Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika artikel ini disiarkan. Nama aku Ijaa dan berusia 17 tahun. Dibesarkan dalam keluarga yg sederhana. Aku tergerak nak tulis confession ni bila terbaca artikel self-love dan depression hidup. Hampir sama dengan apa yang aku lalui sekarang ni. Dah lama aku pendam tapi aku takde tempat nak bercerita sebab aku rasa takkan ada orang yang boleh faham aku even parents aku sendiri.
Sebelum ni masa dekat sekolah aku pernah jugak search blog pasal mental illness tapi sekadar nak tambah pengetahuan. Aku selalu sakit kepala dan sakit belakang masa sekolah tapi aku cuma anggap aku stres sebab nak spm. Selalu malam² aku letak satu bantal bawak tengkuk dah boleh tidur. Ada sekali tu teruk sangat aku punya sakit sampai nak berjalan pun tak larat.
Mak aku pulak jenis yg perfectionist. Jadi , semua anak² kena ikut cakap mak. Aku faham semua parents nak yg terbaik untuk anak² cuma aku terfikir jugak kenapa anak² jarang diberi peluang untuk tentukan hidup sendiri walaupun aku tahu pilihan parents ni yg terbaik. Aku dapat 9A 1B masa pt3 dulu pun mak aku cakap tak cukup. Mesti ni sebab main smartphone banyak sangat. Padahal masa form 3 bulan 2/3 baru aku guna smartphone. Aku start bawak smartphone pergi asrama pun masa trial sebab banyak nota cikgu hantar melalui whatsapp.
Masa form 3 aku happy sangat. Tu laa tahun paling berharga aku dekat sekolah. Ye laa pelajar kesayangan cikgu laa katakan. Pernah sekali duduk lepak dekat pondok lepas kelas petang pengetua datang belanja air. Kadang² kalau ada kelas malam , warden a.k.a cikgu b.Iggeris aku bawak jalan² makan burger. Sekolah aku dulu dekat dengan pantai. Budak asrama tahu laa macam mana perasaan boleh keluar dengan warden espcially tahun exam.
Dengan result pt3 9A 1B aku dapat tawaran masuk mrsm. Siapa tak nak masuk mrsm kan ? Dekat situ semua budak² pandai dan baik. Aku dengan semangat bagitahu parents aku , mereka pun happy sangat bila tahu. Malam tu lepas buat istikharah aku tidur. Haha. Mesti ingat aku mimpi apa² kan ?? Takde laa, pagi tu bangun tidur kawan aku text aku cakap tak payah pergi. Ramai laa, yg tak pernah rapat pun text aku. Cikgu² aku pun taknak aku pergi tapi untuk kebaikan aku kan. Hari Sabtu aku masuk asrama. Minggu tu minggu exam. 3 hari mak aku pujuk suruh pergi, kakak aku siap screenshot whatsapp chat dia dengan kawan dia. Hati anak mana yg tak terusik bila mak pujuk rayu macam tu.
Aku pun kuatkan diri packing barang². Lepas balik sekolah aku lepak dengan cikgu kimia a.k.a ketua warden dekat kiosk. Macam² dia pesan dekat aku. Aku balik malam. Aku rasa sedih sangat sebab aku dah janji dengan kawan² aku yg kami akan fight untuk 9A spm sama². Tapi antara mak dengan kawan kau pun tahu kan yg mana aku patut pilih.
Aku daftar mrsm sekali dengan kawan aku. Aku taknak cerita lebih pasal maktab tu. Cuma lain drpd apa yg aku sangkakan. Aku tak dapat terima surrounding dekat situ. Mindset aku mula set yg aku tak boleh sudvive dekat situ. Tapi aku try jugak. Aku masuk surau aku mula rasa tenang sangat. Yelaa masatu kan aku budak baru jadi duduk saf² kat depan je laa. Haha. Aktiviti surau pun best. Tiap² hari aki rasa surau laa tempat yg paling tenang dalam maktab. Kadang² bila ada rasa stres aku give up jugak. Ada sekali exam result aku jatuh teruk sampai teacher aku suruh jumpa dia. Ya , dia mention nama aku. Masatu aku rasa down sangat bukan sebab dia mention depan org cuma aku terfikir kenapa result aku boleh jatuh teruk.
Aku jenis yg suka dengar cerita orang. Kau cerita laa apapun aku dengar je. Haha. Kadang² aku bagi nasihat sikit. Tapi bila time aku , aku tak boleh nak motivate diri sendiri. Aku dengar cerita orang bukan sebab aku bosan tapi aku tahu betapa kau dihargai bila ada orang nak dengar cerita kau walaupun benda tu simple. Aku pun jenis macam tu. Jenis yg suka merengek ‘wow’kan semua benda. Semakin hari self-esteem aku semakin turun.
Masuk je form 5 emosi aku mula tak stabil. Hari² aku nangis. Aku mula anggap takde orang faham aku. Masa aku form 5 balik rumah sebulan sekali je. Kadang 2/3 bulan baru balik sekali. Balik pun tak lama. Bila balik aku suka duduk dalam bilik sorang². Aku rasa takut sangat. Takut nak berhadapan dengan orang walaupun aku ada kelebihan untuk bercakap di hadapan orang.
Dekat maktab pun aku takde kawan sangat. Maksud aku , kawan yg betul² rapat dengan aku. Ada laa sorang tapi lelaki. Kau tahu laa macamana kalau rapat dengan lelaki ni tetap ada had kan. Semua benda aku cerita dekat dia. Jenis dia pulak memang tak boleh tengok aku sedih mesti dia akan text aku. Okay , makcik dan pakcik bawang jangan nak membawang dekag sini. Setiap petang aku akan pergi kelas awal aku study kadang tu tak masuk pun cuma aku suka duduk termenung sorang diri.
Setiap hari aku nangis sampai classmate aku dah lali bila tengok aku nangis sampai satu tahap takde orang tanye kenapa aku nangis. Jadi , aku dah tahu nak pergi dekat siapa bila rasa nak nangis. Aku akan peluk orang tu dan aku nangis sampai puas. Lepastu aku dah boleh buat macam takde apapun yg jadi. Biasa kawan² lelaki yg banyak bertanya.
Aku selalu rasa lelah. Penat. Buat kerja sikit pun dah rasa penat sangat. Kalau aku ulang alik dari kelas pergi bilik guru boleh tercungap-cungap padahal dekat je. Aku pun pelik. Aku bukanlah jenis yg lemah walaupun jarang bersukan. Aku dah jarang makan sebab lepas aku makan mesti aku muntah balik tak kira aku makan banyak atau sikit. Sehari tu aku geram sangat sampai 2/3 hari aku tak makan nasi.
Hari² hidup aku rasa kosong. Punya banyak aktiviti aku buat tapi macam tak rasa apapun gembira pun tak sedih je banyak. Depan orang aku senyum kemain tapi bila duduk sorang² aku fikir balik kenapa aku senyum sedangkan perasaan aku tak gambarkan apa yang aku rasa. Bangun tidur pulak 10 helai rambut atas bantal tu biasa tepi katil pun banyak. Dah seperti musim luruh atas kepala selak sikit rambut ada saja yang dapat di tangan.
Aku langsung tak boleh dengar orang marah². Dulu bila aku dengar orang marah aku rasa nak lawan balik tapi aku diam , aku pendam. Tapi sekarang bila ada orang marah esp bila orang marah aku , aku akan rasa sedih sangat. Aku akan siapkan kerja aku cepat² dan masuk dalam bilik menangis. Aku rasa malas nak bangun tidur sebab aku akan hadap macam² perangai manusia. Disebabkan selalu rasa letih aku tidur lama². But it’s not function. Tidur 10 jam pun tetap tak rasa apa. Lagi sakit kepala ada laa. Segar pun tidak , letih kekal.
Aku pun semakin suka menyendiri. Duduk dalam bilik tutup pintu. Tutup semua. Bila aku mula masuk bilik mak aku pun mula laa membebel kata aku malas , menyusahkan orang , suruh aku kahwin cepat². Dan aku pun akan menangis. Sebab aku rasa sedangkan mak aku pun tak boleh nak faham aku , nak detect perubahan aku apatah lagi orang lain. Tak banyak yg aku minta cuma sedikit perhatian. Stop perli aku macam². Aku rasa macam taknak berkomunikasi dengan sesiapapun. Nak kata cari ketenangan , erti tenang tu pun aku tak tahu dah sekarang ni. Setiap masa aku rasa sedih , useless dan menyusahkan.
Semua benda yg aku nampak aku dah boleh imagine macamana nak guna benda tu untuk cederakan diri. Sampai aku takut nak pegang pisau sebab aku takut aku buat perkara yg tak elok. Dalam bilik aku ada satu cermin besar bila aku menangis aku akan tengok dalam cermin tu dan tetiba aku akan senyum sendiri. Aku akan salahkan diri aku kenapa la aku ni tak guna tak macam anak orang lain banggakan mak bapak. Lepastu aku akan menangis balik sampai aku tertidur.
Kadang² aku pun seram dengan diri aku. Aku akan bercakap dengan diri sendiri bayangkan macam². Macam ada orang bercakap dengan aku pun ada. Padahal dalam kepala aku je. Aku pernah terfikir best kan kalau jadi budak² tak payah serabut dengan semua nii. Kalau aku duduk sorang² ada jugak aku terdengar mak aku tengah membebel tapi bila aku keluar takde orang pun. Depan orang , orang takkan sangka aku macam tu sebab aku jenis yg happy go lucky.
Aku dah makin bimbang dengan kesihatan mental aku. Aku ingatkan lepas habis sekolah dah tak rasa semua tu. Rupanya makin teruk. Sakit kepala bila datang tu rasa mencucuk-cucuk. Setengah jam macam tu baru hilang. Kadang² rasa sakit sebelah je. Biasa sebelah kiri. Dada pun sama. Kalau lelah tu memang tak boleh bawak bincang. Yang paling aku bimbang kenapa laa aku senyum sambil menangis depan cermin sambil salahkan diri sendiri.
Aku cuma nak pendapat pembaca iiumc. Apa yg patut aku buat ? Aku tak boleh nak keluar rumah sendiri cek dekat hospital tapi aku selalu buat ujian dass dan result tu selalu buat aku risau. Dan kalau boleh buat masa ni aku tak nak parents aku tahu apa yg aku alami. Any suggestion ? Kalau ada nombor telefon yg boleh aku hubungi boleh tinggalkan dekat komen tak ? Thank you.
– Ijaa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit