Hi, pertama sekali aku perkenalkan diri aku seorang isteri dan mempunyai anak 1. Bekerja dan aku adalah pasangan jarak jauh (PJJ).
Aku telah berkahwin selama 2 tahun. Aku di barat suami di selatan.
Tujuan aku menulis bukan untuk bercerita kisah aku sahaja tapi aku ingin bercerita tentang pengajaran yang boleh diambil dari kisah aku ini.
Baru- baru ini suami aku kantoi curang dengan officemate dia.
Dulu aku fikir benda ni jarang-jarang berlaku dan biasa aku baca kisah orang sahaja. Tapi rupanya ini adalah real dan terjadi kepada diri aku sendiri.
Nak dijadikan cerita, suami aku ni seorang yang baik dari semua segi tanggungjawab and all la.
Tapi once aku tau dia kantoi curang aku masih sabar dan aku direct cakap terus dengan dia sebelum tidur.
Cara aku straight to the point, kalau ada masalah aku tak ada tunggu-tunggu. Sekarang aku dapat tahu, malam aku settle terus.
Jadi malam tu dah sampi kemuncak bila aku pun da start merajuk. Suami aku pulak jenis yang tenang. Esoknya baru dia mesej aku dan bagi penerangan kat aku.
Walau macam mana bagus pun penerangan dia, aku balas dengan cara berhemah. Aku bukan perempuan yang senang untuk diperbodohkan.
Aku balas dengan ayat begini pada hari perenggan,
“Awak ingat satu benda ni dan semat dalam kepala awak, kalau awak nak curang silakan, saya sikit pun takkan halang, saya dan anak boleh hidup walaupun tanpa awak.”
Nampak macam aku ego kan? Tapi sebenanrnya tidak. Aku hanya nak bagi warning dan nak tunjuk aku tak takut pada penceraian.
Aku memang tak fikir banyak, aku ada duit, aku bekerjaya, aku ada mak bapak dan anak aku, I don’t need you anymore if you really want to cheat on me!.
For you info aku bukan orang kaya. Tapi cukup untuk makan anak beranak dan saving.
Ini prinsip aku. Kalau lelaki boleh cari perempuan lain kenapa perempuan tidak?? Betul tak?
Orang cakap kena fikir pasal anak tapi orang tak fikir untuk jadi ibu yang baik kepada anaknya ibu perlu ada hati dan mental health yang baik untuk uruskan anak itu dengan baik.
Jadi kalau dibiarkan dan terus bersama dengan suami walaupun dah curang agak – agak mental ibu tadi elok tak?
Tapi kalau suami dah mengaku salah dan tak akan ulangi semula dan insaf boleh la difikirkan balik untuk bersama. Communication is the key.
Jadi kesimpulan dari cerita aku ni, pengajaran dia perempuan kena ada aset sendiri, bekerja dan ada duit poket sendiri tanpa mengharap lelaki, kalau jadi apa-apa senang kau nak bla dari hidup dia.
Sesungguhnya kata-kata orang dan cerita orang yang perempuan kena bekerja dan ada duit sendiri itu benar belaka.
Bila dah jadi pada diri sendiri baru aku rasa syukurnya aku bekerja dan ada duit sendiri tanpa mengharap pada suami.
– Ir. D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I like your attitude, bravo
Sekarang ni lelaki mmg tak ramai yg boleh diharap, kalu dapat yg bertanggungjawab, it’s a bonus. Yg penting awak kena cari bahagia sendiri, kalau suami nk join awak untuk bahagia, tadahkan 100 padang bola, kalau dia pilih orang lain, let him go. Hidup ni terlalu singkat untuk dibazirkan untuk ‘sampah’.