Pentingnya Sekufu

Assalamualaikum semua. Saya mulakan cerita saya daripada sebelum kahwin dan selepas kahwin.

Saya Puteri. Sebelum saya berkahwin, saya ada boyfriend A (BF A). Bercinta selama 3 tahun setengah. BF A ini dia kerja biasa- biasa sahaja. Kilang dan pangkat rendah operator pada zaman 2008. Gaji pada masa itu RM450 (basic). Saya pula masa itu sedang sekolah tingkatan 6.

BF A ini sangat baik, nampak usaha dia nak cari kerja yang gaji yang lebih tinggi untuk berkahwin dengan saya. Dia gembira dia dapat kerja sebagai driver lori yang mana gaji tinggi RM3k pada masa itu di kampungnya negeri P. Naik yang sangat banyak.

Dia siap bawa saya balik kampung dia, jumpa mak ayah dia dan tunjuk lori dia. Saya tengok dengan tiada perasaan dan termenung depan pintu rumahnya

Macam2 dalam fikiran ini, kalau aku kahwin dengan dia, mesti dia bawa anak aku pergi sekolah naik lori ini, kalau aku kahwin dengan dia mesti dia bawa aku jalan2 naik lori ini, kalau aku kahwin dengan dia mesti aku kena ikut balik kampung dan tinggal di kampung dia.

Hmmm itulah dalam fikiran aku waktu zaman remaja yang tidak matang. Maaf.

Saya pada masa itu, masih jiwa remaja, tidak matang. Saya rasa, saya tak boleh nak pergi jauh dengan dia. Saya sayang dia, cuma saya tak happy dengan kerja dia.

Bila jiwa remaja, saya tak fikir BF A ini dah berusaha dan ada rasa tanggungjawab untuk berkahwin dan bila berkahwin dah bersedia untuk menggalas tanggungjawab untuk isteri dan anak2 tak kiralah kerja macamana pun. Cuma saya tak fikir benda itu waktu dulu.

Jadi, saya perlahan2 jauhkan diri daripada dia. Saya dapat sambung belajar di Universiti. Saya belajar 3 tahun. Selama itulah dia merayu untuk terima dia. Saya memang dah tiada hati.

Sebelum BF A nak bertunang dengan orang lain hasil adik dia rekemen, dia masih call saya bertanyakan jika saya betul2 suka dia dan nak berkahwin dengan dia, dia sanggup tolak untuk bertunang dan berkahwin dengan orang lain.

Saya cuma cakap, tak apa jangan tunggu saya. Awak kahwin sahaja dengan pilihan adik beradik awak.

Bila saya terdengar radio Suria FM, ada panggilan daripada sesorang lelaki yang meluahkan tentang GF dia masuk Universiti dan lupakan dia, szupppppp menyusuk dalam hati, terasa saya.

Lelaki itu request lagu Ukays tak silap saya, “kekasihku di menara gading”. Luahan itu membuatkan saya kesian pada lelaki itu. Saya fikir, mesti BF A rasa seperti dia. Maaf..

Saya teruskan….

Pada masa ini saya ada kenal dengan BF B. BF B ini dia kerja dibawah agensi pelancongan. Uruskan orang yang nak ke Umrah. Gaji tak banyak, biasa-biasa sahaja. Dia berasal dari negeri K.

Kami berkawan dalam masa setahun sahaja, saya tengok dia seperti tiada usaha untuk mencari duit dan simpan untuk berkahwin jika saya habis belajar nanti.

Bila keluar makan pastinya saya yang keluarkan duit, atau mesti dia arahkan untuk kongsi bila nak bayar. Jadi saya nampak dia betul2 kedekut.

BF B, terpaksa pulang ke kampung disebabkan ayahnya tak sihat dan sakit perlu penjagaan. Jadi dia berhenti kerja. Terus pulang ke kampung. Sehingga sekarang dia tidak bekerja.

Selama berkawan dengan dia, saya dapat rasakan dia tidak sesuai dengan saya. Walaupun dia sangat hensem, tinggi, cerah. BF B macam pelakon Mustapha Kamal. Tapi dia kedekut, dan malas nak kerja dan tidak rasa nak berusaha upgrade diri.

Saya pun terfikir, jika aku kahwin dengan dia, mesti saya kena ikut dia balik kampung. Saya tak nak tinggal di K. Mesti saya makan hati je sebab dia kedekut. Kalau ada anak mesti saya sedih kalau dia berkira.

Ketahuilah adik2, hensem sahaja tidak menjamin kebahagiaan kalau dia kedekut dan malas nak upgrade diri.

Sedara saya, berkahwin dengan lelaki dari negeri K, malas sungguh nak bekerja. Tapi yang saya pelik mereka senang dapat jodoh dengan cikgu dan nurse. Nurse dan cikgu ini tanggung mereka. Banyak habiskan duit untuk mereka.

Ya tak dinafikan lelaki itu hensem, cikgu tu biasa2 sahaja. Bila mereka dah mula ada anak 2 orang, masa ini baru nampak bertapa struggle nak menyara suami dan anak2. Sampai stress cikgu (wife dia) tu sehingga keluarkan pisau minta diceraikan.

Jadi adik2, BF B saya memang hensem. Tapi, saya fikir ke hadapan. Saya pun perlahan-lahan jauhkan diri dari dia juga. Saya tak nak sampai keluarkan pisau juga untuk diceraikan.

Sekarang, saya nampak di profile FBnya statusnya sakit. Bila bertanya kawannya, ya dia ada sakit jantung. Hidup dia sangat biasa2 sekarang. Buat kerja-kerja kampung.

Akhirnya, kawan saya kenalkan pada saya seseorang lelaki kerja kilang juga (BF C). Saya fikir dia office boy yang hantar-hantar surat. Saya terima dan berkawan dengan dia.

Selepas beberapa bulan kawan, saya baru tau dia sangat bekerjaya. Bukan level biasa2 di Kilang. Saya berkawan dengan dia dan saya berjaya tamatkan pengajian saya.

Selepas saya tamat pengajian, saya terus dapat kerja mengikut bidang saya. Selepas setahun bekerja, terus mendirikan rumahtangga dengan BF C.

Selepas beberapa tahun berkahwin, saya dikurniakan 3 anak yang sangat comel. Kehidupan kami bertambah baik. Mampu untuk membayar yuran anak2 di tadika mahal, insurance anak2, bawa anak2 bercuti setiap bulan, bersalin hospital swasta.

Kami terus dimurahkan rezeki. Hidup makin baik. Saya sekarang menyambung pengajian di peringkat Ph.D dan BF C (suami saya sekarang) menyambung di peringkat Master.

Saya rasa nak menulis, pada ketika ini saya termenung dan teringat kisah2 lama dan tertengok FB BF A dan BF B.

Saya juga terfikir, jika saya berkahwin dengan BF A, adakah saya mampu untuk dapatkan seperti mana yang saya ada sekarang.

Jika saya berkahwin dengan BF B, adakah saya boleh lalui seperti yang saya lalui sekarang? Mungkin saya sekarang tengah kehulu kehilir ke hospital bagi urusan dia sakit jantung dia, mungkin saya tengah struggle cari duit seorang diri untuk menyara dia dan anak2.

Siapa tau.. Indahnya aturan perjalanan hidup ini. Mungkin doa dari mak ayah juga membuatkan kehidupan saya bahagia dan mendapat jodoh yang betul.

Dengan kehidupan yang baik, ini akan membahagiakan hidup kita. Cinta sahaja belum cukup untuk menyara anak2. Cinta selari dengan kewangan yang kukuh mampu membahagiakan kehidupan kita.

Moga terus bahagia sehingga ke Syurga. Cinta sahaja tidak mencukupi adik2, wanita diluar yang sedang mencari jodoh. Carilah yang sama dengan anda. Bina dari bawah, sehingga berjaya.

Andainya anda pilih yang tidak sekufu, anda akan mula buat perbandingan. Akan timbul rasa nak lebih dan lebih sedangkan pasangan anda tidak mampu, jika tidak mampu ia akan membawa ke arah kecurangan dan penceraian.

Circle kawan kita adalah kawan2 daripada Universiti dan mempunyai kerjaya yang baik. Jika pilihan kita sebaliknya, kita akan down. Sebab itu pilihan sekufu penting bukan sahaja darisegi pendidikan, kerjaya.

Jika anda daripada keluarga yang senang, carilah jodoh daripada keluarga yang senang juga. Kesimpulannya tengok siapa circle anda..

Akhir kata, maafkan saya jika ada terguris hati siapa2. Saya cuma cerita kisah saya. Tiada nak menghina sesiapa. Maafkan

Love,

Ikhlas dari,

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya suka baca cerita ni. Gembira rasa. Cuma nasib perhubungan saya tak seindah awak. Kami sekufu. Latar belakang keluarga masing-masing semua setaraf. Bekerjaya profesional . Mula kenal masa sarjana muda di universiti. Tapi tak bercinta waktu tu. Kami jumpa semula waktu bertugas. dan selepas tu bernikah. Saya seorang yang biasa saja dari segi rupa. Dia ada semua ciri idaman hampir kebanyakan wanita. Tinggi,handsome, cerah, tak merokok, bergaya dan lain lain. Tapi sekarang kami bercerai kerana rupanya dia gay. Dan tak lama lagi dia bakal bergelar doktor falsafah. Saya masih lagi jawatan yang sama dan masih lagi takuk lama sarjana muda tu je la. Saya dah takda apa apa keinginan.

  2. Entahla. Tak berani nak cakap apa. Sama ada it’s too early for you to say that, tapi doa kan yg baik2 saja la.

    Ada je sekufu, tapi masa tua tiba-tiba ada masalah kewangan. Hidup ini kan ujian, dan semuanya tak kekal. Sampai masa terputus rezeki, kita terima je lah ketentuannya. Berusaha lebih moga dikurnia yg lebih baik dari sebelumnya.

    Jangan confident sangat to put it into words, kalau macam ini, kalau macam ini. There’s no such things like that. Benda bukan dalam kawalan kita. Benda boleh berubah sekelip mata dalam kehendaknya.

    Doa yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *