Pentingkah Untuk Ada Sahabat

Assalamualaikum. Terima kasih admin andai anda sudi share confession ini. Confession ini sekadar luahan dan memerlukan pendapat netizen dari sudut pandangan yang berbeza. Mohon berfikir dahulu sebelum memberi sebarang komen.

Aku X. Masih lagi awal 20an. Seorang yang tegas, komited dan peramah. Aku tak pernah ada mindset untuk ada sahabat karib. Sebaliknya, aku lebih suka berkawan secara rawak tanpa terikat kepada mana mana individu yg boleh dikategorikan sbg bestfriend.

Sebelum aku sambung belajar, aku ada geng yang begitu rapat. Ke sana ke mari bersama-sama. Memandangkan aku satu-satunya member yg ada lesen dan kenderaan, so mereka bergantung dekat aku (tak sepenuhnya) untuk ke sana ke mari. Namun, keadaan berubah apabila salah seorang drpd kami got her license. Mula dari situ, aku disisihkan kerana sudah mula belajar jauh. Sepatutnya apa2 yang berlaku perlu dirancangkan bersama aku (as one of their team members) namun kini yang berlaku adalah sebaliknya sehingga tiada teguran pun yg berlaku antara kami. Takpa, aku doakan hubungan mereka berempat sentiasa subur dan kekal selamanya.

Setelah aku sambung belajar, duduk di rumah sewa, aku kini mempunyai seorang sahabat, Joyah. Pelajarannya tidak hebat mana, namun perangai gila-gilanya yang menjadikan aku senang berkawan dengan dia. Susah-senang bersama, saat dia dibodoh-bodohkan oleh classmatenya, ada aku di samping dia… yang sentiasa bagi kata2 positif. Malah, rakan yg pernah 1 sekolah dengan dia pun tidak sanggup study dengan dia secara bersama kerana dia berperwatakan hiperaktif ketika belajar, namun aku tetap bersabar membantu dia.

Pernah 1 malam, saat dia broken dengan pakwe dia, masa tu aku tinggal berdua dengannya di rumah sewa, sempat aku brain wash dia untuk belajar bersungguh-sungguh sebab aku percaya dia tak bodoh. Kedudukan dia yg akan terakhir dalam batch tersebut bukan alasan untuk dia terus putus asa. Aku nasihatkan dia sampai aku sendiri yang menangis. Punya yakin aku dekat dia tu. Haha. Alhamdulillah seminggu tu, dia berubah sikit. Rajin belajar, kalau lect takda, dia sanggup panggil aku di kelas sebelah semata-mata utk ajar dia. For sure aku sangat bangga masa tu. Aku rasa niat aku untuk ubah dia tu dah berada di atas landasan yang betul tapi…

Aku ada seorang kawan baru. Sekelas dengan si dia. Kawan aku tu baru dapat lesen. Pada mulanya, aku tak kisah kawan aku tu ajak Joyah keluar untuk temankan dia ke mana-mana. Namun yang buat aku mula panas hati ialah bila dia mula untuk lawan cakap aku. Aku tahu aku cuma seorang kawan tapi dia tak pernah lawan cakap aku sebelum ni. Paling koman pun dia akan diam, lawan sikit2. Tapi kali ni, percakapan dia sungguh biadab. Sudahlah biadab, tiap2 hari pula keluar dengan kawan aku tu. Bila setiap hari keluar, dia langsung dah tak pegang buku. Padahal final exam hnya tinggal 2 minggu saja lagi.

Aku kunci mulut. Diam dan memerhati. Ditegurnya karang, takut tak makan. Aku diam, sampailah hubungan aku dengan dia macam takda apa2. Mana mau nya, dekat tempat study, class lain. Di rumah, selalu keluar.. bila balik rumah, terus masuk bilik n tidur. Dia macam terus lupa member yg dia selalu berkepit dulu.

Sampaikan malam sebelum esoknya final exam, dia masih lagi keluar. Syukurlah, aku dengar khabar yg dia study kat kedai makan tu. Tapi aku boleh agakla tahap focus dia tu sampai tahap mana la sangat haha.

So one night, masih lg dalam exam week, the housemates were gathered together. Nak bercakap dengan Joyah ni sbb dia ada buat masalah sikit dgn housemate yg lain.
Dalam masa yang sama, aku pun ambil kesempatan utk tegur dia.

Tapi seriouslah, aku ni seorang yg pembaran. Pantang aku bila orang tunjuk biadab time tengah discuss.
Joyah ni, dengan muka biadab dia, langsung tak boleh terima apa yg ditegur oleh aku n housemate yg lain.

Selesai sesi discussed antara housemate, antara jam 11.30-12.00 aku jumpa si Joyah ni sekali lagi. Sebab apa aku jumpa sekali lagi? Sebab aku tak puas hati. Masa end of discussion sebelum ni, dia langsung tak salam aku sedangkan housemate yg lain elok je dia salam haha. I got something awkward feeling there.

Then for the sec discussion, aku rasa macam dia tu bukan bestfriend aku dah. Langsung tak boleh terima apa yg aku cakap. Sampaikan dia boleh berdiri, menengking-nengking aku yg masih lagi duduk bersila masa tu.

Once aku berdiri, terpacul dr mulut aku sendiri,yg jangan buat sampai aku haramkan segala ilmu yg pernah aku share kat dia.
Aku tahu aku xda hak nak cakap mcm tu sbb ilmu tu hak mutlak Allah. Tapi bila marah, sapa boleh kawal? Maaf, iman aku masih nipis, tak sempat nak muhasabah dah masa tu selepas puas aku bersabar sepanjang malam tersebut.

Yang buat aku bebetul hilang sabar dan kecewa bila dia sanggup ajak member dia yg boleh susah – payah dengan dia ni untuk bergaduh and aku ingat ayat dia yang “PERGI MAMPOS DENGAN SEGALA NASIHAT KAU TU”. Fuhh time tu, meleleh beb air mata housemate aku yg lain. Aku igtkan aku sorang je yg meleleh hahhaha.

After that night, aku slowtalk kt housemate aku. Aku xda niat pun sbenarnya nak mengharamkan ilmu ke, nak ajak gaduh ke. Tapi sebab dia tu sahabat baik aku la, aku sanggup tak naik tangan untuk tegur dia. Sebab dia tu sahabat baik aku la, aku boleh jadi panas bila tengok dia abaikan pelajaran dia padahal dia tahu, ada classmate dia yg boleh gelarkan dia BODOH depan semua classmate dia yg lain. Sebab aku rasa dia boleh maju dalam akademik la aku sanggup bersabar ajar dia tatkala kawan-kawan dia yg lain fed up nak study dengan dia.

So at last, aku jadi phobia nak berkawan baik. Sayang, hampir semua kawan yang aku ada sekarang ni, jenis-jenis yang bersosial belaka. Tapi, alhamdulillah. Aku masih lagi ada 5-6 kawan yang jaga solat dan memahami keadaan sebenar antara aku dengan Joyah.

Moralnya, walau sesuci manapun niat kau, nak ajak member kau buat baik ke, nak ada dengan member kau time susah-senang dia ke, dalam masa yg sama tolong standby sorang kawan yg mampu bimbing kau jugak, bukannya engkau je yg membimbing orang lain.
Lepastu, kalau ada bestfriend tu, make sure dia tak abaikan kau. Ni bukannya kes serai ke kunyit ke. Tapi ni kes kualiti persahabatan. Rugilah kalau kau dah ada member yg nak tolong kau buat baik, tapi kau tetap pilih jalan yang dipenuhi tahi.

Sampai bila-bila, aku takkan nak ada bestfriend lagi dah. Aku lebih prefer bergerak solo daripada ada kawan / sahabat yang sia-siakan aku.

Untuk joyah, maaf sebab aku pernah janji dengan kau untuk sentiasa bantu kau dalam pelajaran tak kira apa situasi pun.
Tapi malam tu, terpacul jugak dr mulut aku yg aku takkan sentuh hal kau, dan kau pun takkan tegur aku sampai bila-bila haha.
Takpalah, aku doakan kebahagiaan kau Joyah. Jagalah kawan baru kau tu baik-baik. Jangan tahu biadab dengan orang je, nanti dapat anak yg jenis biadab jugak kat kau. Hehe.

So gais, ada bestfriend? Nilailah hubungan anda. Adakah ianya berkualiti ataupun digunakan semasa kesempitan? Haha.

Yang benar,
X yang dah tak pentingkan sahabat lagha..

– Nara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit