Assalamualaikum.
Kebelakangan ni viral video lelaki suka perempuan natural look/ make up tak lama selepas pergelutan tentang lelaki lebih suka perempuan pakai bawal.
Tadi kebetulan aku ada dengar ceramah seorang ustaz tentang bagaimana seorang isteri boleh menjatuhkan maruah / memalukan suami tanpa perlu mengeluarkan suara.
Salah satunya adalah melalui penampilan isteri tu sendiri. Lelaki ni fitrah dia sukakan kecantikan. Cantik pun subjektif. Cantik pada mata setiap lelaki tu tak sama. Kalau sama, mesti semua isteri dalam dunia ni sepesen je muka dan potongan badan dia. Betul tak? Ada lelaki suka yang gelap, yang putih, yang biasa biasa, gemuk, kurus, kecik. Cuma, jagalah kekemasan diri untuk diri dan suami. Bila orang tengok kita tu, sedap mata memandang. Tak suruh pun tonjolkan bentuk badan atau kecantikan tapi kemas. Kemas dan sederhana. Jaga bau badan. Memang ada suami tak kisah isteri badan besar ke kerimping ke apa ke, yang penting isteri dia kemas. Walaupun suami kita kerja sekuritije pun, takde dinner grand tapi berhiaslah untuk suami. Allah suka. Aku faham kekangan masa, tak semua lelaki faham. Diorang nak kita cantik je tapi tak pernah nak pilihkan baju yan gdia suka tengok kita pakai, tudung mana cantik etc. Isteri ni dah banyak buat kerja rumah apa salahnya nak keluar tu gosokkan baju mana yang kau nak isteri pakai, at least. Nampak la kemas. Takdela keluar baju kedut kan. Dedua ada peranan.
Memang bagi setiap orang tu kemas pun banyak sudut pandangnya tapi bila kau kemas secara amnya ni, sesiapa pun tengok dia tak boleh nak cakap kau selekeh walaupun kau cuma pakai tshirt muslimah, jeans dan sandal. Tak semestinya gemuk kau tak boleh kemas. Aku kenal ramai sangat orag badan besa yang pada mata aku cantik sangat bila diorang ni kemas. Cantik! Yang penting, kita terima diri kita, sihat dan konfiden dengan penampilan. Kalau selepas kahwin berat kita menghampiri obesiti, aku sarankan untuk jaga la dari segi exercise dan pemakanan. Perempuan kan secara amnya yang kawal pemakanan dekat rumah, jadi kenapa tidak kita kawal diet sendiri. Aku tak suruh korang kurus pun tapi sihat dan fit. Ada je kawan aku yang badan besar tapi stamina dia lagi banyak dari aku yang sehelai ni. Maksudnya, dia fit.
Melalui video yang aku tengok pasal kononnya lelaki nak perempuan natural look tapi bila tunjuk muka sebenar mengucap tu. Bukan bermakna perempuan dalam gambar tu tak cantik tanpa mekap tapi mungkin terlalu kusam dan pucat. Dengan make up, kita boleh tutup muka kita tak cukup air,tak cukup tidur dan sebagainya. Bagi aku, buka salah lelaki sepenuhnya juga lah. Hidup di dunia serba moden penuh fitnah ni kita (perempuan) kena faham – define ‘natural look’. Kita tak boleh lurus sangat. That doesn’t mean you can’t/ don’t have to wear any kind of make up. Selagi make up tu tak ubah wajah sebenar kau – muka DP whatsapp kau dengan jumpa face to face orang masih kenal, maksudnya elok la tu. Buka juga minda , make up tu tak semestinya eye shadow, mascara, blusher sahaja. Compact powder, foundation, lip balm dan eye liner pun adalah sebahagian daripada kosmetik dan itu paling basic. Dunia sekarang ni perlukan graduan yang sihat dan fresh look. Tak pandai make up tak ada masalah yang penting kau boleh nampak bright depan orang. Tak salah pun tak pandai tepek bedak , tak suka pakai lipbalm sebab ada orang kulit sensitif, memang tak boleh langsung pakai. Yang penting, KEMAS dan tak nampak pucat. Mungkin dengan cara lebihkan pengambilan air, rajinkan tepek natural mask guna madu, telur etc. Banyak cara untuk nampak sihat ni :)
Cousin aku pernah cakap (dia lelaki lah) “Kitorang ni, lelaki bukannya cari yang cantik sangat pun tapi yang penting dia kemas”. Apa yang aku boleh interpret, dia perempuan ni kena ada personaliti sendiri. Gaya sendiri. Sedap mata memandang. Ye, perempuan yang naturally cantik kemudian pandai make up tu memang bonus point lah tapi come on girls. Kita ni dicipta ada cantik masing-masing. Apa yang kita tengok dalam ig tu cuma yang indah-indah belaka. Tak salah jadikan mereka inspirasi untuk cantik dan kemas tapi jangan menyesal dengan macam mana Allah ciptakan kita.
Isu kedua aku nak stand untuk perempuan pulak. Aku tak tahu lah kenapa lelaki asyik emphasize benda sama – nak perempuan pakai bawal lah serabut tengok perempuan pakai shawl lah walaupun perempuan dah banyak kali explain PAKAI SHAWL LAGI SENANG SEBAB TAKYAH GOSOK. Kalau kena gosok pun tak leceh macam tudung bawal, NAK BENTUKKAN DIA PULAK. Ya Allah. Memang aku tabik orang yang setia dengan bawal ni sebab tak pandai pakai shawl. Aku pun, sebagai perempuan suka tengok diri aku/ perempuan pakai bawal. Manis woi! Bukan aku la manis, orang lain.
Bagi aku, as long as perempuan tu tutup aurat, jangan lah demotivate dia dengan kata AKU NAK KAU PAKAI BAWAL. Kami, perempuan ni nak memudahkan diri dalam berhijab tapi dalam masa yang sama tutupdengan sempurna. Kami nak solat kena tanggal tudung, cucui bedak (kalau pakai mekap), itu lah ini lah. Belum masuk part dalam dalam lagi. Aku tak kata solat tu leceh tapi dunia sekarang dah moden. Kau tahu tak kenapa orang buat telekung instant, shawl dua loop, shawl sarung siap terus, tudung sekali dengan jubah la bagai. Kau tahu, jadi perempuan ni banyak benda nak consider. Kami ni tahla ambik wudhuk kena jaga aura. Belum lagi bila masjid yan gtempat wudhuk satu kilometer dari tempat solat. Dekat bilik wudhuk yang crowded tu jugaklah nak sarung tudung balik etc. Bawal ni, ikut orang. Ikut jenis jugak. Kebanyakan bawal ni sekali kau dah tanggal, nak bentukkan balik – kalau lelaki aku rasa berapa banyak carut keluar. Kalau kata pakai bawal tu time consuming (most of us), nanti kawin korang yang laki ni jugak merungut kata tunggu isteri bersiap lama la, kalau berhenti makan masa lah. Mana nak jaga naka, susu anak lagi.
Memang aku tak nafikan zaman mak kita dulu semua gigih la dok bentukkan bawal. Itu dulu. Mari la bergerak ikut arus zaman. Selagi isteri kau tutup aurat, syukur lah. Lepas satu dosa kau. Kalau dia nak beli tudung, selagi benda tu dalam keperluan dia, harga tak kacau poket kau, bagi la. Dia bukan beli baju seksi. Dia beli tudung untuk tutup aurat. Jangan sampai membazir je lah yang pasti.
Walaupun aku ni setahun jagung tak kawin lagi, sejak sekolah aku dah baca majalah part kemelut suami isteri. Haaa. So, aku dah ada la banyak betul hipotesis rumahtangga dalam kepala. Apapun, aku saja la masuk banyak sikit part suami isteri ni sebab lelaki ni kalau tak bagitau dia tak tahu. So aku harap suami suami tahu la mana yang tak tahu lagi.
Perempuan pun, jaga lah maruah dan penampilan diri. Apapun, back to niat asal kita pakai tudung dan nak cantik lah – Lillah. Kerana Allah. Jangan pakai sebab lelaki nak tengok. Pakai sebab kita rasa kemas dan selesa/ mudah nak beribadat dan pastikan fesyen kita tu Allah suka. Mekap kita tu, tak macam traffic light. Ini tidak. Nampak muka kita kereta berhenti, traffic light lagi 100m pun diorang berhenti jugak. Bukan sebab terpukau cantik tapi sebab dah sama merah macam lampu. Apa cerita kan.
Lelaki, apa pun perempuan pakai kalau tak kena dengan syarak tu tegur lah baik baik. Kalau make up kami melampau, cakap la “Kalau awak kurangkan sikit merah pipi tu pun dah cantik sebab pipi awak bab pauh dilayang hati abang melayang” / ” Gincu awak tu kalau nipis sikit pun elok sebab nanti kesian badut hilang kerja.” Haa gitu. Perempuan ni halus kau memang kena pakai metafora. Jangan main sembur je. Kalau tudung kami pendek/ baju kami ketat – haa tegur buat lah ayat sendiri. Aku tahu la mata korang tu macam gamma ray.
Maaf kalau aku ada silap cakap ke apa, tolong betulkan. Ini dari hati dan apa yang aku perhati. Allahua’lam. Yang buruk, datang dari aku.
Semoga bermanfaat.
Sekian, terima kasih.
– Kak Tos
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit