Assalamualaikum pembaca IIUMC. Semalam saya terbaca confession tentang suami baran. Saya mempunyai kisah yang sama dengan tt puteri lilin, (https://iiumc.com/tolonglah-pergi-si-panas-baran/). Saya ingin meminta pendapat dan pandangan daripada pembaca.
Saya telah berumah tangga hampir 2 tahun, belum dikurniakan anak( kami berdua merancang kerana saya ingin menghabiskan phd). Dalam pada merancang untuk sampai habis phd itu tersirat satu lagi tujuan saya merancang kerana suami yang panas baran.
Jodoh ini pilihan kami sendiri, kami berkenalan semasa di universiti. Sememangnya sebelum kawin saya mengetahui sifar tidak sabarnya itu tetapi tidak pernah pula dia maki, carut dan herdik saya.
Hari ke 6 selepas kami diijabkabulkan kami pulang ke rumah sewa suami. Suami merupakan seorang yang bekerjaya. Keesokkannya suami pergi ke gym dan saya pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang dapur. Selesai membeli barang dalam perjalanan 1km untuk sampai ke rumah saya mendapat panggilan daripada suami.
“Hello, kat mana? Kenapa tak balik lagi? Kunci mana? ” dengan nada marah. saya trrus menjawab sorry kejap nak sampai dah saya dekat trafic light ni. Dia terus letak telefon. then saya dapat whatapps drpd suami “BODOH!!!”. Yes itulah perkataannya siap tanda seru. Saya terkedu dan meleleh air mata.
Tanpa berlengah saya memecut kereta selaju mungkin. Sampai di rumah saya melihat muka suami amat marah dan bunyi nafasnya yang laju. Selesai saya mengangkat barang masuk ke dalam dia mengambil kunci rumah daripada saya dan menolak saya keluar dan terus menutup pintu.
Saya kebingungan. Dia cakap “duduk kat luar rasa apa aku rasa duduk kat luar sampai setengah jam”. Padahal dia call tu mesti la dia baru sampai kan? Saya terdiam dan menangis. Hampir 2 jam saya duduk di luar rumah (saya tak tau la jiran2 saya nampak ke tak) rumah saya rumah teres.
Barannya hari ke hari makin menjadi. Ada satu hari tu aku sedang masak di dapur dan suami menonton tv. Dia memanggil aku beberapa kali mungkin aku tidak mendengarnya. Kali yang terakhir “woi! tak dengar ke aku panggil??? Kau nak jadi isteri derhaka ke?” Ya allah tuhan je tahu perasaan ku ketika itu apabila suami berkata sedemikian. Perkataan derhaka dan tidak redha itu dah sebati dengannya.
Mampukah saya bertahan lagi? Bolehkah penyakit baran ini dirawat wahai pakar2 sekalian? Saya sambung… semasa perjalan balik ke rumah mertua, kami berhenti solat dhuha di sebuah masjid di suatu perkampungan terpencil. Dalam pada barannya itu, suami saya ni memang orang yang kuat solat dhuha dan bangun solat malam.
Selesai menunaikan solat suami meminta saya untuk drive kerana dia mengantuk. Tak sampai 3km perjalan suami herdik saya “kau ni harapnya ada lesen seatbelt tak reti pakai ke??? Kau kalau tercampak dekat luar sapa nak kutip kau?” Saya teruskan pemanduan sambil menyeka air mata. Saya diam sepanjang perjalanan. Apakah besar dosa tidak memakai seatbelt sampai aku diherdik macam tu wahai suami?.
Setiap kejadian yang berlaku saya ingat satu persatu. Saya ingat setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya. Saya pernah di maki “kau ni harap je budak U tapi bangang tak faham bahasa aku kata pukul 7.30 siap kau siaplah kenapa yang pergi sembang dengan mak hah? Masa ni baru lepas sarapan pagi bersama mil dan fil.
Sambil mengemas saya bersembang dengan mil sampai terlupa akan pesanan suami suruh saya bersiap untuk mendaki bukit. Dia ke toilet ketika itu. Masa ni saya memang dah tahan saya terus jawab “sembang dengan mak abang sendiri pun nak marah ke? Itu pon nak marah? Sikit2 nak marah apa ingat saya ni tempat abang lepas geram ke?” Dia meluru ke arah saya seperti mahu menaikkan tangannya tetapi dia seolah olah menahan. Dia menjawab “bangang”.
Setelah kejadian demi kejadian berlaku saya amat bersyukur kerana tidak mempunyai anak lagi. Saya rasa kalau saya ada anak mungkin emosi saya makin terganggu. Sejujurnya saya seorang yang sabar dan family saya bukan orang yang suka marah2. Bila saya berkahwin saya pula menjadi semakin panas baran. Saya sedar akannya dan saya cuba melawan baran saya.
Saya stress atas makian cacian dan herdikan suami. Betul apa yang diperkatakan oleh tt haritu. Perasaan kasih dan sayang itu semakin pudar setiap kali saya dimaki. Saya tak tau ketika ini saya masih sayang dia atau tidak. Saya tawar hati mungkin. Benda secil kecilnya pun dia marah.
Contohnya saya lupa tutup suis kipas tak sampai 1minit pn dia maki saya. Saya lambat bersiap 5 minit pun dia dah bunyikan hon kereta dan marah2. Malu saya pada jiran2. Saya lambat masak pun dia marah. Dia cakap “oi laki hang ni lapar”. Saya tersalah buat air pagi2 pun dia marah. Dia kata semalam dah cakap. Cakap org lain senang je masuk telinga, cakap laki sendiri tak ingat langsung.
Hati ini dah semakin tawar. Perasaan ini dah semakin pudar. Saya takut emosi saya tersanggu sampai hilang kewarasan diri. Betul orang kata isteri itu cermina suami. Suami baran saya pun turut jadi baran. Suami suka cakap dengan nada ugut dan marah. Saya pun terikut sama.
Saya rindukan diri saya yang dahulu. Saya tidak pernah putus doa suapaya Allah hilangkan terus panas barannya. Jadikan dia seorang yang lemah lembut dgn saya bukan dengan orang lain je. Doakanlah saya terus kuat.
– Pn Somebody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit