Assalammualaikum admin and IIUM Confesssion readers.
Disini aku nak confess sikit. Harap ada yang sudi baca sampai habis dan nasihat murni2.
Pertama sekali aku nak tanya adakah CGPA penting pada pandangan keluarga?
Adik aku selalu bagitau parents aku yang dia selalu dapat Dean List.
Then parents aku of course la bangga kan. Aku pulak tak pernah bagitau parents aku pasal CGPA aku.
Dan bila aku tak bagitau, parents aku mula anggap aku tak pandai la ape lah.
Dan dari situ jugak layanan abah aku kat aku sangatlah berbeza berbanding adik aku. Guys, aku bukan nak bangga ke apa ke.
Cuma aku nak bagitau jugaklah yang result aku dah 4 sem berturut turut dekan. Tapi aku taktau macam mana nak bagitau abah aku.
Pernah aku bagitau sekali ada subject yang susah dan aku berjaya score. Abah aku takde respon pape pun. Nak puji pandai ke ape ke, takde pun. Aku kecewa.
Sejak dari situ aku tak penah bagitau result setiap kali exam. Aku sedih. Kenapa lebihkan adik aku? Takkan sebab result je?
Weh, aku jeles dengan adik aku. Dia dapat layanan yang semua anak2 idamkan. Tapi aku?
Kadang2 aku penat belajar sebb taktau nak kongsi kegembiraan dekan tu dengan sape.
Korang boleh rasa tak apa yang aku rasa?
Bila balik kampung pun, kadang2 aku dipinggirkan. Sebab abah aku cerita yang adik aku ni lebih pandai dari adik aku.
Adik aku UNISEL, course TESL. Aku UIA, course ICT. Perbezaannya apekah?
Dirumah, aku lebih banyak diam.
Dekat UIA, aku bising sebab aku selesa dengan kawan2.
Aku sedih. Sedih sangat.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit