.

Bercakap pasal hutang pula, saya sampai tahap fikir, kita ni pergi kerja hari-hari, hujung bulan dapat gaji hanya untuk bayar hutang.

Dia dah jadi macam satu kitaran (circle) yang sangat sukar untuk keluar. Bila kita dah tandantangan sahaja perjanjian hutang tu, kita akan mula terperangkap dan jika salah langkah, hiduplah kita dalam kesempitan.

Puncanya sebab kita nak penuhi expectation keluarga, rakan-rakan orang sekeliling. Bila kerja gomen ni, orang mula la tye bila nak pakai kereta baru, tak kan pakai per:&£a v!v@ je.

Kenapa tak pakai H? Kenapa tak pakai T? Kau kan bos, pakai la kete sedap sikit.

Dan banyak la lagi racun-racun yang hadir di sekeliling. Lebih-lebih lagi bila kita duk banding pencapaian hidup kita di lama sosial.

Bila tengok member-member ejen takaful pakai kereta besar, beli rumah besar, mula la rasa tak bersyukur.

Bila tengok rakan FB kerja ejen syarikat sekian-sekian up status tengah renovate rumah mula rasa tercabar. Tapi tak sedar diri kita ni kerja makan gaji sahaja. Itulah kita penjawat awam, termasuk diri saya sendiri.

Saya doakan semoga kita semua dapat bebaskan diri daripada hutang dan mula dapat tingkatkan simpanan. Zaman sekarang dah ramai pakar-pakar kewangan yang kita boleh rujuk secara percuma.

Antaranya yang saya selalu tengok di Youtube ialah channel Financial Faiz, Mr Money dan Dr Adham Zubir.

Kalau di FB saya ada follow Azizul Azli Ahmad. Kadang-kadang teguran mereka memang sentap, tapi biarlah sentap tu berisi.

Sekian coretan saya untuk kali ini. Jika ada rezeki saya akan kongsikan pula sisi baik hutang selepas ini. Bye!

– Remy Si Pemikir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *