Penyakit Di Usia Muda

I boleh dipanggil S, lelaki, berumur 30 tahun. Nak kongsi satu kisah yang tak pernah I kongsi dengan sesiapa sepanjang hidup ni.

I ada penyakit pada usia muda ni dan semua memang disebabkan kelalaian sendiri, berpunca dari gaya hidup dan pemakanan. I ada 3 penyakit pada usia yang semuda ni.

Pertama I ada kencing manis (jenis 1), kedua, I ada tekanan darah tinggi dan ketiga I ada masalah psikologi.

Menarik kan? Dapat 3 serangkai ni pada usia 30.

Sampaikan I takut nak ada relationship atau kahwin kerana tak mahu jadi beban pada pasangan.

Semua penyakit ni, I sedang dalam rawatan dan selain keluarga, orang sekeliling I termasuk kawan, jiran, rakan office, semua tak tahu. Nanti I ceritakan kenapa.

Cerita bermula, sewaktu zaman belajar dulu, 5 tahun yang lepas, I ketagih minum minuman manis air bekarbonat pepsi 1.5 liter besar gedabak tu untuk I seorang tanpa kongsi dengan kawan serumah.

Belum lagi, dengan tak bersenam lagi, McDonalds 2 kali seminggu.

Hasilnya badan I kurus melidi, selalu kencing malam dan bersemut. Kawan ramai tegur kenapa kurus sangat, tapi I anggap tu mungkin takde apa. Agaknya sebab skip makan.

Bila pergi klinik, I di diagnos dapat diabetis melitus type 1 atau kencing manis jenis 1, untuk usia muda. Beringat ye.

Kencing manis bukan hanya penyakit orang tua. Tengok jela statistik di Malaysia macam mana. Dan hasilnya, I kena cucuk insulin 4kali sehari sepanjang hidup sampai abang jamil m**pos.

Pada mulanya, benda ni sangat menyusahkan untuk golongan muda macam I. Tapi nak buat macam mana kan, salah sendiri.

Setiap kali sebelum makan, sebelum tidur, I kena cucuk insulin pada perut. Kalau makan dengan kawan pejabat, I cucuk insulin senyap senyap, baru pergi makan sama.

Dan, bila pada usia macam ni, tak boleh nak terima ketentuan ada kencing manis tu, I asyik berfikir, tak redha dengan ketentuan, sampai pening, serabut, dan malu pun ada, perasaan bercampur campur,

Akibatnya I dapat pula tekanan darah tinggi yang pada mulanya I ingat sekadar migrain.

Tekanan bacaan mesin tu nak dekat 200/90. Kena makan pula satu pil untuk darah tinggi. Pil tu nasib kecil, 4mg je, tapi masih tak boleh tinggal. Kena ambil sebelum makan.

Dan akhir sekali bila buat test untuk personaliti bawah company, I ada masalah dari segi psikologi, yang menyebabkan I senang jadi marah, tak boleh fokus dan emosi sentiasa tak stabil.

Yang ni syarikat nasihatkan I untuk kawal sendiri dan seimbangkan emosi. Dan benda ni memang meyumbang pada prestasi I merosot di tempat kerja.

I pula kerja di bidang helpdesk. Habis pelanggan marah dapat layanan buruk, jadi I pindah ke bahagian operasi.

Untuk pengetahuan semua, I merahsiakan benda ni daripada semua kawan. Hanya mak dengan ayah I je yang tahu.

Why? Sebab bagi I, ini satu kelemahan, satu bebanan yang I sendiri tak suka orang bercakap mengenainya. I tahu ada akan cakap, kongsilah, supaya kawan boleh bagi sokongan moral. For support?

Tak perlu kerana bagi I, asalkan kawan kawan I layan I macam biasa, itu dah satu anugerah bagi I.

I tak suka orang bagi simpati & I ada had setakat mana kawan I perlu tahu mengenai I.

Tak suka bila ada yang layan kita berbeza dengan yang lain sebab ada penyakit, ada kekurangan. Ataupun mungkin cakap cakap belakang.

Terpulang pada semua nak hakimi I atau bagi pandangan. Apa yang I buat ni lepas I dah fikir sehabis baik.

Ni pun, I went netter daripada sebelum ni, I salahkan takdir, salahkan Allah, tak redha dengan keadaan diri.

Sekarang, I dah redha lillahitaala cuma memang sampai ke liang lahad, benda ni akan I rahsiakan daripada orang sekeliling. Cukup sekadar pembaca tahu dan doakan I. Terima kasih kerana membaca.

– Si Polan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *