Pentingnya Peranan Lelaki

Nama aku Ida(bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nor (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Siti (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor. Mempunyai 2 orang staff dan 3 orang student practical (setakat ni) dan semuanya perempuan dan bujang.

Bila semua staff perempuan, Aku agak berhati-hati untuk minta staff OT or outstation sendirian, selalunya aku atau partners akan temankan. Kenapa aku tak hire staff lelaki? Ok aku cerita, 2 tahun lepas waktu aku decide untuk buka company, aku ada seorang partner secretary lelaki (since aku,Siti,Nor belum ada lesen secretary) Aku gelarkan Khan. Khan berusia akhir 30an dan sudah 3 kali berkahwin. Kitorang waktu tu tak kisah tentang isu kahwin 3 ke kahwin rahsia ke sebab bukan laki aku kan.. gitu. Isu bermula bila Khan ni berminat dengan Siti. Siti ni dia cantik dan hot la (body macam Izara AIshah, tak tipu). Siti ni aku kenal sama sekolah menengah dan baik.

Dia tak layan pun Khan ni. Satu hari isteri ketiga Khan datang office mengamuk-ngamuk serang Siti. Katanya Siti ada skandal dengan Khan dan tunjukkan gambar-gambar Siti yang Khan save dalam handphone (Khan download dari socMed Siti). Siti bengang dan dia marahkan Khan dan isterinya. Sebagai penyelesaian kitorang decide terminate Khan. Dan Khan pergi tinggalkan company tanpa meminta maaf pada Siti dan kami semua. Dan sekarang aku dengar dia sudah bercerai dengan isteri kedua dan ketiga serta berkahwin baru dengan budak umur 20 tahun tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Yang aku sedih isteri pertama dia baik sangat , suri rumah dan dia tak pernah tahu suami dia kahwin lain. Isterinya hanya ingat suaminya ada skandal je dan aku masih belum diberi kekuatan untuk berterus terang dengan isterinya.

Kedua, Klien aku majoriti lelaki dan ada diantara mereka yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama. Macam mana aku tahu, kadang-kadang kalau aku keyin belanja ada juga duit keluar ke akaun isteri kedua, atau asyik travel ke negeri ni je. Bila ditanya rupanya ada isteri lain kat negeri ni. Ataupun bila buat penolakan cukai ada dilampirkan pelepasan tanggungan anak dengan isteri kedua tapi siap bagitahu kami awal-awal masukkan data isteri pertama sahaja. Tolonglah lelaki, anda dah menjadi suami dan bapa kenapa masih mahu menafikan hak mereka. Tolonglah lebih bertanggungjawab dan berani berterus terang.

Ketiga, 2 bulan lepas, staff practical terjumpa baby lelaki kat office. Office aku ni tingkat 2 , bawah office aku tu Watson dan tangga nak naik office aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan office aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa.Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4. Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk office bagitahu ada baby. Kami yang panic dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa. Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat office boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv office dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun berkerja di Tesco. Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanita berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung. Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu hukuman pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby iman sebagai anak angkat. Aku dalam proses untuk menyusukan baby iman. Doakan la aku berjaya jadikan baby iman anak susuan. Dan doakn aku juga berjaya mendidik baby Iman menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin , doakan juga pasangan aku mampu menerima Iman dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Iman akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Mommy Iman

– Mommy Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *