Penyakit D

Salam.Terima Kasih admin kalau sudi siarkan. Aku tahu mungkin setengah dari korg dah jemu dengan citer ni tapi baku tetap aku cerita jugak biar org cakna dgn penyakit D. Which is depression.

Aku pernah mengalami depression selama 3 tahun dan Alhamdulillah skrg dah okey. Masa awal² aku kena wktu aku baru first year belajar di IPTA. Aku tak tahu mcm mna aku boleh terus terjebak tapi yg aku igt balik dari kem, something wrong happen to me. Aku dari kecik² lagi xsyg dgn diri aku sbenarnya. Aku xsuka tengok muka aku sbb bagi aku ,aku ni hodoh. Aku wktu kecik low self esteem tapi tu crita wktu kecik lah aku bagi introduction dlu. Okey fast forward masa awal² depression aku xsedar yg aku depressed tapi aku punya emosi selalu tak stabil. Byk sedih dri gembira. Sedih yg xbersebab. Aku tak tahu kenapa aku sedih. Emosi aku tak tentu arah. Aku jauhkan diri dgn kawan aku ,famili aku. Dgn kawan famili aku buat normal…aku gelak,aku senyum,tapi bila aku balik kolej sorg² dalam bilik aku nangis sorg² dkt katil. Aku xthu knapa aku mcm tu tapi nk kata aku krg kasih syg xdelah xdpt ,adelah jgak tpi sbb aku kakak,mak aku lebihkan adik² aku. Ayah aku pulak ayah yg tak bertanggungjawab.Dia xprovide nafkah kat famili aku.So aku boleh katakan aku krg kasih syg ayh. Despite all that aku bersyukur aku dpt belajar tggi dan ckup ddikan agama. Okey dh lari topik pulak. Selain depression ,aku ada nervous disorder.Aku cepat panik berdiri dpan org ramai atau kalau aku berada dkt tgh² org ramai.Boleh kata aku rasa macam aku ni org paling kesian,dahlah selalu depressed,cepat nervous ,kurang cantik. Tapi despite all that,aku smpat bercinta dgn sorg laki (huhu) tapi jarak jauh sbb dia lain uni. Masa aku bercinta,disebbkan aku ada masalah emosi aku selalu bergantung pada dia. Dia xthu aku depressed sbb aku xnak dia fkir aku pelik,tapi dia slalu bgi aku pujian and semangat so aku jdi bergantung pada dia setiap kali aku low confident atau depressed.Tapi hubungan kami tak lama sbb aku kan emosi tak stabil,dia cari perempuan lain. Depression aku bertambah teruk sampai aku ada perasaan nak bunuh diri sbb aku dah rasa aku tak guna. Aku sembahyang 5 Kali sehari,tutup aurat,Baca alquran tapi aku tak keruan. Aku tak tahu nak buat apa dgn diri aku. Aku tak cerita dgn kawan aku sbb luaran diaorg igt aku ni seorg yg happy,aku xnak org ada mindset yg bruk pasal aku. Aku ptus harapan. Aku tak tahu mcm mna nak tenangkan diri aku. Aku bgitahu mak,mak aku wassap aku suruh igt Tuhan. Aku dah buat. Aku mgkin ada perasaan utk bunuh diri tapi aku tak tergamak sbb mungkin Iman msih ada walaupun senipis A4 paper. Tapi perasaan suicide tu setiap kali muncul bila aku fkirkan nasib aku. Aku jdi sgt depressed.Depression ni macam aku berlwan dgn diri aku. Kau tahu mcm cerita Jekyll and Hyde? Mcm tulah aku. Aku cuba berlwan dgn mindset jahat aku. Byk aku buat utk tangani depressed ni. Aku rajinkan pergi kuliah agama,aku join usrah,hati aku hancur sgt,aku stiap hari bca Al Quran bagi cantumkan balik hati aku. Setiap hari aku nangis. Aku mengadu kenapa aku lahir jadi mcm ni.Aku tak sembuh sepenuhnya. Aku masih rasa kosong. Badan dan minda aku penat. Aku tak jaga diri aku.

Selepas berapa lama,aku selalu sakit dada dan sakit kepala.Aku slalu jugak dapat mimpi binatang buas. Aku jumpa doktor utk buat checkup sbb aku dah xtahan.Doktor bagitahu xada apa² penyakit dikesan dkt aku. Seminggu sebelum final aku tekad buat perubatan Islam. Aku jumpa ustadz and dia bgitahu aku ada gangguan,tapi gangguan hingap (tak serius) shja. Dia bagitahu mgkin sbb tu aku selalu emosi krg stabil sbb benda tu suka dgn makhluk yg lemah semangat. Mungkin sbb tulah depression aku teruk.Dia pun buanglah gangguan tu dari aku. Aku kurang rasa sakit dada dan kepala. Tapi aku masih depressed. Mgkin sebab aku dah mengalami perasaan ni selama 3 tahun so dia dah sebati dgn diri aku.

Nak atau tak nak,aku kena sembuh sendiri. Tak ada siapa yg boleh tlong kecuali diri aku. Aku xambik ubat depressed sbb aku rasa benda tu lagi buat jadi teruk ,takut aku bergantung. Aku ubah habit aku mula². Aku ska menyendiri dlu,so skrg aku aktifkan diri aku. Aku paksa diri aku join kesukarelawan. Rasa mcm nak mati setiap kali kena berdepan dgn public. Mgkin utk org yg normal rsa mcm kelakar tapi tulah org yg panic disorder rasa. Setiap kali aku brckp dpan public mcm pandangan aku berpinar² ,aku jdi tak tahu nak pandang siapa,nak ckp dgn proper. End up aku selalu malukan diri aku depan public. Tapi Tampa, aku paksakan diri aku jugak. Lama² aku dapat krgkan stage fright aku. Dlu aku balik bilik je ,aku akan nangis sorg² kan,tapi aku cba stiap kali balik bilik kalau ada perasaan nak nangis,aku pergi dkat cermin dan pandang muka aku. Aku cakap sambil tunjuk jari dkt diri aku sendiri ‘Kau jangan nangis,kau kuat.Kau deserve untuk bahagia’. Aku ckp sambil nangis. Aku akan ckap dekat depan cermin smpai aku stop nangis. Kadang² tu aku akan tampar pipi aku kalau aku masih tak stop nangis.Lama² tu aku dah jarang nangis. Aku akan nangis bersebab. Aku rasa metode ni sedikit sebanyak membantu aku.

Disebbkan emosi aku selalu tak stabil,aku cuba jauhkan diri aku dari negative people. Org yg suka ckp buruk atau ambil kesempatan dkt diri aku,aku jauhkan. Aku dahlah depressed,so aku kena berada dalam circle yg boleh buat aku syg dgn diri aku bukan tambahkan depressed aku. Aku selalu dgr lagu happy dan positif eventhough masa tu aku sedih. Aku ajar diri aku untuk overcome perasaan sedih. Banyak cara aku buat untuk overcome depressed aku. Aku belajar untuk tulis 30 perkara yang aku patut bersyukur.Aku jadi dayang dengan diri aku bila aku belajar bersyukur. Sekaligus perasaan untuk bunuh diri hilang dari diri aku.

Bila emosi aku dah stabil,aku cabarkan diri aku buat benda yg selalu aku tak terfikir atau berani buat. Aku pergi hiking,travel luar negara,buat outdoor activity. Aku cantikkann diri aku. Bila aku fikir balik dulu mungkin aku tak sangka aku yg pernah cuba utk bunuh diri boleh sampai tahap mcm ni. Alhamdulillah sekarang aku dah normal. Aku hidup seperti org lain. Itu yg aku doakan masa aku depressed dulu. Allah makbulkan doa aku.
Aku tak pernah cerita dkt sesiapa kecuali famili aku (itupun lepas aku dah sembuh) sbb tak ada sesiapa yg akn percya. Mcm tulah sebenarnya depressed. Luaran nampak bahagia, dalam mcm kita sendiri tgh acukan pisau dekat hati sendiri.

3 tahun aku depressed,setahun lebih aku cuba untuk atasi depressed aku. Aku bersyukur aku dapat tangani depressed aku.

Aku cerita tgg kisah aku ni supaya org tahu yg depressed bukanlah sbb tak igt Tuhan , org yang bersosial , terlampau duniawi. Bukan. Dia boleh kena dekat sesiapa shja hatta Ustdaz,artist,menteri mahupun Dato atau Tan Sri. Dan untuk memandang remeh soal depression apatah lagi.

Masa aku bgitahu dkt mak aku yg aku lemah semangat,mak aku dgn selamba cakap ,’bagitahu je dekat ayah kamu,dia boleh bawak kamu jumpa ustadz ‘, sambil sibuk melayan wassap grup reunion sekolah dia. Luluh hati aku masa tu, aku igt nak luahkan kat mak aku tapi bila dia ckp camtu terus aku xjadi. Aku masuk bilik sorg² lepas tu nangis mcm mak hilang anak. Aku rsa keseorangan. Bila aku terkenang balik boleh buat aku nangis . Bila sesiapa approach kau bgitau dia sedih,atau dia perlukan someone to talk, please sgt lynlah dia jgn buat tak endah. Bila org bagitahu dia ada depression,ambil kisah. Kita xtahu berapa kuatnya dia utk bgitahu yg dia mengalami depression. Even aku pun xbgitau dkt org yg aku depression smpailah bila aku dah sembuh sikit bru aku cerita dkt famili aku. Sebelum² tu aku cover supaya family aku igt aku kena gangguan sebab tu aku perangai pelik.

Apapun,aku harap sedikit sebanyak ada memberi iktibar untuk kita supaya tak pandang remeh soal ni. Setiap kali isu bunuh diri sebab depressed je terus pandang negatif. Kita tak tahu mcm mana org depressed hadap hidup dia.

Semoga manafaat. Assalamualaikum.

– Survivor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit