Salam semua. Kalau hidup rumah tangga tahulah pentingnya ada pasangan yang membantu antara satu sama lain. Aku hidup dalam keluarga yang ayah aku jenis tak membantu langsung dalam keluarga dan nafkah pun setakat ala kadar.
Hakikatnya, ramai sana wanita/ isteri/ ibu walaupun keadaan macamtu tapi tetap setia sebab apa, sebab dah ada anak dengan saudara mara lagi.
Kalau dulu cerai ni macam satu benda yang taboo sangat topik dia, tapi sekarang ramai dah faham lebih baik awal dari makin teruk.
Mak dengan ayah aku kerja. Pagi mak aku bangun siap kan sarapan baju sekolah dan baju ayah. Ayah aku duduk atas kerusi depan meja sambil minum kopi. Bila mak jerit, “abang tolong sikit itu ini anak”. Ayah aku cuma jawab, “ye kejap lagi abang buat”
Kau bayangkan subuh tu waktu sekejap je nak solat lagi, nak siap lagi nak hantar anak sekolah lagi. Ayah aku punya sekejap tu bukan seminit dua tapi sampai berbelas minit tak ada dah mak tinggi suara baru dia buat.
Bila dah buat dia buat ala kadar yang end up mak aku kena buat benda tu. Nanti alasan ayah aku, “dah saya tak tahu awak buat lah”.
Kalau dekat internet korang mestilah pernah dengar, “Weaponized incompetence” topik yang tengah viral setahun dua ni.
Aku dengan adik aku waktu kecik tu tak faham sangat, kita orang cuma macam, “aduh mak ni setiap hari asyik membebel marah je” tapi bila aku dah besar aku jadi faham.
Sebab itu bila dah masuk sekolah menengah aku dengan adik slow² tolong mak. Bab gosok baju sekolah, basuh pinggan, basuh baju, jemur kadang mak aku cakap, “takpe ni mak boleh buat, tapi terima kasih tolong mak”.
Aku ingat setiap kali mak aku minta tolong dekat ayah, ayah aku tangguh dan tak buat. Kadang tu hal senang macam susun pinggan, sudu, periuk tu pun ayah aku dia tak reti sebab dia nak biar mak je yang buat benda tu.
Kalau mak aku complaint penat nanti ayah aku membebel, “dah tahu penat berhenti kerja duduk rumah yang kau sibuk nak kerja buat apa”
Mak aku selalu cakap kalau dia berhenti makan apa semua cukup ke. Ayah aku ni dia kerja tak tetap ye kalau dalam surat selalu tulis buruh. Tapi bab keluar duit semua memang mak aku.
Buang sampah tu jangan cakap mak aku minta tolong dia cakap kejap sekali besok tak buang bila kena tegur, “dah aku lupa nak buat macam mana”
Akhirnya aku dengan adik selalu buang walaupun duduk rumah 5 tingkat tak ada lift. Selama aku hidup ni mmg tak pernah sekali aku nampak ayah nak “sukarela” tolong mak aku, tak pernah.
Bila jumpa sepupu saudara mara, nanti bila dengar diorang bercerita dengar lah diorang cakap, “mak aku tu taknak lah nanti dia membebel je dekat rumah 24 jam”
Aku selalu tanya diorang kat rumah kau dengan ayah kau tolong tak mak kau. Nanti jawab dia “aku mana reti, ayah penat kerja biar mak aku je buat” bila aku dengar tu dah tahu sangat kenapa mak dia membebel.
Sebab sejak aku dengan adik tolong mak aku, sejujurnya jarang sangat mak aku membebel dan marah. Selalu puji “sejuk perut mak anak mak rajin” padahal bukan tolong mana pun setakat cuci pinggan sendiri dengan cawan. Kadang tu tolong sapu sikit.
Bila dah makin aku membesar, sambung belajar dan seterusnya bekerja. Baru makin faham penat mak aku tu macam mana.
Mak dengan ayah aku masih tetap bersama. Tapi entah lah pada aku, rasa macam hormat dekat ayah aku tak ada. Sebab sampai sekarang dia tak pernah berubah. Masih tetap sama.
Setiap kali aku baca macam orang komen atau post takut kahwin apa lagi kaum hawa. Aku sebenarnya tak hairan. Kebarangkalian diorang lalui benda sama.
Kalau kau dapat pasangan yang ringan tulang dan senang bantu antara satu sama lain okaylah tenang, tapi kalau dapat macam ayah aku? Sampai ke sudah tak membantu.
– Imran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit