Penyakit Ain

Assalamualaikum readers. Nama aku Rara. Memandangkan apa yang aku confess ni nanti aku rasa kawan-kawan aku akan tahu, jangan tag ye! Hahaha. Majority kawan aku memang follow page ni. Jadi, kalau korang tau buat-buat je la tak tahu.

Aku nak cerita pasal penyakit ‘ain. Sekarang ni aku rasa semua dah tahu pasal penyakit ni. Zaman dulu ye kita tak diberi pendedahan.

Aku nak cerita pasal persahabatan aku dengan sahabat aku atau bestie bahasa budak sekarang. Aku namakan dia Nestum ye.

Aku dengan Nestum berkawan dari zaman sekolah. Kitaorang lanjutkan pengajian pun kat KL jugak. Dia dekat uni di tengah-tengah bandar KL. Aku pulak sambung di Taman Budi dan Ilmu.

Walaupun kitaorang tak sama university tapi kitaorang selalu jumpa hujung minggu. Tahap rapat kami berdua, semua family aku kenal dia dan aku pun sama kenal semua family dia.

Aku tersedar yang aku terkena penyakit ni hujung tahun 2019. Bila aku dah tersedar tu, aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah tu.

Lepas kami grad, kami sewa rumah sama-sama. Aku boleh katakan Nestum ni adalah soulmate aku version perempuan. Korang tahu kan soulmate ni macam mana.

Nestum ni memang tahu je kalau aku tengah ada masalah. Dia akan tolong aku selesaikan. Pastu bila aku cakap aku craving nak makan apa-apa, dia akan bawakkan aku.

Aku rasa dialah sahabat aku dunia akhirat sebab dia memang ada dengan aku waktu susah dan senang. Kalau kat rumah, kitaorang solat jemaah sama-sama lepas balik dari kerja. Aku memang percaya 2000 percentlah dengan Nestum ni.

Disebabkan aku terlau rapat dengan dia, every single thing pasal aku, aku akan cerita dengan Nestum. Tapi aku pelik setiap kali aku bagitahu dia, mesti aku tak dapat apa yang aku nak.

Contohnya, aku ada bagitau dia aku tengah cari kerja lain dan dapat interview, tapi aku tak dapat kerja tu. Aku tahu ni faktor rezeki tapi aku rasa aku tak dapat sebab aku dah terkena ‘ain.

Pasal jodoh pulak, ada beberapa lelaki yang aku tengah kenal, semuanya tak menjadi sebab semua aku akan cerita dengan Nestum.

Kenapa aku kata aku terkena ‘ain? Sebab aku terbaca rant Nestum dalam laptop dia. Aku minta izin nak pinjam laptop dia, kemudian aku ternampak satu file nama apa aku tak ingat dah. Tapi aku buka sebab nama file tu la.

Kat situ memang Nestum mention yang dia cemburukan aku. Tapi dia sayang aku. Ada lagi la yang dia luahkan tak perlu aku cerita panjang lebar.

Lepas dari kejadian tu, aku letak gap dengan dia. Aku dah tak cerita apa-apa yang bersifat peribadi dengan dia.

Aku ada pergi satu lagi interview kerja. Yang ni langsung aku tak bagitau dia. Dia tahu bila aku dah masuk company tu. Dia pun terkejut tanya bila ko pergi interview. Aku cakap aku lupa nak bagitahu.

Aku kenal dengan orang baru pun aku tak bagitahu dia sampailah kad jemputan aku dah siap baru aku bagitahu dia.

Aku perasan kalau aku tak bagitahu dia pasal aku, everything going smooth. Aku decide keluar dari rumah sewa tu sebab ada kejadian yang creepy yang tak perlu la aku ceritakan kat sini.

Dan atas nasihat ibu dan ayah aku yang suruh keluar dari rumah tu. Lepas aku keluar dari rumah tu, aku terus hilangkan diri aku dari dia.

By the way, lepas aku kahwin kitaorang ada jumpa dan itulah kali terakhir aku jumpa dengan Nestum. Dia memang mengaku dia dengki dengan aku dan dia minta maaf sambil menangis. Aku dah lama maafkan dia.

Pengajarannya please don’t over share about yourself to your bestie ataupun sesiapa sahaja. Kita tak pernah tahu apa niat orang kat kita.

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang bahaya penyakit ain ni. Terlalu cinta dan terlalu benci pun boleh mengakibatkan penyakit ain. Jika nak puji, kena sertakan dengan nama Allah cthnya MasyaAllah, comelnya anak awak etc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *