Pentingnya Syukur Dalam Taaruf Mencari Jodoh

Assalamualaikum semua. Saya berharap admin akan kongsikan cerita saya ini. Nama aku didalam confession ni aku letakkan nama Ironside. Pasti ramai yang terfikir Ironside ini semestinya lelaki, hakikatnya aku seorang gadis pertengahan 20-an.

Bagi aku, aku tiada rupa yang menarik, tetapi aku mempunyai sikap optimistik, kepimpinan, aktif dalam sukan, gamers (bukan jenis menggedik), berpengatuhan luas, serta berani. Dari segi personaliti aku, cara aku berpakaian tak fully macam perempuan hijabster, masih bertudung, tapi juga bukan tomboy kerana aku lebih memilih seluar, kemeja dan sneakers walaupun aku okay je pakai heels dengan pemakaian hijabster lain.

Jenis aku, lelaki payah nak dekati aku. Dekati macam mana? Kalau nak dekati niat kene baik. Kalau niat bukan-bukan jangan haraplah. Berbalik kepada cerita cinta dari diri aku ni, sebenarnya aku ni jenis setia dan jenis menerima seadanya jika seseorang lelaki mahu mengenaliku dan ada hasrat untuk mencintai diri aku ni. Setelah bertahun-tahun aku single, akhirnya dalam suku keempat tahun lepas, aku menemui kekasih hati aku ni.

Hakikatnya, aku dan dia sudahpun tahu tentang diri masing-masing secara asas. Sebab di facebook pun, kalau diikutkan pada tahun ni sudah 5 tahun kami kenal. Cumanya kami tak pernah bertanyakan satu sama lain, cumanya aku perasan sejak 4 tahun kebelakangan(tahun lepas), dia selalu like post dan gambar-gambar aku di facebook dan instagram. Berbalik pada suku keempat 2018, aku menegur dia buat kali pertama dengan bertanya bila dia akan online game. Memandangkan beberapa kali sebelum ni aku selalu berada di team dia.

Apabila aku tanya dia. Dia menjawab tidak pasti,nanti dia akan inform. kemudian dia tanya kepada aku, yang mana satukah ID aku didalam permainan tersebut. Aku menjawab “Ironside”(bukan ID sebenar). Dia terkejut, pada mulanya dia fikir aku lelaki, rupanya aku perempuan yang lansung tak pernah mendedahkan diri aku. Ya berbanding dengan gadis lain kebanyakannya menggunakan ID kearah feminis seperti Cik or princess. Pada mulanya kami cuma contact menggunakan messenger, hari berganti hari, akhirnya dia meminta nombor telefon aku. Katanya dia berisiko tak nampak chat aku naik. Atas dasar hobi aku, aku bertukar nombor telefon dengan dia.

Semenjak hari tu, aku sudah ada team. Pantang free, kami online sama-sama. Memang pada mulanya aku anggap dia cuma teammate aku. Dalam sebulan selepas tu, dia datang jumpa aku, sedangkan aku tinggal berlainan daerah dengan dia. Dengan muka aku sememeh nya dia jumpa aku,kami berkenalan secara bersemuka satu sama lain di sebuah kedai makan. Aku cakap pada dia, lepas ni kau mesti tak nak mesej aku kan? Jauh sekali nak jumpa aku selepas ni. Dia kata dia tidak bergitu, dia terkejut ada perempuan gamers, nak juga tengok secara depan-depan. Apa yang aku dapati, dia semakin serious, mesej bukan kerana game sampai games pun kelaut sebab asyik chat.

Sampaikan dia ada rasa jealous dengan teammate lain (sebab ada teammate lain sanggup kutipkan weapon favourite aku). Yelah kadang-kadang dia tak sempat bagi yang aku suka, dan adalah juga sorang kawan dia ni haa cuba untuk ejas aku. Dan mereka berdua dari perspektif aku, memang cuba untuk mendekati aku. Dan aku berada didalam group whatsapp mereka, first day aku dalam tu, memang ramai wish “Welcome Miss Ironside”, mentang-mentang la aku sorang-sorang perempuan. Memang semuanya bermula atas dasar games. Bila aku free, aku akan cakap dalam group, ada sape-sape free? seround jom. Respon? lebih dari bilangan sepatutnya untuk on sebagai team.

Tak lama lepas tu “dia” suruh aku keluar daripada group team dia. Aku tanya kenapa? Dia hanya kata keluar saja. Ramai nak mengorat tu, hahaha untuk orang single bertahun macam aku nihaa, aku tak rasa apa-apa. Dan aku akur keluar dari group tersebut. Dan apa-apa, aku cuma chat dengan dia sahaja. Lepas beberapa hari, aku di add semula. Apa yang terjadi, dua orang dalam group tu aku lihat sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan aku. Walaupun aku tak pasti samaada ada pergaduhan atau tak, firasat aku menyatakan mereka ada konflik dek kerana aku. Aku keluar dari group tu, mengundur diri sepenuhnya. Rasa bersalah sebab jadi punca konflik.

Lepas itu, dia membuat pengakuan yang dia dah aim aku banyak tahun. Tapi tak berani nak dekati aku sebab dia tengok aku ni memang berbeza dengan perempuan-perempuan lain sampai sanggup turun tempat aku. Rasa nak melompat je Bila tahu Ironside tu lah gadis yang dia aim selama hari ni. Ya aku pilih dia, dia agak matang (buat masa tu), secara ringkas nya, personaliti dan fizikal dia memang seperti yang aku nak. Aku cakap pada dia, apa pun kekurangan dia, aku terima dia seadanya, tetapi tidak bermakna dia tak perlu memajukan dirinya dan kekurangan aku, mesti dia terima, sebab aku ni bukan kecil mana orangnya, berat lebih 70kg, kalau seluar kat Brands Outlet tu, size 10 tu aku laa buyernya.

Memang aku bersyukur untuk dirinya, dan dikatakan pada masa tu, dia terima kekurangan aku. Dan kami pun menjadi pasangan kekasih, dalam game pun dia tak malu nak panggil aku dengan manja. Tak lama lepas itu aku diduga dengan device aku tak boleh lagi cope dengan games tu. Jadi aku lebih spend time dengan dia menggunakan whatsapp dan kenali satu sama lain.

Perangai aku pulak, aku dah jadi lembut, memang aku sayang sangat kat dia, layanan dia pun baik. Sampaikan aku terdengar suruhan mak dia suruh minang aku. Bukan dia, tetapi mak dia, dan aku ada juga dengar sorakan adik dia. Dan layanan pun maintain baik. Sampailah pada bulan Januari lepas, aku perasan dia sudah mula berubah, dia ada menegurku bahawa aku ni sudah agak gemuk, dan dia tak suka pada perempuan gemuk. Aku cakap, dah tak sayang aku ke? Dia jawab sayang, cumanya dia nak aku sihat, tak nak gemuk-gemuk sebab akan jejas kesihatan. Dan memang betul pun apa dia kata. Jadinya aku mula diet, Alhamdulillah, on off pun dah tak sebesar bulan Januari. Kat situ juga, dia mula komen banyak tentang kekurangan aku Cinta aku masih ada, dan untuk pengetahuan semua, aku memang okay dengan family dia.

Bulan Febuari, dia ada cakap untuk menyertai perkhemahan, memang itu aktiviti dia. Aku tak cakap apa-apa, cumanya, aku remind dia untuk berhati-hati. Lepas tu dia nakkan penjelasan aku, aku berikan jawapan aku and guess what? Dia kata aku mengarut, istighfar panjang aku, aku tanya kepada kawan kolej aku, apakah mengarut apa yang aku cakap? Kawan aku kata apa aku cakap benar 100%. Bermula pada hari tu, aku sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Sedangkan aku memesan supaya dia selamat dan berhati-hati. Memang lumrah perempuan kalau dia sayang, dia akan selalu mengingatkan. Hari demi hari, apa aku lihat, benda ini semakin berlarutan, layanan memang dah tak sama.

Sehingga pada minggu lepas, sebenarnya aku membaiki sistem telefon aku dan internet di rumah, secara tak sengaja, aku terpadam data untuk beberapa apps aku. Untuk hari yang sama, aku sudah menjangkakan akan ada perkara buruk yang akan berlaku pada malam tu. setelah telefon dan internet aku stabil, ada yang aku boleh revive, ada yang aku terpaksa buat baru. Dan salah satu media kami berhubung seolah-olah aku menyekat dia. Sedangkan aku memang betul-betul terdelete data yang menyebabkan kejadian seperti itu. Sejurus sahaja siap, aku membalas semula chat dia. Aku terangkan segalanya. Dia terima macam acuh tak acuh. Dan cuma aku saja yang beriya bertanya kepada dia.

Dan aku chat dengan ahli keluarga dia. Ahli keluarga perempuan, dan lelaki. Aku bertanyakan, apakah masalah dia yang sebenarnya, selepas aku mendengar tentang keluarga dia melalui ahli keluarga yang lain baru laa aku tahu siapa diri dia sebenarnya, okay je tetapi kenapa dia tak pernah cakap pada aku lansung? Sedangkan pemikiran aku langsung tak sama dengan orang yang dikatakan tu. Dia pun ada bercerita tentang tu sebab apa jarang layan aku, sebab orang buat family dia seperti ahli keluarga dia ceritakan tu sama dengan maklumat yang diceritakan oleh ahli keluarga dia tanpa pengetahuan dia.

Pasal Hati? Tawar? Setawar-tawarnya. Banyak rupanya perkara yang aku tak tahu lansung. Tambahan pula dia dikatakan bermimpi selepas istikharah tentang perempuan kecil molek, sudah tentu bukan aku kerana aku bukan besar tinggi Aku cuma act okay. Hakikatnya aku menangis kat kawan aku. Aku bercerita kepada wakil keluarga dia. Wakil keluarga dia berharap aku masih boleh teruskan hubungan aku dengan dia, kerana keluarga dia berkenan pada aku, mereka menuggu masa untuk membuat rombongan di rumah aku, dan aku dikatakan memenuhi citarasa dia dan mereka terima serta merta. Mereka doakan untuk aku dan dia. Itu satu dugaan buat aku.

Mereka merasakan aku ni perempuan yang terbaik kerana datang dari keluarga yang sangat baik (bukan ustaz-ustazah). Aku cakap pada dia, istikharah tu agak mustahil nak dapat dalam satu malam. Boleh jadi mimpi tu dari syaitan sebab syaitan ni sangat tak suka bila orang nak bernikah even mempunyai niat(betulkan aku jika aku salah). Sekali lagi dia menolak hujah aku sedangkan, keluarga dia terima jawapan aku dan jawapan aku tu betul. Layanan? Getting worse, semakin tidak mempedulikan aku. Aku tanya dia nak tamatkan segalanya? Dia jawab tak.

Kelmarin, aku ceritakan segalanya pada keluarga aku. Berang juga mak aku, dan mak aku kata, perlahan-lahan mengundur diri, teruskan membina diri sendiri, jangan jadi lemah kerana dia, cari la peluang untuk bersinar, ibuku juga menggalakkan aku aktif,memandangkan aku banyak jadi pasif sebab mak aku tak izinkan aku keluar rumah untuk rekreasi. Ini lah apa yang aku rasakan, hikmah keatas diri aku juga keluarga aku. Pasti ada yang lebih baik akan muncul. Layanan aku pula, semakin longgar dan sedia untuk berundur pada masanya, walau macam manapun, mesti akan ada airmata untuk lepaskan dia. Tapi aku bersyukur juga Allah dah tunjuk sebelum peringkat ikatan sepenuhnya.

Semoga aku tabah dalam menjalani hidup selepas ini, jika bukan dia. Semoga Allah gantikan orang yang lebih baik untuk aku… Untuk keluarga dia, semoga silaturahim kita tidak akan putus atas dasar saudara seislam. Sekian terima kasih.

– Ironside

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *