Pentingkan Diri atau Kawan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Aku bahasakan diri dengan kata ganti nama diri ya. Sebelum tu aku introduce a little bit about myself. Aku merupakan seorang yang hampir tergolong di dalam pentas“fresh graduate” dan bakal berkonvo pada hujung tahun ni. Pusat pengajian aku terletak di negeri seberang laut Malaysia.

Aku tak tahu nak mula mcm mana luahan aku ni. Yang pasti aku keliru. Aku tak tahu mana keputusan yang terbaik harus aku pilih. Dan aku merupakan seorang yang tidak suka menyakitkan hati orang dan tak suka akan sesebuah pergaduhan dengan sesama manusia dari dulu sampai sekarang. Kerana pergaduhan akan menyebabkan susah nak ada kenangan manis. Sebelum tu aku memohon maaf sekiranya entri aku ni agak panjang.

Macam biasalah apabila seseorang graduan abis belajar semestinya nak bekerja kan untuk mencari pengalaman sementara menunggu hari konvo tiba. Aku memperkenalkan dan gelarkan kawan-kawan aku sebagai si A dan si B. Sebelum ni aku dengan si A bekerja di sebuah IKS yang membuat kuih. Itu pun si A yang bekerja dahulu manakala aku agak lewat sedikit kerana aku merupakan seorang yang mempunyai masalah kulit ataupun digelarkan enzema.

Aku mudah terkena dengan alahan terutamanya di jari-jari dan tapak tangan sehinggakan aku makan pon pakai sudu dan garfu. Aku masuk bekerja di IKS bersama dengan si A setelah tangan aku 90% pulih. Tetapi malangnya, aku tak dapat bekerja di IKS tersebut kerana untuk menekap kuih tu bagi tangan aku adalah acuan tu jadi tajam dan jari aku tak mengizinkan. Bukan tu saja, IKS tersebut tidak provided kan payslip cuma every week akan dapat gaji by hand.

Maka aku try cari kerja lain dan kebetulan kat kawasan perindustrian tempat aku ada kosong maka aku saja-saja ajak si A dengan si B ni. Oh ye kawan aku sorang lagi si B ni sama tempat belajar dia dengan aku. Si B ni pon mencari kerja kerana nak berkonvo. Pada awalnya si A ni taknak kerja di tmpt perindustrian ni tapi kerana tengok iklan pekerjaan yang aku hantar pada si A ni di jadi tertarik dan nk kerja sesama.

Maka aku dengan si A dan si B ni mencuba nasib lah apply kerja kat kawasan perindustrian situ. Dan ketiga-tiganya dapat kerja..tapi sayangnya, pihak production situ pisahkan si B ni dengan aku dan si A ni. Waktu kerja si B ni tak sama hanya si B ni je berpisah dengan kitaorang. Maka hanya aku dengan si A je sama waktu bekerja dan sama department cumanya kawasannya lain dan yang jauh kebelakang daripada aku.

Biasalah pekerja baru semua orang pandang stranger. Siap pekerja-pekerja situ beranggapan aku dengan si A ni budak baru habis SPM..haha. Walhal dah tinggalkan SPM sejak 7 tahun yang lalu. Aku dengan si A ni dapat kumpulan yang tak best. Lelagi aku, line kerja aku ramai foreigner campur lelaki dan perempuan. Melayu hanya dua orang lelaki sorang sama jawatan dengan aku sorang lagi technician kat line aku dan dua orang perempuan termasuk leader aku.

Hari first day sejak pihak production pisahkan kitaorang dengan si B ni aku jadi rasa kurang best. Baru nak bersama-sama tup-tup si B ni lain. Hari kedua aku dengan si A ni kena kerja manakala si B ni pihak production diarahkan si B cuti dua hari dan bekerja pada yang seterusnya.

Kat tempat kerja ni aku terpaksa kena deal waktu rehat dengan si A ni kerana sistem rehat kat tempat kerja ni adalah bergilir-gilir. Kalau tak deal dengan si A ni takde siapa sudi nak berkawan dengan kitaorang. Orang kat tempat kerja tu semua anggap kitaorang stranger dan takde siapa nak tegur kitaorang. Aku kat tempat line jadi stress sebab takde siapa nak ajak aku berbual.

Foreigner kat tempat line aku garang.. aku ingat lagi baru hari kedua kerja dia marah-marah aku, manakala leader aku pulak di suka cakap yang jenis bentak-bentak dan kasar. Mula-mula aku try juga nak keras hati dan tahan telinga aku tapi masuk minggu ketiga aku jadi tak boleh. Biasalah kalau pekerja baru mcm aku minta tunjuk ajar tapi masa satu hari tu dia ajar acuh tak acuh dan ajar sambil cakap bentak-bentak. Aku tanya pasal payslip gaji dia jawab acuh tak acuh ke aku.

Oh ye lupa nak bagitahu, aku dengan si A dan si B ni masuk kerja sebelum tutup buku lagi.. maka dapat lah sedikit merasa duit gaji… Alhamdulillah. Lagi satu technician tempat line aku jenis suka maki-maki dan herdik sejak hari kedua aku kerja kat line tu. Aku ni bukan lahir daripada keluarga yang jenis suka cakap bentak-bentak, herdik dan maki orang mcaam tu. Jadinya setiap kali datang kerja aku jadi fear. Sangat sangat fear dan stress.

Aku selalu fikir harini apalagi diaorang akan cakap maki-maki, bentak-bentak dan takde siapa ke yang akan ajak aku berbual ea. Environment situ buatkan aku rasa tak seronok. Aku pernah terlalu stress sampai dua hari tak lalu nak makan. Aku jadi tak berselera. Lagipun kerja aku ni memerlukan aku untuk pakai hand glove getah warna putih tu, maka tangan aku jadi balik masalah enzema tu kalini jadi teruk gatalnya sampai aku tengok sendiri tangan aku jadi kesian. Sampai aku takleh nak thumbprint kiri dan kanan. Jalur-jalur kulit tu rosak.

Tambahan lagi pihak HR tempat kerja aku agak pemalas bgi pandangan mata kasar aku. Masa nak buka acc bank aku terpaksa ulang alik bank dengan tempat kerja kerana pihak yang buat surat aku main tampal-tampal je nama dan no IC aku kat surat rasmi tu. Maka pihak bank tolak surat rasmi tersebut.

Gaji first aku adalah penuh liku kerana gaji aku tak masuk sebab pihak HR leka letak no IC aku salah dan jadi reject. Aku lewat dapat gaji oleh kerana masalah pihak HR tu yang lakukan. Aku terpaksa ulang alik bank dan tempat kerja sebab orang HR kat tempat kerja menyatakan pihak bank salah buat no acc aku tu, walhal betul pihak bank buat cuma pihak HR tempat kerja aku ni yang leka buat kerja sebab masukkan no IC aku yang salah.

Oleh sebab tu, gaji aku terpaksa melalui cek. Cek juga bermasalah kerana pihak HR kat tempat aku tulis huruf tu mengelirukan. Lama juga betulkan cek aku tu, akhirnya baru okey cek aku. Aku kecewa gila dengan pengurusan tempat aku kerja ni. Sistem pengurusan yang amat teruk.

Harini aku dah abis fikir aku nak blah je dari tempat kerja aku tanpa kasi notis. Masalahnya bermula disini, kawan aku si A ni bertahan nak kerja situ sebab tujuan dia bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Lepas dia berkahwin sesemestinya dia akan ikut suaminya dan akan tinggalkan aku. Manakala aku ni nak kerja sebab nak konvo dan sehingga mendapat kerja tetap. Aku tak sanggup nak bertahan kerja situ sebab banyak gila sebab-sebabnya aku dah cerita di atas tu kan.

Oh lupa nak bagithu, pembayaran duit gaji kat tempat aku ni akan dapat setiap kali masuk bulan baru, baru dapat gaji. Dah seminggu kerja di bulan baru tu, baru dapat gaji. Aku ni dengan nak konvo yang tak lama lagi ni aku rasa macam tak sempat nak kumpul duit. Manakala si A ni ajak aku bertahan sampai awal bulan depan dan resign, dan dia terus menghitung hari bahagia dia manakala aku terumbang ambing.

Aku ni nak blah dari situ sebab aku dah jumpa tempat kerja kosong baru.. kalau aku terus terusan dengar pujuk rayu si A yang bertujuan tu, aku stress dengan tempat kerja tu. Tapi dalam masa yang sama aku kesian juga dan aku taknaklah bermasam muka nnti dengan kawan. Tapi aku kesian dengan diri aku sendiri. Dalaman aku tak bahagia dengan situasi tu, tangan aku rosak.

Adakah aku pentingkan diri ke? Sampai mak si A ni call aku tanya kepastian betul ke aku dah taknak kerja situ.. baru ni si A buat ayat sedih dengan aku sebab takde siapa yang akan rehat dengan dia nnti sebab mcm aku cakap tadi orang kat tempat kerja situ anggap kitaorang stranger.

Wahai pembaca sekalian bantulah aku. Aku buntu.

– TT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *