Sejarah? Mesti ramai yang akan mengimbau kembali zaman persekolahan dulu semasa belajar sejarah. Ataupun untuk adik-adik yang sedang belajar sejarah itu pun pasti sedang menghafal fakta-fakta yang dirasakan tidak membawa maksud. Haa ini yang bahaya. Apabila menghafal tidak tahu maksud. Apa sejarah pun ada maksud? Jawapannya adalah ya.
Contohnya seperti yang kita tahu bahawa Parameswara berpindah ke Temasik dan seterusnya ke Melaka. Apa yang kita semua faham? Oh Parameswara lari sebab kena kejar musuh. Ya itu betul. Tapi apa maksud di sebaliknya. Parameswara berpindah dari satu kawasan lain ke kawasan lain. Hmmm macam biasa dengar je. Ya. Berhijrah.
Bila Parameswara berpindah ke kawasan baru kita semua boleh lihat kejayaan yang dibawa oleh Parameswara.
Sekarang kita berpindah pula dalam aplikasi kehidupan kita.
Umur 5 tahun kita semua masuk ke tadika. Adakah kita duduk di sana sampai bila-bila. Tidak. Kita terus masuk ke sekolah rendah apabila mencapai umur 7 tahun dan berpindah ke sekolah menengah apabila berumur 13 tahun. Kemudian melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Tetapi apabila kita bekerja seseorang itu boleh bekerja selama 20 tahun atau pun 30 tahun di satu-satu tempat. Boleh di lihat di sini perpindahan itu terhenti. Saya tidaklah menggalakan berpindah ke syarikat lain setiap tahun. Tetapi jika ada yang mendapat tawaran lebih hebat, berpindahlah.
Tapi kalau tidak dapat bagaimana. Itu menunjukkan bahawa prestasi sendiri tidak mencapai ke peringkat yang sepatutnya. Haa di sinilah ramai orang akan menunding jari. Orang itu pilih kasih dan sebagainya. Tetapi sedarkah kita bahawa diri kita ini tidak sampai tahap yang sepatutnya.
Sama juga dalam masyarakat kita sendiri. Janganlah mudah menunding jari ke san ke sini. Kalau sesuatu bangsa itu mahu maju dia harus mengubahnya sendiri. Tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain.
Tidak mengapa kalau anda seorang sahaja yang berubah. Lama-lama nanti pasti akan ada orang yang akan mengikut jejek langkah anda. Ini yang dimaksudkan berpindah sikap yang buruk kepada yang lebih baik. Bukan kita sahaja harus berpindah tempat. Tetapi jika sikap juga buruk pasti seseorang itu tidak akan dapat bertahan di situ.
– Ali
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit