Pensyarah

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sebab sudi post kan confession ni. Aku berkahwin dengan seorang pensyarah yang juga merupakan bekas pensyarah aku suatu ketika dahulu. Tapi kami tak bercinta masa aku tengah belajar okay. Lepas aku dah graduate baru lah bermula masing2 buat pengakuan dan alhamdulillah, ke jinjang pelamin.

Aku nak cerita bukan pasal rumahtangga kami. Aku nak cerita tentang kehidupan dia sebagai pensyarah yang aku tengok dan memang dia hari2 cerita kat aku. Asyik2 kita baca student je komplen kan. Ha, meh sini nak cerita stress seorang pensyarah pulak.

Suami aku ni kira pensyarah berpangkat Dr. Dulu masa dia mengajar batch aku, dia baru ada Master Degree. Sekarang dah balik dari PhD, tanggungjawab dia dah makin berat.

Student sekarang pukul 1 pagi boleh whatsapp pensyarah tanya soalan spot la, tanya kelas ada ke tak. Pukul 1 pagi guys…Maybe yang bertanya tu tak expect pun soalan tu dijawab masa tu jugak, mungkin diorang whatsapp siap2 so bangun pagi esok boleh dapat jawapan. Tapi kalau dah ada whatsapp waktu2 macam tu, orang memang akan fikir benda penting. Yang aku stress, suami aku redha je reply. Baik2 je dia jawab. Mungkin sebab tu lah dia ditakdirkan menjadi pendidik anak bangsa.

Suami aku pernah dapat jadual satu semester tu, ada satu hari lecture dia dari kul 8 pagi, dan kelas last dia pulak habis kul 5 petang. Gap rehat pukul 1 sampai 2 pm. Suami aku kadang2 tak sempat rehat pun, sediakan bahan2 mengajar dan terus pergi kelas. Lecture. Maksudnya memang penat beb. Balik2 umah muka pucat, bibir kering. Sedih aku tengok. Student pulak boleh datang kelas lambat, tak pun mintak kawan sign kan attendance. Tapi langsung dia tak pernah merungut.

Musim exam, suami aku macam nak pecah kepala buat soalan exam. Masa nilah jugak ada yang kalut nak drop subjek lah, nak minta tunjuk ajar lah. Meeting sana sini. Jaga exam, student ada je yang meniru hint2 kat kawan sebelah. Bila tangkap, pensyarah yang jaga exam tu jugak lah yang turun naik mahkamah universiti, lepas tu kena buat laporan kes bagai. Student senang je, kena gantung lah kalau kena tangkap.

Waktu marking paper adalah waktu paling kemuncak setiap semester. Aku ingatkan tanda paper ni mudah je sebab ada skema jawapan kan. Tapi suami aku ni sangat teliti dalam pemarkahan. Takde nya dia nak timbang kati je. Paling tidak aku dengar dia bersuara lah pasal student sekarang, dalam kelas nampak cam faham tapi hantar kertas jawapan kosong. Sedih dia weh.

Pastu sekarang universiti guna sistem upload markah kat server kan. Nak masuk kan markah tu pun kena kumpul semua markah lain yang mungkin diberi oleh pensyarah lain juga. Bila dah bergabung, kalau markah terlalu ramai dapat A, kena bincang balik. Kalau ramai failed pun kena re-marking balik, then meeting lagi. Nampak simple tapi proses tu lama. Berminggu2 jugak suami aku jadi zombie. Paper tak habis tanda kat ofis, dia bawak balik umah, bertimbun2 laa kat ruang tamu rumah tu. Tido malam pun tak tentu. Kadang dia terjaga malam terus gi tanda paper. Pernah dia ngigau ape ntah pasal tanda paper. Haha..

Dah upload markah, student check, dah tak puas hati pulak. Pagi masukkan markah tu, berapa jam lepas tu, berdesup la whatsapp masuk merayu2 lagi 1 markah la, lagi 2 markah nak dapat A, nak dapat B, nak lulus. Aduhai. Yang nak dapat A tu boleh la tahan lagi, ni yang tak nak repeat. Assignment tak hantar, kelas tak datang. Macam mana lagi nak bantu?

Suami aku sekarang buat sistem ala2 Jepun. Kira inisiatif dia jugak la untuk tangkap budak yang pandai2 amik kredit dalam kerja berkumpulan ni. Dia akan minta ahli2 kumpulan ni isi markah peer masing2 kat internet. Kalau markah tu lebih kurang, maksudnya betul la markah kawan2 menilai. Kalau markah macam mencurigakan, baru lah dia akan double check balik seluruh ahli kumpulan. So diorang ni tak boleh la back up kawan2 ke apa, nak tak nak kena la jujur. Markah ni sesame diorang tak tahu.

Cuti semester bukan waktu rehat ya untuk pensyarah. Waktu nil ah diorang akan meeting, kursus, bengkel dan pergi balik pejabat macam biasa. Bezanya tak ada kelas. Tu je. Lain2 sama je.

Suami aku ada supervise student Master. Dalam kalangan ni ada dua orang budak dari Timur Tengah sana. Diorang punya perangai, aduhai memang sakit kepala. Bila datang nak bincang, sampai 3-4 jam masa suami aku kena spend. Sebab diorang ni sama ada memang tak paham, buat2 tak paham dan ada jugak motif nya memang nak duduk Malaysia ni lebih masa. Nak grad lambat2 so boleh lepak sini lama sikit.

Pensyarah kena explain kalau student dia tak grad. Yang kelakar tiapkali datang dia akan goreng punya goreng, dan suami aku ingat dah habis kat situ, rupanya dia boleh u-turn balik pergi kat permulaan balik. Pernah suami aku dah stress sangat suruh buat abstrak pun tak reti, last2 suami aku taip kan. Aku dengar pun geram. Tapi suami aku cakap, kalau tak, takkan selesai. Budak Timur Tengah ni memang perangai sikit. Tak puas hati ke apa direct komplen ke NC. Cam hape2 je.

Student zaman sekarang yang semua benda nak viral. Suami aku rambut serabai pun nak up status kat twitter. Korang tak pernah tengok rambut Albert Einstein? Haaa…boleh relate kan.

Kadang2 suami aku ada cakap la, dia rindu student2 zaman aku dulu. Yang tak ada whatsapp, tapi kami ada yahoo messenger. So kurang lah yang main smartphone dalam kelas. Kurang jugak group2 yang bukan2 di kalangan student. Zaman dulu markah tampal kat pintu bilik dan pensyarah nya biasanya akan elak la stay dalam bilik tu. Sebab takut kena serbu mintak markah. Nak sms jangan haraplah diorang nak jawab. Tapi sekarang whatsapp je. Boleh nampak read, typing. Bahasa pun macam kawan2 je. Tak baik, dik. Dulu student tunggu kat kelas, sekarang pensyarah yang kena tunggu student.

Sampai sekarang kami semua still x lost contact. Masih berhubung dan bertanya khabar. Pensyarah pun boleh ingat nama2 kami. Bukan nak cakap kami batch lama ni bagus. Dalam setandan pisang, tak semuanya elok…ye dak?

Okay lah, setakat ni dulu. Adik2 student belajar rajin2 ya. Jangan asyik komplen je. Hargailah penat lelah pensyarah mu.

– wifey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit