Pentingnya Common Sense Dalam Kehidupan

Assalamualaikum. Hi reader. Aku tak reti sangat nak menulis ni. But i just nak cakap benda yg dirasakan perlu. Aku pengguna tegar KTM, memang itulah transport aku utk pergi kerja, balik kerja. Time KTM problem, aku pun ada problem jugak. Gaji kena tolak sebab masuk kerja lambat. Tapi itu bukan cerita dia. Hahaha. Aku nak cakap pasal benda yang aku tengok hari-hari dlm train.

Firstly, aku nak cakap pasal pencemaran bunyi yg biasa aku kena. Pencemaran bunyi dlm konteks aku la. Aku naik train pagi2, pukul 7 dah naik train. Biasa dalam train, aku akan baca Al-Mathurat or kalau dah baca, aku tidur. Tapi yang tak bestnya dua2 aktiviti aku sering terganggu dgn bunyi lagu yg aku pun tak faham. Mostly pagi2 aku tgk org yg naik train tu akan tidur tak pun tgk phone. Selalu juga la kalau bunyi bising, secara automatik kita akan cari mana dtngnya bunyi bising tu kan?

So, patutnya bila org dah pandang2 kita, kita kena la faham org tak suka. Nak dgr lagu tu dgr la sorg2. Jgn sampai mengganggu org lain. Beli la earphone kalau tau kita suka sgt dgr lagu. Tak payah la buka kuat2 sampai 1 coach blh dgr. Gituuuu.. Kalau lagu raya, boleh la share dgn aku, sbb aku dgr lagu raya selalu terbayangkan pokok kelapa dpn rumah nenek aku. Baru syok tidur, feeling kampung sgt. Nyaman. Hahaha

Secondly, bagi tempat duduk pada yang memerlukan. Jgn ingat org tua, org mengandung je yang memerlukan tempat duduk tau. Pernah sekali tu aku naik train, aku demam, memang tak larat. Nak MC sbb selalu sgt MC bulan tu, so gi la kerja. Balik tu aku naik train. Then ada pregnant lady naik train, aku duduk seat paling depan. Aku memang tak berdiri utk bagi seat pada pregnant lady tu. And org lain pn tak bangun jugak.

So, org2 yg berdiri ni tgk la kami yg duduk ni dgn pandangan yg tak best. Aku buat tak tahu jela sbb aku memang tak larat. Org lain aku tak tau. Maybe tak sihat mcm aku. Hehehe. Then after 5-7 minit, ada seat kosong sebelah aku bcoz ada org turun, but pregnant lady tu tak duduk. Ada org tanya kenapa tak duduk, then dia jawab nak duduk tempat tu, dia tunggu seat yg dia suka. Okla. Bukan salah aku la aku tak bangun sbb dia pn tak nak duduk tempat aku. Hehehe

Lastly, aku harap penumpang lelaki patuhi arahan. Jangan la duduk kat coach perempuan. Dah sah2 tu coach perempuan, kenapa boleh ada kat situ pulak. Hurmm. Mesti ada yang ckp, alah org pempuan boleh je dok coach mana2. Memanglaaa.. Mcm LRT, MRT tak ada pun coach perempuan kan? Ni Komuter ada, bising pulak tak nak kasi org laki dok coach perempuan.

Actually, its not the point. Apa yg penting kat sini, attitude kita. Didik diri kita sesuaikan diri dgn peraturan di setiap tempat yang kita pergi. Kan bagus kalau kita ikut. At least, pelancong tengok attitude kita, diorg respect kita. 1 lg, tak rasa pelik ke bila awk sorang je kat situ lain, yang lain perempuan? Hehehe. Tanya je. Okla. Tu je. Yang penting point no 1 tu tau, hehe. Assalamualaikum.

– Ir

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *