Penyakit Gila Meroyan

Hi nama aku Berus. Tentulah bukan nama sebenar.

Aku nak cerita tentang perkara yang aku alami. Ye betul. Aku ada gila meroyan. Tapi alhamdulillah bukan tahap sampai jalan tak pakai kasut satu kampung. Aku masih boleh bercerita ni maksudnya ada fasa aku normal ada fasa aku sakit.

Aku mula dapat penyakit ni masa pantang anak pertama. Korang pernah dengar kan baby blues? Ibu yang terkejut dengan perubahan keadaan selepas melahirkan anak.

Anak aku yang pertama tu masa dalam pantang melalak tak sudah-sudah siang malam. Maka bergilir lah aku dengan mak aku pegang kan dia.

Bekas laki aku? Tidur di bilik lain dengkur sampai pagi. Alasan dia punya task cuma cari nafkah. Nasib baik dah bercerai 8 tahun lepas.

Tapi peel anak aku ni bukan berakhir masa dalam pantang je. Sampai umur dia 6 bulan.

Bayangkan lepas habis pantang mak aku dah balik kampung, aku sorang2 handle. Aku bercakap dengan dinding, aku nak hempas anak aku. Aku menangis tanpa sebab. Aku selalu sedih. Aku pukul anak aku yg masih taktahu apa-apa.

Sekarang anak aku dah besar. Aku pon dah kahwin semula. Struggle aku bermula di sini.

Aku kerap relapse selepas kahwin. Aku taktau aku trauma ke apa. Tapi kalau sampai masa gila tu datang, aku akan mengamuk.

Aku pernah je jmpa psy dan makan ubat. Tapi benda ni tak bantu aku sembuh. Sekurang2 nya 3 bulan sekali datang gila tu.

Aku kesian dengan suami baru. Terkejut dia kahwin rupanya isteri yang selama ni nampak lembut dan sopan ada gila meroyan.

Datang gila aku, kipas kecil pon aku hempuk, pintu almari pon boleh tercabut. Suara jangan cakap, 5 biji rumah boleh dengar aku menjerit.

Malu sebenarnya. Malu dengan jiran-jiran. Tapi pindah lah lari mana pon. Aku tetap sakit. Tetap relapse. Aku taktahu sampai bila suami aku nak bertahan. Tapi dia suami yang baik. Sangat baik. Kadang rasa dia deserves isteri yang lebih baik.

Kawan-kawan doakan aku sihat. Aku tak mengamuk2. Aku normal. Btw, aku dengan suami baru belum ada anak walau dah 4 tahun kahwin. Suami aku cakap, keadaan aku tak sihat untuk kami ada anak kecil.

– Berus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. puan, sila segera dapatkan rawatan di hospital.. jangan berhenti berubat.. hospital, tradisional, cara islam, insyaallah ada jalan keluar.. rawat diri puan untuk kesejahteraan puan sendiri.

  2. Continue your treatment. Jgn skip ubat. Jgn skip appointment. Betul dah suami suggest hold tambah anak dulu.

  3. Selain dari jumpa psy..kau kena kuat semangat.Jgn di ikutkan bisikan2 dlm kepala tu.
    Ko ada trauma dgn suami lama dlm menjaga anak kecik…ko masih ada luka batin yg blm settle dgn ex suami..tu psl ko pilih utk lepaskan kat perkahwinan baru.

    Ko kena belajar berdamai dgn diri dan masa lalu.Belajar maafkan diri sendiri dan lepaskan masa lalu..p cari terapi hipno minda.Ini bkn gila tp lbh kpd tekanan perasaan silam yg blm selesai.

    Banyakkan berzikir..baca Quran..semua tu penawar hati yg gundah.Dan sesekali pergi beriadah di taman2 tarik nafas segar dgn melihat pemandangan alam sekitar yg hijau.
    Belajar teknik terapi diri..inner work.kalau kita x bantu diri sendiri siapa nak bantu kita?ubat tu kdg tambahkan meroyan lg ada lah.

    Berdamai dgn masa silam sis..take your time..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *