Penunggang Agama

Assalamualaikum.
Aku sekadar nak meluah. Lama dah aku perati.
Sebab sekarang orang semua nak berdakwah. Semua orang nak followers berjuta juta. Semua orang nak famous.
Sebab aku tahu tugas kita memang berdakwah sebagai hamba Allah sebarkan kebaikan sebarkan keamanan sebarkan kecintaan.

Aku pun tahu, kalau seseorang menasihati kita, menegur kita, kita patut tengok apa yang dikatakan apa yang dinasihatkan apa yang baiknya. Bukan tengok pada orang yang menegur.
Aku pun tahu ‘takkan nak tunggu sempurna dulu baru boleh menegur’

Tapi susah. Kalau boleh, apa yang ditegur tu biar selari lah dengan kelakuan si penegur tu. Kalau tidak mana mahu la orang nak terima.

Sibuk nak tegur haram nya couple, hitamnya hati buruknya perbuatan, amar ma’ruf nahi mungkar. TAPI si pendakwah sendiri pun bercouple acah acah ‘islamik couple’ konon direstui mak ayah siap bawa kehulu kehilir berdua kemana mana. Si pendakwah sendiri mungkir janji bila lewat hadir dalam mesyuarat penting. Si pendakwah juga yang keluarkan hadis palsu sebarkan pada orang ramai. Si pendakwah juga pungpangpungpang sana sini tapi dia juga lah yang tak siapkan tugas untuk assignment berkumpulan.

Macam mana orang nak hormat kau sebagai pendakwah kalau kau pun sekadar penunggang agama?

Sibuk nak dakwah orang, tegur perempuan lain tak pakai tudung labuh dada, tak pakai stokin, pakai ketat ketat,
Tapi tak sedar, ibumu, kakakmu, adik perempuanmu masih tak tutup aurat dengan baik dan betul. kakak kau kehulu kehilir dengan lelaki mana, adik perempuan kau bertukar teman lelaki.
Tapi tak tegur, abang kau mainkan ramai hati perempuan, adik lelaki kau sibuk merempit tak tentu hala, ayah kau masih hisap rokok.

Nak dakwah boleh, tak kira lah dengan hikmah nasihat elok elok ke ataupun nak sentap bagi terasa.

Tapi kalau boleh, perbaiki diri dahulu baru nak sentapkan orang lain. Perbaiki ahli keluarga kita dulu, baru tegur nasihat sentap terasa orang lain.
Baru namanya masuk syurga sama sama.

Jangan sibuk nak elokkan jahit kain orang lain sampaikan kain diri sendiri, ahli keluarga kita sendiri yang koyak pun tak sedar.

Aku tahu pendakwah bukan maksum macam nabi. Tak ada dosa tak ada salah silap.
Tapi tolong, buat diri pendakwah untuk dihormati disegani dengan contoh tauladan yang baik. Bukan untuk dicap ayam kan.

Sekian.

– pemerhati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit