Penulis Yang Tidak Adil

Assalamualaikum semuanya. Aku masih remaja lagi dan tengah nak SPM berpuluh hari lagi tapi aku tinggalkan sekejap ulangkaji dan nak luah riwayat pemikiran aku dulu. Terima kasih sangat kalau admin publish tulisan aku ni.

Aku dulu minat betul Sejarah sampai subjek tu aku selalu dapat markah tinggi daripada pelajar lain. Dan aku pernah bercita-cita nak jadi Ahli Sejarah untuk betulkan Sejarah di Malaysia ni.

Dan buku buku yang aku selalu pinjam kebanyakannya buku Sejarah dengan Isu isu semasa. Dulu aku suka ingat macam macam fakta Sejarah.

Minatnya aku dengan Sejarah tu sampai penuh bilik aku dengan buku buku Sejarah yang masa tu bersepah sampai mak aku bakar masa aku kat sekolah dan bila balik rumah je tengok buku dah kena bakar,aku pun menangis seharian (masa tu darjah empat).

Aku lebih pilih menangis daripada marah, marah pun buku tu takkan kembali. Aku lepastu mula kumpul balik buku buku Sejarah ni dan kemas elok-elok supaya mak aku tak bakar lagi.

Tapi lebih mendalam topik dalam buku buku yang aku baca ni. Aku akui masa tu aku pun anti-semitik lepas baca buku Sejarah Yahudi tulisan pandangan sebelah ni.

Aku masa tu konspirasi Yahudi pun aku selalu baca buku atau tengok video ceramah kat YouTube. Masa tu tiktok tengah naik,

Dan Ustaz kat sekolah dah pesan jangan download app tu (sebab waktu tu 2018 tiktok banyak menari berbanding sekarang) aku pun tak download sebab aku tahu Ustaz takkan cakap macam tu melainkan untuk kebaikan kami yang masih mentah.

Jadi aku biasanya sibuk membaca buku yang aku pinjam atau beli dari melayan henfon.Pemikiran rasis, etnosentrik dan anti semitik aku pun terbentuk masa 14 tahun.

Aku mula percaya dengan adanya konspirasi dekat Malaysia. Aku mula bersifat etnosentrik ni bila isu isu sensitif kat Malaysia ni. Korang boleh bayangkan isu melibatkan bangsa dan agama yang selalu berlaku.

Dan masa Tingkatan 4,aku dimasukkan ke kumpulan pakej STEM atau cikgu aku panggil aliran STEM walaupun masa tu aku berharap nak masuk aliran sastera dan Kemanusiaan yang ada Ekonomi.

Aku pun agak tak setuju kenapa aku aliran STEM? Dan seorang Pelajar dah pindah ke aliran sastera dan kemanusiaan. Aku pun fikir nak tukar ke tak. Jadi aku tak tukar sebab aku ni pemalu sikit. Disebabkan aku malu, jadi aku tak jadi nak jumpa penolong kanan mintak tukar.

Aku pun kena sindir jugak masa tu sebab “bukan kamu nak tukar sangat ke” aku rasa tu patut kot sebab diorang dah merayu kat aku jangan tukar tapi aku cakap “no”, last last tak jadi tukar hehe..

Beberapa bulan jadi Pelajar STEM ni, banyak benda buat aku fikir. Aku imbas balik semua yang aku baca. Aku mula minat dekat Matematik sebab satu topik ni, Penaakulan Matematik. Dari sini aku aplikasikan kat kehidupan.

Dulu aku tak suka Matematik tapi sekarang buku buku dan e-buku aku kebanyakan tentang Matematik, yang Hyperbolic, Spherical Geometry, Paradoks dalam Teori Teori Matematik pun ada.

Dan aku jugak minat Sains Bumi. Yang ni pelik sikit sebab berita pasal ibu kota tenggelam tu buatkan aku terheret kat dunia Sains Bumi.

Aku mula fikir tentang buku buku yang aku baca dulu, apa yang penulis penulis ni pegang masa tulis buku Sejarah sampai buku tu bersifat etnosentrik? Maaf kalau ada penulis baca ni. Aku teringat balik kejadian 2014 bila seorang Profesor ni(harap kenal ye) buat buku pasal

Sejarah kita yang dia kaji dari banyak sumber termasuk dari luar negara yang kebanyakan agak pahit untuk ditelan, dan akhirnya beliau diserang oleh ramai penulis .

Aku ingat kenyataan dia “Saya tak peduli dengan apa yang saya katakan ini, kerana saya berpegang kepada kebenaran ” maksud dia, dia tak kisah kalau maruah dia jatuh sebab tulis buku yang akan buatkan diri dia tak dihormati tetapi dia pegang pada kebenaran..

Ibarat biar badan dia hancur, asalkan kebenaran tu tertegak. Aku cuma dengar kenyataan macam ni hanya dari beliau seorang.

Dan dari situ aku mula persoal semua buku Sejarah yang aku baca dan mula persoal diri aku, aku selama ni rasis, etnosentrik, anti semitik,pra-radikal tanpa aku fikir, semua tu satu kebenaran disisi Allah?

Sampai ada satu malam ni air mata aku tetiba keluar bila fikirkan aku ni anti semitik dan semua manusia layak untuk hidup tapi aku hidup dalam kebencian dan kecurigaan kepada bangsa tu. Kebencian menyebabkan peperangan, pembersihan etnik, diskriminasi.

Aku faham kalau ada yang berhujah bangsa tu itu banyak buat kemungkaran, tapi aku tak semudah tu hukum sebab bangsa dia. Dia dilahirkan tanpa apa apa kesalahan dan tetiba kau hukum dia sebab dia bangsa tu, bangsa yang banyak buat dosa.

Dan aku mula berkurang dah baca buku Sejarah dan fokus pada Sains dan Matematik, sebabnya aku dah hilang minat kat Sejarah (sorry kalau ahli sejarah baca).. Aku masih baca buku Sejarah tapi yang aku bandingkan banyak sumber dulu.

Kenapa? Mungkin aku boleh kata yang walaupun fakta Sejarah tu pahit dan memalukan tentang nenek moyang dulu, namun ianya juga satu kebenaran,aku boleh terima.Aku dah lama hidup dalam kepalsuan, jadi sekarang masa aku mencari kebenaran.

Aku rasa bersyukur rasanya jadi Pelajar Pakej STEM ni, mungkin sebagai kumpulan pertama pakej STEM,

Aku ucapkan trilion terima kasih kat bekas Menteri Pendidikan, sebab beliau mereformasikan Pendidikan di Malaysia terutama aliran Sains dengan Sastera dimansuhkan dan lahirlah pakej STEM dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan..

Walaupun macam nk kembali ke zaman aliran sains sastera(terukkan aku menulis formal).

Kepada penulis etnosentrik tu, perlulah abang akak bersifat adil dan berorientasikan yang benar. Kalau berterusan, generasi kami ni akan membawa bersama sama kepalsuan tu sampai dunia akhirat nanti dan kat dunia sekarang pun banyak hal hal yang tak bersifat

Kemanusiaan berlaku disebabkan buku buku etnosentrik. Aku nak sambung ulangkaji dan kepada abang akak, pakcik makcik yang baca ni mohon maaf kalau tulisan ni menguris dan kasar dan sambil tu doakan adik cemerlang spm supaya boleh capai cita cita nak jadi ilmuwan ni.

– OH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *