Pensyarah IPTS

Salam kepada pembaca semua, penulisan aku ni adalah untuk memberi informasi berkenaan pekerjaan sebagai pensyarah di IPTS.

Mungkin ada yang dah bosan dengan kerja dan nak tukar bidang, boleh baca untuk dijadikan petunjuk.

IPTS ada 3 kategori mengikut ranking, Universiti, Kolej Universiti dan Kolej.

Kelayakan untuk menjadi pensyarah di IPTS bergantung kepada kategori, untuk Universiti dan Kolej Universiti sekurang-kurangnya Master Degree tapi preferable Phd.

Untuk kolej sekurang-kurangnya Degree, ada juga yang perlukan Master. Tetapi semua mestilah dalam bidang yang berkaitan sebab kalau lain bidang, takkan dapat permit mengajar. Tak perlu ada master atau degree pendidikan pun.

Dari segi pengalaman, mereka akan utamakan yang berpengalaman tetapi trend sekarang mereka yang berpengalaman dalam industri juga diutamakan. Kalau takde pengalaman boleh cuba, mungkin ada yang perlukan tenaga muda.

Gaji sebagai pensyarah ni takla tinggi sangat. Again, bergantung kepada kategori dan lokasi.

Di Lembah Klang, kebanyakkannya tinggi berbanding di tempat lain. Kalau nak dibandingkam dengan industri, gaji pensyarah lebih rendah. Kalau di luar Lembah Klang gaji memang rendah.

Ada lagi pensyarah yang ada Degree bergaji bawah 2k. Mungkin sebab kurang pelajar. Nak bayar gaji pun susah. Universiti & Kolej Universiti ok lagi gaji. Kalau kolej tu rendah juga la. Untuk pengalaman boleh la cuba.

Skop kerja lebih kurang cikgu sekolah. Mengajar maksimum 20 jam seminggu. Ada juga kadang² kena join event, conference, organise event dan lain². Tetapi biasanya ada peruntukan la, tak perlu keluar duit sendiri.

Pensyarah perlu tulis jurnal especially di Universiti dan Kolej Universiti sebab ni syarat² untuk naikkan ranking IPTS tu.

Kebanyakkan IPTS mewajibkan semua staf termasuk pensyarah untuk join aktiviti marketing, yang ni penat sikit la. Macam salesman dah jadinya. Selain tu, mungkin kena review atau update subjek, buat jadual kelas, jadi mentor. Tu jekla rasanya.

Kerja pensyarah weekdays jek. Weekend sekiranya perlu. Tapi kalau cuti sem tetap kena kerja, kalau nak cuti kena mohon cuti tahunan la. Biasanya time cuti sem la ada department meeting, trainings, events, audit, sebab time tu jek semua free.

Dari segi mengajar tak susah pun sebab ajar students dah besar. Kita pegang markah dia, ikut mana pun diorang kena behave.

Tapi masih perlu ada minat mengajar biarpun sikit. Kalau langsung tak minat, takde kesabaran tinggi, mood sentiasa swing, elakkan apply jadi pensyarah yer.

Aku rasa ini jela info yang aku nak sampaikan. Mungkin dapat membantu sesiapa yang sedang berkira-kira untuk bertukar kerjaya. Yang paling penting, bidang mestilah berkaitan.

Kalau tak confident, boleh try part time dulu. Hantar jek resume kat mana² IPTS, biasanya diorang akan simpan. Andaikata dapat panggil interview, akan ada mock teaching, make sure prepare yourself.

Akhir sekali, aku bukan recruiter atau HR yer, kalau nak info kerja boleh refer kat jobstreet atau pergi je website IPTS tu. Aku cuma nak berkongsi info kepada yang tak tahu.

Aku dah mengajar di ketiga tiga jenis IPTS ni sepanjang 15 tahun kerja. Ada juga yang bertanya macam mana nak jadi pensyarah. Sebab tu aku tulis ni, mana lah tau kalau ada yang berminat.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekiranya nak tanya apa², komen je. Nanti aku baca. Jangan pulak komen pasal scam ke apa. Aku tak terlibat yer. Haha.

Kalau ada yang nak tahu sedikit sebanyak pengalaman mengajar, nanti aku tulis lagi.

– Sir Luffy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *