Pensyarah Penagih Dadah

Salam, Terima kasih admin kalau siarkan confession ni.

Siapa tak gerun dan jijik bila dengar perkataan penagih dadah, aku dah lalui zaman hitam aku dibangku sekolah, semenjak di bangku sekolah lagi aku dah terjebak dengan najis dadah akibat ikut kawan2, memang setiap hari aku asyik minta duit dekat mak ayah utk beli dadah, kalau tak dapat aku akan lepaskan kemarahan dan jadi pengedar,

semasa di sekolah menengah banyak perkara buruk aku dah buat, aku pernah ugut bunuh mak ayah aku sebab tak bagi duit, pukul pengawas, pukul cikgu, rosakkan kereta2 cikgu semua tu aku buat demi mengejar nafsu serakah aku.

pada satu hari aku terlibat dalam pergaduhan besar, nasib baik polis sampai dan kejadian tikam menikam belum berlaku, aku telah ditahan dan dimasukkan dalam lokap, aku didapati positif dadah, masa tu aku form 3, dalam lokap memang teruk, aku jadi kuli dengan abang2 dan pakcik2 sebelum aku dihantar ke pusat pemulihan.

Aku ambil pmr di pusat pemulihan di hulu langat, Alhamdulillah dari situ aku dah mula sedar, aku dilatih utk mengenal tuhan, kepercayaan, keimanan dan punca dan kesan…Aku kembali ke dunia realiti, Alhamdulillah PMR aku dapat 6A2C, aku masuk ke sekolah harian dgn pemantauan.

memang langit tak selalu cerah, dekat sekolah menengah, aku dimasukkan di kelas Sains Hayat, dekat situ aku tak suka sebab semua org asyik belajar, jadi aku sikit2 berubah balik ke tabiat lama, mula2 hisap rokok, dah tak tahan , sekali suntik baru lega, family aku mula2 bersyukur aku dah berubah, lepas dapat tahu aku kembali ambil dadah, family aku terus report polis.

aku dapat tahu mak aku report polis jadi aku lari ke utara tanah air, kat situ aku hisap dadah banyak2, sampailah aku kene tangkap masa tgh high, alu dibawa balik ke kuala lumpur dan masuk ke pusat pemulihan, kali ni aku bertekad nak berubah. jadi sepanjang sekolah menengah aku cuma belajar dekat tuisyen yg pusat pemulihan buat saja,

2 tahun aku duduk di dalam pusat pemulihan, aku belajar dengan tekun, belajar sendiri dan hadir tuisyen dan kelas, masa ujian percubaan spm, aku dapat 5A1 2A2 cikgu yang ajar aku tu cakap aku ada kelebihan kepandaian, kena guna baik2, aku pun tak sangka,

akhirnya spm 2008 aku dapat keputusan cemerlang 7A1 1A2 2C untuk aliran sains tulen, aku ditawarkan kursus matrikulaso KPM , diploma engineering dan biasiswa luar negara, tetapi aku tak layak utk biasiswa sebab kes aku, rasa menyesal hingga ke sudah. akhirnya aku masuk ke matrikulasi KPM, alhamdulillah dalam tempoh pemantauan tu, aku tak buat nakal hehe, berjaya tamatkan pengajian 1 tahun dengan CGPA 3.67.

aku masuk ke universiti terkemuka di Malaysia, jurusan seni bina, alhamdulillah sekarang aku dah bergraduasi dan menjadi pensyarah di politeknik, sekarang sedang sambung master.

Aku harap adik2 yang bermasalah, jangan putus asa untuk berubah,memang masyarakat akan pandang hina dekat org mcm kita, tapi bila kita dah berjaya, mereka akan hormat kita.

kes pengedaran dan penagih dadah dalam kalangan murid yang dicatatkan sebanyak 12,345 aku percaya jumlah ini sebenarnya lebih ramai…baca dan berubahlah

– -Mankembar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit