Aku pernah baca beberapa confession pasal penyakit ain ni dan dibawah ni pandangan aku.
Sifat cemburu datang bila kawan-kawan aku oversharing achievement diorang dekat aku.
Aku sedar perasaan cemburu tu datang dan sedar perasaan cemburu pada kawan sendiri tu salah. Aku sendiri pernah doa, mintak jauh daripada rasa ni, tapi tetap diuji.
Adakah perasaan cemburu tu benda yang kita nak? Semestinya tidak. Datang pun tak diundang.
Cemburu tu hadir bila ada benda trigger, contohnya bila lihat atau dengar kejayaan orang yang rapat dengan kita.
Untuk aku, cemburu ni bukan macam nafsu makan, yang mudah dikawal. Cemburu ni blend dengan emosi dan mengganggu ketenangan jiwa.
Pernah sampai satu tahap aku tak boleh kawal rasa cemburu tu, aku jauhkan diri daripada kawan-kawan rapat. Aku tak nak diorang ‘sakit’ sebab aku.
Since kawan-kawan ni pun jenis suka share achievement and berita gembira dekat media sosial, aku remove diorang dari socmed. Hanya ada kawan-kawan yang jauh dalam akaun tu.
Bila diorang tanya, aku terus terang situasi aku dan diorang faham.
Alternatif lain?? kadang-kadang, kalau keluar lepak, aku belanja diorang makan sebagai hajat (dan infaq) untuk jauhkan rasa cemburu ni dan supaya rasa sayang pada kawan tu bertambah-tambah.
Aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku, kalau diorang ada benda yang benar-benar dihajatkan, jangan sesekali cerita pada aku. Dalam tempoh berhajat tu, kalau diorang nak jauhkan diri sekejap pun boleh. Tak pe..aku faham.
Adakah aku salahkan kawan-kawan aku yang oversharing asbab timbul rasa cemburu ni yang boleh bawa kepada penyakit ain? Tidak. Semestinya diorang berhak nak share berita gembira dekat orang-orang keliling. Lumrah manusia..
Adakah aku salahkan diri aku sebab perasaan cemburu yang timbul? Tidak. Sebab aku sedar perbuatan tu salah, dan aku usaha untuk jauhkan diri daripada perkara tu.
Aku selalu pesan dekat diri aku, jangan oversharing, berpada-pada nak share good / bad news, walaupun dengan orang yang rapat dengan kita. Boleh nak share, tapi lebih sekadar makluman.
Contohnya, maklumkan pada kawan, kita dah dapat tempat kerja baru di sekian-sekian tempat. Cukup sekadar itu sahaja.
Diingatkan juga pada diri sendiri, agar aku tidak menjadi punca sifat cemburu yang timbul dalam diri orang lain.
Buat mana-mana individu yang pernah rasa cemburu ni…atau mungkin yang sedang melalui fasa ni…
Semoga kalian dijauhkan daripada rasa cemburu ni. Ambillah hikmah dan pengajaran. Andai diuji, semoga Allah angkat darjat kalian.
Semoga Allah kurniakan berita gembira setiap hari pada kalian, sehingga kalian lupa rasa cemburu pada orang orang lain. Semoga kalian berjaya menjadi manusia yang bermanfaat, dunia dan akhirat.
– Ayam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bg aku la kwn2 xperlu tau pom klu ko cemburu, xperlu remove dorg dri socmed… Instead diri tu kene kurangkan dok scroll socmed… Uninstall segala socmed yg ade… Cari hobi lain utk isi masa lapang… Lama2 nanti ok la…