Pentingnya Jurnal

Hai korang, sempena aku dah tak berapa banyak sangat aktiviti sebab tak ada final exam untuk sem tahun ni (digantikan dengan penilaian lain).

Aku nak share apa itu “journal” dan kenapa ianya penting.

Sebelum tu, journal ni macam sebuah diari tapi lebih kepada buku yang dalamnya kita penuhi dengan target2x hidup kita, to do list harian, apa yang perlu kita buat, apa yang kita fikir, perancangan lain2x dan sewaktu dengannya.

Aku start buat journal pada umur 22 tahun. Sekarang berumur 26 tahun. Tapi journal aku ni pelik sikit sebab aku guna telefon. Selalunya orang buat journal guna buku journal tu la

Macam aku, aku buat journal dekat notes telefon aku. Sebab? Sebab aku punya tulisan burukso, aku tak suka menulis guna tangan. Orang yang ada journal ni selalunya kreatif dengan tulisan cantik, letak sticker, hias lelawa. Aku pulak jenis tak ada masa nak buat semua tu.

So kat sini, apa yang aku nak share ialah betapa pentingnya journal untuk memastikan kehidupan kita lebih teratur, proaktif dan tenang maybe.

Kenapa aku cakap macamtu?

Okay, berdasarkan pengalaman aku dalam journal digital aku ni, aku bahagikan ia kepada beberapa perkara seperti :

2020 planner :

1. Study

2. Work

3. Goals

4. Kesihatan

5. Business

6. Vacation

Working life :

-to do list kerja

-gaji (senarai komitmen, saving dan apa yang nak dibeli setiap bulan)

-tips interview jawatan PTDM41 (aku akan selalu update setiap kali dapat info baru)

-target kerjaya (step2x yang aku kena lalui)

-senarai kursus/aktiviti yang aku join tahun berkenaan

Reminder :

-THINGS THAT YOU SHOULD BE GRATEFUL WITH YOUR LIFE (apa yang aku dah capai sepanjang hidup ni)

-REMINDER FOR YOURSELF (perangai baik apa perlu kekalkan, perangai buruk apa perlu buang, etc)

Future plan :

-apa nak capai sebelum 30th

-nak jadi apa sebelum 35th

Business :

-sales

-perancangan jangka masa pendek dan panjang

-plan projek kalau ekonomi down

Itu beberapa gambaran tentang apa yang aku tulis dekat journal aku.

Secara jujurnya, bila aku start buat journal ni, aku rasa hidup aku lebih jelas, sangat teratur dan proaktif sebab aku nampak jelas apa yang aku nak capai atau apa yang aku nak miliki berdasarkan target aku. Malah, focus aku tak terganggu dengan perkara2x tak berfaedah.

Dengan journal ni juga telah mengubah aku menjadi seorang yang semakin bijak dalam merancang dan menyelesaikan masalah. Sebab kalau ada masalah, aku jenis yang suka buat soalan dan penyelesaian dalam journal aku.

Contoh situasi masalah :

Musim covid-19, ekonomi down. Macam mana dengan cafe?

Apa langkah utama untuk jana income cafe pada musim pkp – buat promo cod.

Bagaimana – aku atau husband hantar cod tu, tukang masak just prepare untuk masak je.

Kebaikkan – income dapat boleh cover expenses bulanan, lebih untung.

Keburukkan – terdedah dengan orang lain masa hantar cod etc.

Selain itu, bila ada journal ni. Cara perbelanjaan aku pun semakin bijak which is aku tak belanja luar daripada plan aku. Semua yang aku target nak beli atau nak ada berdasarkan kemampuan je aku beli.

So, kemungkinan untuk belanja benda yang tak ada dalam plan journal aku tu berkurang. Kat sini membuktikan, dengan adanya journal. Kita boleh merancang perbelanjaan kita dengan baik.

“Jangan belanja macam jutawan, kalau anda bukan jutawan”

Ayat paling deep yang aku pernah jumpa hal perbelanjaan setakat ni. Bab kewangan ni, yang aku nampak bahaya kalau kita belanja main bayar2x je tanpa merancang. At least, kita kena ada perancangan untuk perbelanjaan bulanan.

Anyway, journal ni bukan kewajipan pun tapi ianya seperti rujukan, alat kawalan atau penanda aras kepada masa hadapan dan kehidupan kita. Sebab apa? Sebab kita tidak akan mampu merancang dengan hanya berfikir tanpa menulis.

Aku bagi contoh situasi yang simple. Harini tiba2x kau dapat idea plan nak buat apa, nak capai apa dalam tahun ni. Seminggu berlalu setelah kau makan, tidur, tengok movie, penat kerja dengan nak kemas rumah etc. Agak2x kau still ingat tak yang kau ada target untuk tahun ni?

Aku pernah terbaca berkenaan dengan kajian yang menunjukkan orang yang meluahkan perasaan dan meluahkan apa yang mereka fikir dengan menulis merupakan orang yang hidupnya teratur, terurus.

Dalam masa yang sama hidup orang tu akan lebih maju sebab focus mereka teralih kepada apa yang mereka tulis.

Kalau korang tengok beberapa cerita korea dan follow instagram2x mat saleh yang banyak bagi tips kehidupan. Diorang selalu mention pasal “journal” (refer gambar).

So, kat sini membuktikan bahawa penulisan journal ni universal. Tak kira bangsa, agama malah tidak kira peringkat umur. Semua orang boleh guna journal untuk kehidupan yang lebih baik.

Sepanjang aku membesar, aku pun pernah alami perasaan yang macam “malas la fikir nak jadi apa, buat apa. Just follow the flow”.

Tapi, semakin usia meningkat aku sedar yang malas berfikir adalah perkara yang boleh membuatkan kita susah nak kehadapan/maju.

Yes, kita boleh cakap tak nak berfikir kepada hal negative tapi kita tak boleh kata tak nak berfikir kepada perkara yang positive. Kalau penat berfikir, take your time. Tapi alasan untuk tak nak berfikir atau malas berfikir merupakan kesalahan utama dalam memajukan diri sendiri.

Jom tanya diri,

sebelum umur sekian2x kita nak jadi apa?

kita nak ada apa?

kita nak kumpul berapa duit?

kita nak pergi mana?

bulan ni nak beli apa ke nak beli je ikut mood padahal duit tak berapa banyak?

Luahkan dalam bentuk tulisan. Sebab dengan menulis, apa yang kita plan ibarat kunci permulaan kepada sebuah kehidupan baru.

Pernah dengar?

“Tidak merancang, adalah merancang untuk gagal”

Kesimpulannya, kalau malas buat je journal guna telefon macam aku. Kalau rajin, beli journal comel2x bersepah jual dekat instagram.

Tahun semakin maju, kita pun kena maju.

Sekian, terima kasih.

Anyway, semoga covid-19 terhapus daripada dunia ni aamiin. Stay safe semua.️

– MJ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *