Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh kepada pembaca sekalian. Terima kasih admin kalau siarkan confession saya. Sorry kalau confession ni panjang sikit. Saya seorang perempuan yang masih belajar. Sekarang saya dekat U Alhamdulillah. Sebenarnya kisah ini dah lama berlaku kat saya. Sejak saya form 1 lagi. Tapi dengan izinNya kesannya masih kekal sehingga kini.
Baca tajuk dia mesti korang pelik kan, apa maksud ‘al-ain’ di sini. Jadi saya terangkan maksud ‘al-ain’ di sini dahulu. Penyakit ini pengaruh mata, yang mana ia boleh terkena atas diri seorang malah anak2nya atau harta bendanya. Ia adalah pandangan mata seorang dengan penuh hasad atau penuh ta’jub (kira macam amaze teramat sangat dengan kecantikan seseorang atau sebagainya) maka dengan izin Allah ‘al-ain’ ini boleh terkena atas diri seseorang. Maksudnya boleh jadi tiba-tiba dia akan jatuh sakit, atau pengsan ke.
Ya saya tahu benda ni mcm pelik kan dengar, takkan pandang sahaja boleh terus jatuh bukannya buat apa-apa pon. Tapi Rasulullah sendiri pernah berkata tentang perkara ini “Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam : “Al-‘Ain itu haq (benar) dan sekiranya ada sesuatu yang mendahului takdir, niscaya Al-‘Ain akan mendahuluinya. Dan apabila engkau diminta mandi, hendaklah kalian mandi” Hadith Riwayat sahih Muslim
Yang part mandi tu, salah satu cara untuk pulihkan dari al-ain ini adalah dengan meyuruh orang yang pandang dengan hasad atau ta’jub itu untuk mandi kemudian bekas air mandian dia di mandikan ke atas orang yang terkena ain itu. Ok bende ini complicated sikit, korang boleh google sendiri selepas ini. Sebab ada kisah Sahabat Rasulullah s.a.w terkena ain.
Ok berbalik pada kisah saya (saya harap korang tak bosan), waktu saya form 1 dulu saya jalan di satu stesen bus. Masa tengah jalan tu, saya terpandang seseorang lelaki remaja yang masih sekolah(masatu dia mcm form 3/4 gitu). Dia pandang saya dengan mata terbeliak dan dia mcm stare kat saya lama lama dan saya pon tengok dia balik (macam scary jugak cara dia tengok saya), sampailah saya terkena al-ain dengan izin Allah. Tapi masatu saya masih kecil lagi, saya tak tahu al-ain ini apa. Cuma saya rasa tak kena dengan wajah saya. Saya rasa wajah saya berubah menjadi hodoh. Bukan rasa sahaja, memang betul wajah saya berubah menjadi hodoh dengan izin Allah. Ma shaa Allah.
Saya sedih sangat waktu tu. Saya tak tahu macam mana wajah saya boleh berubah (sebab saya tak tahu pasal al-ain ini). Saya down sangat sangat sangat. Macam mana saya tahu wajah saya berubah menjadi hodoh? Sebab setiap kali saya cakap dengan seseorang, sesiapa pon orang itu, dia tak akan pandang saya. Contoh waktu saya cakap dengan guru saya dekat sekolah dengan kawan saya, guru saya tak akan pandang langsung wajah saya (padahal sebelum-sebelum ini ok je) dan pandang kawan saya je straight. Bukan sekali dua tau jadi, memang selalu sangat macam tu. Dan bukan seorang dua, tapi semua orang. Dan ada banyak lagi benda yang membuatkan saya yakin yang wajah saya telah berubah jadi hodoh ma shaa Allah. Alhamdulillah ala kulli hal.
Kemudian berlalu lah masa (saya just ignore benda tu) sampai saya masuk Diploma. Waktu kat diploma tu baru saya rasa macam down sangat sangat sebab ialah masatu lah kita macam ada perasaan kat lelaki semua kan. Masatulah saya macam curios nak tahu apa jadi kat saya. Dan masatu jugaklah saya search kat google pasal masalah saya ni. Then Alhamdulillah Allah tunjukkan saya puncanya. Then bermulalah episod saya pergi berubat dengan ayat-ayat al-Quran (Macam saya cakap kat atas tadi, salah satu cara untuk pulih dari penyakit al-ain ini kan dengan menyuruh orang yang memandang tadi untuk mandi.. tapi ialah dekat mana saya nak cari lelaki remaja tu kan yang sekarang pon dah besar. Muka pon tak ingat. Jadi cara yang lain adalah dengan berubat dengan ayat-ayat al-Quran).
Ok jadi bila saya diruqyahkan oleh pelbagai peruqyah, waktu ayat al-Quran dibacakan kepada saya, saya tak rasa apa-apa pon dengan izin Allah. Kira saya tak rasa panas tak rasa pedih ke… Jadi sampai satu masa saya macam dah give up nak jumpa orang, terus Alhamdulillah saya amalkan sendiri ayat-ayat al-Quran dengan niat supaya Allah sembuhkan saya dari penyakit ini. Antaranya ialah ayat kursi dan tiga kul. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa, tapi Allah kan kata dekat al-Quran supaya kita tak putus asa dari RahmatNya.
Rahmat Allah sangatlah luas. Rahmat Allah meliputi segala perkara. JANGAN PERNAH putus asa dari Rahmat Allah. Alhamdulillah dengan rahmat dan izin Allah, benda tu dah sikit-sikit hilang. Tapi belum sepenuhnya. And then satu masa tu saya stop terus amalkan ayat kursi dan tiga kul (walaupun belum sembuh sepenuhnya sebab saya busy dengan Diploma masa tu) and dengan izin Allah penyakit al-ain itu datang balik.
So nak pendekkan cerita, saya baru masuk U baru-baru ini. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah saya dah mula amalkan balik dan penyakit tu dah mula untuk hilang dengan Rahmat dan izin Allah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Sekarang ini saya masih tengah process untuk sembuh sepenuhnya. Doakan saya supaya saya sembuh sepenuhnya dari penyakit ini dan istiqamah untuk melakukan amalan-amalan ini ikhlas kerana Allah walaupun sesudah saya sembuh.
((وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ))
(Surah Al-shuara ayat 80)
Sesungguhnya Allah sahajalah berkuasa untuk memberikan penyakit dan menyembuhkan hamba-hambaNya. Segala amalan kita dan orang-orang yang menolong kita hanyalah wasilah semata-mata. Bergantunglah sepenuhnya 100% kepada Allah. Berdoalah kepada Allah dengan sesungguh sungguhnya.
Jadi dengan sebab inilah (dan sebab2 lain seperi riak dan sebagainya), janganlah kita pemerkan atau tunjukkan segala ni’mat kita, atau kita cerita dekat orang segala ni’mat kita. Biarlah segala ni’mat kita antara kita dengan Allah, dan bersyukurlah kepada Allah atas segala ni’mat yang diberikan. Tak perlu orang lain tahu. Yang penting kita bahagia kan? Hati kita tenang. Tak perlu nak up status/post setiap kali makan sedap2 atau pergi ke tempat2 yang best. Simpan sahajalah gambar-gambar itu sebagai kenangan kita sahaja. Sebab kita tak akan tahu apa ada dalam hati manusia, hasad dengki cemburu dan sebagainya.
Dan kalau kita nampak kecantikan atau ketampanan seseorang dan kita adore dengan dia, cepat-cepatlah ucap Ma shaa Allah (ما شاء الله). Sesungguhnya kita semua manusia, tak ada apa-apa pada kita. Sekali Allah tarik ni’mat, tinggal apa pada kita? Tek perlulah rasa takabbur, Ujub, (Moga Allah sucikan hati kita semua dari segala penyakit2 hati itu.) dengan anugerah Allah atas kita. Segala-galanya milik Allah. Setiap kali nampk benda cantik dan menakjubkan, terus ingatlah kepada Penciptanya.
Antara doa-doa dan amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk elak daripada terkena penyakin ain ini (ingat:doa doa ini dan amalan hanyalah sebagai asbab. Yang melindung kita hanyalah Allah. Dan Allah jugalah yang boleh memberikan penyakit dan menyembuhkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sentiasalah berharap kepadaNya supaya terhindar dari segala musibah dan penyakit) :
((أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ ، مِنْ كُلِّ شَيطَانٍ وهَامَّةٍ ، ومِنْ كُلِّ عَينٍ لَامَّةٍ ))
-Hadith Sahih Bukhari-
(( أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَق ))
-Hadith Sahih-
Jangan lupa baca ayat kursi dan 3 Qul sebelum tidur.
Akhir sekali, saya minta maaf kalau tersilap bahasa dan sebagainya. Doakan saya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit