Pentingnya Isteri Untuk Bekerja

Assalamualaikum semua. Aku harap, admin dapat approve confession ni dan publish ke orang ramai, aku teringin nak luahkan isi hati yang dah lama terpendam… Hal yang nak diceritakan di sini adalah berkenaan keluarga aku dan sorry kalau confession ni agak panjang.

Aku pon tak tahu nak mulakan macam mana jadi baiklah aku introduce diri dulu, nama aku Mat usia 23 tahun (bukan nama sebenar) aku merupakan seorang pelajar sem 5 uitm perak diploma (insyaaAllah last sem depan) aku buat praktikal sem ni dan aku merupakan anak kedua dari 4 adik beradik.

Family aku pulak semua sekali ada 6 ahli, Ayah aku usia 52 tahun alhamdulillah masih sihat dan cergas orangnya dan merupakan bekas lulusan luar negara dari Canada tapi dia kini berkerja sebagai pemandu lori dan berkerja freelance di office makcik aku mungkin ada yang pelik dan tak sangka macam mana bekas lulusan luar negara boleh end up kerja bawak lori (nanti aku cerita).

Mak aku pulak usia 46 tahun masih sihat dan hanya seorang suri rumah sepenuh masa dan pernah berkerja bank semasa usia 20an dulu, Abang aku pulak (Abang Long) usia 25 tahun tak berkerja sebab dia mengalami kegagalan buah pinggang sejak dia berusia 15 tahun lagi kiranya dah 10 tahun dia sakit sejak tahun 2009 dan sekarang ni cuma buat dialisis di hospital kerajaan.

Dan aku ada seorang adik lelaki (Abang Lang) berusia 20 tahun pon tak berkerja dan sekarang ni hanya menganggur dan tak nak buat apa-apa walaupun dah nasihat beribu kali. Last sekali aku ada adik perempuan (Ara) berusia 13 tahun dan baru sahaja naik sekolah menengah.

Sebelum aku mulakan dan brief detail aku cuma nak pesan kat para bakal isteri di luar sana seeloknya kalau boleh kerja lah walaupun setakat kerja kilang, dan sebaiknya korang kene ada ilmu bab kahwin, soal nafkah dan selok belok alam perkahwinan sebab korang tak boleh harap sangat pada bakal suami atau orang lain selepas kahwin untuk melaksanakan bab nafkah atau keperluan korang tambah lagi kalau ada anak nanti, sebab TAK SEMUA lelaki akan bertanggungjawab dan berusaha memberi nafkah kepada anak isteri 100% selepas kahwin. Korang perlu mantapkan diri dari segi ilmu, kewangan dan dalaman yang stabil sebelum masuk alam rumah tangga ni.

Ok kisahnya bermula bila mak dan ayah aku selepas kahwin dapat anak pertama iaitu Abang Long aku, masa tu mak aku berkerja di salah sebuah bank terkemuka di KL. Btw mak aku cuma lepasan SPM je dan mampu dapat kerja pejabat masa tu. Ayah aku pulak berkerja di salah sebuah syarikat yang gah di Malaysia ni kalau sebut nama tentu orang kenal sebab berkat kelulusan dia di Canada dulu dapat dia masuk kerja terus jadi PENGURUS syarikat gaji dia boleh kata dalam RM 3000-4000 waktu tu korang bayangkan.

Lepas dapat Abang Long takde siapa yang nak jaga dia masa tu sebab mak dan ayah aku berkerja dan sibuk, cuma ada hantar dia dekat sorang makcik ni untuk jaga dia sampai petang tapi tak berapa memuaskan sebab abang aku selalu tak sihat dan kurang jagaan. Jadi solusinya ayah aku suruh mak aku resign kerja dan jaga abang aku serta dia berjanji akan bagi mak aku duit belanja setiap bulan.

Dan mak aku pon resign dari kerja dia yang dia dah sayang dan jaga la abang aku sampai aku pon lahir masa tu, semuanya nampak smooth je dan bertukar tragedi apabila ayah aku berhenti kerja secara tiba tiba. Ayah aku berhenti kerja tanpa ada sebarang perbincangan dengan mak aku dan dia terkejut bila dapat tahu sebab sebelum ni dia memang kata nak berhenti atas alasan nak bantu bisnes adik perempuan dia (Mak Alang) bisnes printing dan dia pernah cakap nak kerja sendiri. Mak aku cuma ingat dia olok-olok tapi tak sangka punya betul dia resign sayang betul dan rasa sangat kecewa berhenti kerja atas alasan macam tu.

Dan masa tu dengan ayah aku pon ikut sekali tak kerja so takde pendapatan la kan dah la ada Abang Long dan aku masa tu, jadi bermula lah era penderitaan dalam keluarga kami. Masa tu ayah aku tak mampu bayar sewa rumah sampai mintak duit mak aku dan dia dah tak mampu bagi nafkah dan beli keperluan keluarga jadi keadaan masa tu memang melarat. Dan masa tu adik lelaki ayah aku(Pak Andak) rasa kesian tengok keadaan ayah aku dan dia pon offer nak tolong sebab Pak Andak aku waktu tu engineer dan dia ada beberapa project yang dia nak bagi ayah aku.

Lepas projek tu dah siap ayah aku dapat hasil dari kerja tu dan boleh kata sangat banyak sebab ayah aku terus beli rumah teres masa tu dan siap bank in duit ke akaun mak dan adik beradik aku yang lain pastu beli kereta mpv. Dan dipendekkan cerita ayah aku ada projek yang lain dengan Pak Andak aku dan tak berapa lama lepas tu keluarga aku pon berpindah ke rumah banglo yang lagi besar dan banyak duit habis kat situ sebab renovation dll, tapi yang paling menyedihkan duit kami 4 beradik habis digunakan untuk rumah banglo ni dan tanpa pengetahuan kami sebab kecik lagi masa tu.

Sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, ayah aku sanggup buat investment macam tu sebab ingat Pak Andak aku ada projek lain lagi selepas ni rupanya dia silap. Ayah aku gunakan duit hasil projek lepas-lepas untuk bayar bil rumah, aku sekolah , jalan- jalan(sebelum abang aku sakit) dan beli makanan sampai satu tahap habis semua duit simpanan dia.

Berbaki duit simpanan dia yang tinggal ayah aku ada usahakan bisnes kecik-kecik jual produk air ,susu,madu tapi semuanya tak menjadi dan lepas tu barulah ayah aku terfikir untuk beli sebiji lori yang dia nak gunakan untuk bisnes, buat kerja angkat barang orang pindah atau hantar barang. Mak aku tak berapa setuju dengan idea tu sebab kerja tu tak berapa bagus untuk long term (sebab umur dia dah 45++ masa tu) tapi ayah aku tetap beli sebab dengar cakap adik dia merangkap Pak Su aku yang kononnya nak buat kerja tu bersama dan akhir sekali dia pun tinggalkan ayah aku dan berkerja di salah sebuah pusat perubatan, tinggal la ayah aku sorang.

Aku pon ada banyak kali ikut ayah aku kerja angkat barang ni tapi tak selalu ada sebab kerja dia memang memenatkan dan ayah aku letak upah rendah sebab takut orang tak ambik, jadi dipendekkan cerita dengan ayah aku kerja on, off masa tu menyebabkan ayah aku takde duit nak bayar bil rumah termasuk nafkah.

Lepas tu ayah aku dengan tak kerja dan kami masih bersekolah mula mintak duit simpanan mak aku (sebab ayah aku anggap duit yang dia bagi adalah duit dia), mintak duit dividen simpanan dia setiap bulan selama beberapa tahun, mak aku bagi je masa tu sebab sangka yang cakap suami perlu diikuti dan didengari tapi lepas tu baru mak aku sedar yang dia salah selama ni dan ambil keputusan untuk tak bagi lagi duit simpanan dia pada ayah aku.

Sejak mak aku dah tak bagi duit simpanan dia, ayah aku mula tunjuk mogok dia pada keluarga dan slow-slow melepaskan tanggungjawab dia dah mula tak bagi nafkah kat mak aku, bil hospital abang aku pun dah mula tak nak bayar (tapi ada mohon zakat), barang basah dapur pun jarang sangat beli kadang mak aku yang beli, belanja sekolah adik aku pun dia dah tak nak bayar ada masa aku yang tolong bagi duit belanja kat adik (kalau aku ada duit selebihnya mak aku), baju raya, baju baru untuk mak aku apatah lagi langsung takde memang mak aku cari sendiri berbekalkan duit simpanan yang ada lupa nak cakap baju baru untuk dia (ayah aku) je yang selalu beli sebab dia selalu pergi parkson,giant dan beli di lazada, senang cakap ayah aku sekarang ni cuma bayar bil air,api,minyak je selebihnya mak aku buat sendiri.

Aku tak kisah kalau takde baju raya atau baju baru untuk aku sebab dah besar panjang kan tapi untuk mak aku selaku isteri dia langsung takde sebab ayah aku bukannya langsung takde kerja sebab dia ada buat kerja sambilan di ofis Mak Alang aku (ada mention sebelum ni) dia boleh dapat dalam RM 2000 la jugak so ada la pendapatan kan tapi langsung tak bagi kat mak dan tanggung adik sekolah, ayah aku ni jenis yang melebihkan adik beradik dia dari keluarga sendiri jadi apa pandangan diorang semuanya dia pakai ikut tapi kalau kami yang bagi cadangan semuanya ditolak mentah-mentah termasuk mak aku.

Ayah aku ni jarang ada kerja jadi dia banyak habiskan masa dia dekat rumah, basuh baju, angkat kain, hantar Abang Long aku pergi hospital dan layan drama Korea, patut ke habiskan masa layan drama Korea dari buat kerja lain yang lagi berfaedah untuk orang berumur 52 tahun.

Jadi ini satu penyeksaan mental dan mata untuk mak aku serta kami nak hadap benda ni setiap hari mak aku dah banyak kali nak hadapkan benda ni ke mahkamah siap dah jumpa lawyer lagi tapi bukan senang sebab mak aku tu takut nak buat tindakan sendiri plus takde sokongan dari keluarga dia. Apa korang rasa kalau suami duduk rumah pastu layan Korea dari membaiki ekonomi keluarga?

Banyak lagi benda lain aku nak cerita kat dalam ni sebenarnya tapi cukup la kat sini buat masa sekarang sebab takut panjang sangat pulak nanti, aku harap keluarga aku terus kuat nak hadap semua ni especially mak aku yang dah hadap puluhan tahun dengan perangai ayah aku. Mak aku pun dah banyak kali mengadu kat keluarga dia pasal ni tapi orang remehkan dia. Dan aku harap dapat la cepat habiskan diploma supaya dapat tolong mak aku cepat lepas tu harap ada la penawar untuk sakit abang aku nanti.

Kesimpulannya, nasib baik mak aku ada duit simpanan hasil ayah aku bagi dulu dan dia jaga baik-baik kalau tak apa la nasib kami 4 beradik sebab hasil simpanan tu la dividen dia mak aku gunakan untuk belanja keperluan keluarga dan sekolah adik aku.

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *