Penjelasan Mengenai Proses Sita Rumah Oleh Bank

Assalamualaikum

Bismillah.

Kepada adik yang risau kepada keluarga dan bimbang rumah disita, Insha Allah saya akan cuba jawab persoalan ya.

Antara persoalan2 adik seperti berikut :

1. Betul ke pihak bank tak boleh sita rumah selagi kita tak dapat letter of demand tu?

i . Betul dik, selagi bank belum hantar ‘letter of demand’ atau ‘notice of closure’, rumah tidak boleh disita.

– Bahkan jika rumah sudah masuk dalam notis lelongan, jika ayah adik membayar ansuran sebelum lelongan bermula, nescaya lelongan tersebut ditutup

– Seperti terjadi pada saya ketika masuk pusat lelongan. Saya tidak dapat membida rumah akibat tuan rumah sudah mula membayar ansuran komitmen

2. Betul ke orang yang datang tu bukan pihak bank. Diorang claimed diri diorang dari lawyer firm tapi sebenarnya diorang bill collecter yang bukan dari bank.

ii. Betul dik, mereka itu pengutip hutang (bill collector). Diorang jalankan tugas, sabar lah dengan karenah mereka dan maafkan mereka selagi mereka tidak bertindak di luar batasan undang2.

3. Kalau diorang (bill collector) cakap pihak mahkamah akan datang esok untuk lekatkan notis & sita rumah kalau tak langsaikan rm70k esok, kita boleh rakam apa yang diorang cakap dan buat laporan polis atas kesalahan mengugut. Sebab letter of demand dari mahkamah belum sampai?

iii. Dik, kadang2 kena guna kaedah yang lebih berhikmah. Selagi ada ruang perbincangan, gunakan sebaik2nya.

– Merakam gelagat pengutip hutang tidak akan mengurangkan hutang kad kredit ya dik. Bincang dengan baik mengatakan ayah dan ibu di luar rumah/bekerja.

– Tidak perlu memberi sebarang maklumat selain itu ya.

4. Boleh tak kita rakam video orang tu (bill collector) buat bising depan rumah dan buat aduan kepada polis atau pihak berkuasa atas kesalahan harrass atau mengganggu ketenteraman kawasan perumahan.

iv. Sama dengan jawapan no.iii ya dik.

5. Diorang (bill collector) tu dah tau nama, no phone & tempat kerja ibu. Kalau diorang call ibu, tapi ibu cakap jangan call ibu &suruh discuss dengan ayah. Tapi pihak bill collector tu still call ibu & call tempat kerja ibu. Apa yang boleh kita buat?

v. Telefon ada setting untuk halang/block nombor tersebut. Cadangkan kat ibu ya dik.

– Abang selalu guna utk block manager bajet garang selalu nk kacau abang…okok gurau ya.

6. Betul ke rumah boleh kena sita kalau tak bayar hutang kad kredit hampir rm90k.

vi. Iya dik, rumah, kereta atau mana2 aset boleh dilelong oleh bank bagi mendapatkan duit mereka semula.

– Mereka tidak kisah keluarga adik nak tinggal dimana, janji hutang wajib dibayar beserta kadar faedah/riba nya.

Saya tidak tahu kenapa ayah adik berhutang begitu banyak kad kredit, mungkin kerana gaya hidup atau mungkin kerana hutang perniagaan..Wallahua’lam.

Tapi, itulah punca permasalahan utama ya.

Saya ingin syorkan kepada adik dan sekeluarga penyelesaian berikut

a) Amalkan doa Rasulullah (Selawat & salam atas Baginda).

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Allahumma inni a’udzu bika minal ma’tsami wal maghrom
[Artinya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan sulitnya utang] (HR. HR. Bukhari no. 2397 dan Muslim no. 589).

– Percayalah dik, Allah Ta’ala sahaja boleh keluarkan adik sekeluarga dari masalah besar ni.

– Kalau tengah baca penulisan ni, adik tadah tangan sekarang jugak ya. Puji Allah dan selawat kat Nabi dulu, dan doa dengan lemah lembut ya (Adab Doa)

b) Berhubung dengan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit AKPK ya.

Pihak AKPK akan cuba bantu ayah adik nanti. Insha Allah. Mereka akan menstruktur hutang ayah adik dengan baik.

Please do call them immediately!

c) Amalkan gaya hidup sederhana.

– Mulai sekarang, adik kena sedar, ibu bapa ayah adik mengalami kekangan kewangan.

– Mereka tidak mampu berikan kemewahan, usah bebankan mereka dengan permintaan berlebihan ya.

– Hidup bersederhana, walaupun abang ni Allah bagi rezeki mampu beli kereta import 150k ke atas, tapi abang masih naik motor biasa2 shj ke kerja.

Kebahagiaan itu ada dalam kesederhanaan

d) Banyakkan bersedeqah

Carilah ketenangan dalam bersedeqah ya dik. Membeli barang secara berhutang jadikan diri tidak tenang.

– Abang bagi gaji 1/5 kat keluarga dari dahulu sampai sekarang. Hatta bagi duit sampai tinggal kurang seratus, abang istiqamah.

– Allah bagi macam2 dari gaji naik 2 kali ganda, ada rumah, kereta etc. Alhamdulillah. Kena sabar dan syukur. Allah itu Ar Rahman (Maha Pemurah).

e) Refinancing.
Kaedah sebegini mungkin akan disyorkan oleh pihak AKPK. Untuk adik, benda ni mungkin sukar dicerna tapi adik akan belajar dalam dunia kerja nanti ya.

Rumah ayah adik boleh refinance (dapatkan loan baru dengan kadar faedah lebih rendah). Langsaikan hutang kad kredit dan personal loan terlebih dahulu ya.

f) Tambahkan pendapatan

– Mulai sekarang , adik kena fikir tambah pendapatan untuk wang saku. kurangkan meminta dengan ibu bapa ya.

– Cuba jual vitagen, yakult atau makanan ringan senang didapati. Asah kemahiran mandiri berniaga ya.

g) Tepati serta integriti dalam pembayaran hutang.

– Latih diri ya dik untuk berintegriti bayar hutang. Walaupun seringgit, bila orang minta hutang jangan menyindir “alah, seringgit jer”. Wajib bayar ya dik.

Banyak lagi yang boleh dikongsi, kami doakan keluarga adik dapat keluar dari kemelut permasalahan hutang ribawi & dilimpahi dengan kebahagiaan ya.

Banyakkan istighfar, berdoa dan ucapkan syukur ya.

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit