Assalammualaikum semua . Tq IIUM CONFESSION sudi siarkan cerita akak yang biasa biasa je ni. Okay straight to the point , kisah yang akak nak ceritakan baru je berlaku tadi . 8.30pm, 16 ogos 2016.
Alkisahnya akak ni dah bekerja. Orang bekerja ni ko paham2 la dik non oi tengah bulan poket kering kontang plus akak baru start keja 2 minggu so memang tak ada income langsung . Petang tadi dapat whatsapp dari kakak sulung berbunyi begini :
OI DIK AKU DAH BANKIN RM430 DALAM ACC BANK ISLAM HANG. 200 HANG BAGI MAK. 130 BAYAQ BIL API. 84 BAYAQ BIL INTERNET. LEBIH HANG AMBIK.
Wah betapa excitednya akak walaupon dapat rm16 sahajo. Rezeki jangan di tolak weh! Kebetulan hari ni boss akak ni bagi extra work kat office sampai pukul 6.50pm. Patutnya pukul 5.30pm akak orang 1st berambus dulu wahahaha. Apa nak buat keja memang tak kan habis. Ko tak payah buat rajin sangat dalam ofis tu sampai nak balik lewat bukan ada ot pon.
Okay back to the point. Lepas habis keje pkul 7pm tadi akak terus pecut pulang ke rumah. Sampai2 rumah akak solat n baring2 atas katil. Tingg ting! Bru teringat pesanan kakak sulung td. Kang mengamok nenek sihir tu kalau aku tangguh2 arahan yang dia bagi.
So akak pon rushing2 la bersiap lepas maghrib. kebetulan atm bank islam yang terdekat dengan rumah akak terletak dalam usm transkrian. So akak dengan confidentnya start enjin kereta lalu menuju ke usm. Dalam hati bernyanyi2 riang sebab dapat rm16. Boleh beli ayam kat mydin utk bekal seminggu memandangkan simpanan akak senipis kulit bawang.
Okay back to the title : penunggu yang tak diundang, cerita tu start kat sni. Sampai je akak dekat pintu guard usm, akak berhentikan kereta dan turunkan tingkap.
Akak : assalamualaikum encik. Saya nak pi atm bank islam tu.
Guard : ha?! Nak pi mana?!
Akak : bank islam encikkkkk
Guard : p mana?!
Akak : P bank islam la encikkk!!!
Guard : ooo maaf2 jauh sangat tadi. Saya tak dengaq. Okay boleh cik tapi TOLONG CEPAT SIKIT YA.
Lepas ja dari guard tu akak pon drive la masuk menuju ke bangunan yg ada bank islam. Tapi akak pelik bin ajaib pasaipa la sunyi semacam kampus ni. Baru akak sedar budak2 u tengah cuti sem. Memang sunyi nak mampus. Lampu pon banyak x bukak. Sorang pon xdak melainkan guard di depan sana.
Hati akak mula la rasa semacam. Terngiang2 pesanan guard suruh cepat sikit. Haish serba salah akak. Alang2 dah sampai turun je lah. Akak pon park keta, boh gear P, tarik handbrake n kluaq keta. Laju2 p masuk dalam bilik yang ada mesin atm.
Guess what? Boleh pulak mesin atm tu tergendala. Sumpah seranah akak dalam hati. Hahahaha. Aku dah la tengah takut. Hang pulak rosak. Membebel akak sambil patah balik nak masuk kereta. Elok je akak nak masuk kereta, rasa seram sejuk gila gila tak tipu punya! Time tu menyesal nya sebab dok buat berani pi sorang2 huhuhuhu. Akak pon apa lagi baca bismillah start enjin terus chow la!
Part paling pelik sekali, kereta akak tu rasa berat gila. Aduhhh berdebar gila. Nak cabut jantung. Akak cakap dalam hati sahih dah ni. Habs lah aku. Akak tekan minyak smpai ke lantai dah. Bonggol2 dekat exit guard pon akak redah. Dalam hati selawat banyak2. Mintak dilindungi.
Lepas exit usm tu lampu traffic light pulak merah. Akak pon tukar la ke gear neutral sambil mata memandang ke arah gear.
RUPA RUPA NYA HANDBRAKE TAK TURUN WOI! KAHKAHKAHKAH. PATUT LA BERAT SEMACAM. MATI2 INGAT ADA PENUMPANG YANG TAK DIUNDANG.
*moral of the story. Hang jangan dok terkejut tergempaq sangat. P mana2 mesti berteman and the most important thing is mulakan segala aktiviti kita dengan lafaz BISMILLAH*
:)
– Maaf kan hakakkkkk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit