Penyakit Hasad a.k.a Dengki

Assalamualaikum Semua. Aku terpanggil nak bercerita hal dengki ni lepas masuk tahun baru 2025 ni. Bila aku toleh balik ke belakang & renungi semula 2024 aku, dalam banyak yang aku syukuri, banyak lagi yang aku pelajari. A lesson worth a lifetime orang Jawa kata.

Alkisah, sepanjang aku berkarier, semua yang aku rancangkan & dijanjikan akan terlaksana. Mungkin ada sedikit deviation, maklumlah, nobody is perfect kan. Tapi in overall, jalan. Ha, itu yang penting.

Aku pun bukan perfectionist sangat. Banyak perkara memang bergantung harap pada ihsan Allah sahaja. But the gist is, it all worked.

Sampailah tahun 2024.

Aku dah dijanjikan pihak pengurusan akan jawatan baharu dengan gaji & perks baharu.

Oh iya, aku bekerja di syarikat MNC sektor finance. Memang head country manager tu nak aku. Dia create dah job tu. Aku pun dah buat dah pun skop kerjanya in few months. Tinggal nak formalize & bagi new role name, salary + perks je.

Aku yang sangatlah happy, aku bagitau parents, siblings & beberapa kawan rapat aku dalam 4 orang camtu. Because it’s a career jump. Mak & adik-adik aku pulak, tumpang gembira & bangga, ada mention juga masa berborak dengan makcik-makcik aku & adalah kawan2 diorang juga.

Things spiralled down from here. Guess what? Tiba-tiba, new role creation kena freeze. Aku berputih mata. And things really got very hard for me starting then on.

Bila aku toleh semula, I questioned myself, what went wrong this time? Punya nak kata lagi sikiiitt for me to get the new role tu, benda dah sampai HR, job scope dah ada, tinggal HR nak send email je. Ada 2. Satu isu teknikal, satu lagi, hasad.

Technically, team head aku yang free-loader tu sejenis lamberttt. Kalau dia hasten the process sebelum freeze period sampai, dah settle dah. Nak kata dia agak dengki dengan aku pun ada juga.

Minah sekoq ni memang kurang ngam dengan manager aku & stakeholders yang support aku (Aku buat projects bawah diorang. Team kitorang ni buat project based.

Dia dulu naik pun sebab ex-head dia support walaupun KPI kaput merah semedang. Ride on projects orang walaupun contribution alahaii cenonet ja. Tapi suruh present laju woi! Nak nampak macam function katekan)

So, tibahh aku si ikan bilis tak berapa nak dress up & timid2 tikus ni dapat such a support, agaknya merahlah mata dia. LOL. Sebab aku buat kerja tak banyak bunyi.

Iya… aku yes man punya orang. Perempuan tapi serupa jantan. Nasiblah bertudung. So, kat sini, ialah technical issue yang menyebabkan langgar timeline tu.

Berkenaan hasad pula, betapa susah & tak masuk akalnya situasi kemudiannya. Everything went haywire. Mungkin aku dah masuk radar head tagune aku tu kot.

Aku paling ingat & mula benci gila kat dia bila cakap,

“Rai, kerja you, apa yang you buat on the project ni, not even half of what’s needed for you to progress in your career. Maybe around 30% je. Yang lagi penting is how you manage the connection, jaga hati stakeholders & play the politics well.”

I was like… 30% je? Ajer gampang minah ni. Kalau semua orang macam kau, memang tak buat untung company ni.

Okay lah…. I’ve made peace with it. Aku walaupun timid, haaa aku macam robot & bulldozer kalau suruh siapkan project. Maybe aku kena perbaiki sikit tang ini.

But in overall, aku percaya, that what she told me was totally wrong in work ethics. Hasil kerja will speak for us. InshaAllah. Time will tell.

Okay sekarang ni masuk point lain, ain. Ain ni puncanya pandangan yang berniat jahat. Jika ada sesuatu yang melangkaui takdir, ain lah puncanya. Ain ni pada aku, simple. Puncanya dengki. Itu je.

Selain dari head aku yang entahlah apa nak didengkikan dengan aku si ikan bilis ni, seorang makcik aku bermimpikan sesuatu yang buruk diberi kepada aku. Aku pun mimpi yang bukan-bukan. Ini semua jadi beberapa ketika lepas aku share the good news.

TBH, aku sangatlah menyesal kongsi berita gembira tu awal-awal. I didn’t know my fam would be that happy & excited.

Kalau tahu nak jadi begini, baik aku diamkan sampai dah selamat sign baru umumkan the good news. Like I did before. Iya, sebelum2 ni, I only told them when things already confirmed.

Well, things already happened. Nak buat guane.

Lagipula pasal dengki ni. Adik aku yang Acik. Dia ni suka post kat IG, FB ehhh segala yang boleh lah budak jaman now. Dia memang power content2 ni.

Aku ni berjiwa makcik2 memang, so tak berapa pandai pakai socmed. So, dia suka food hunting, fashion & make up. Life dia memang nampak menarik lah kalau kau tengok dari socmed dia.

Tapi…haaa.. Ada tapi..

Walaupun career progress dia elok, dia selalu diuji dengan tikam belakang. Yang dianggap kawan rupanya yang mengata dia & cuba sabotaj. Sampai merisaukan hubungan baik dia dengan bosses dia. Banyak kali juga ya.

Aku rasa, diorang secretly berdengki dengan dia. Sampai kitorang nasihat, kurang-kurangkan postings tu. Surprisingly, things got better for her.

Entahlah. Aku rasa kan, orang yang share tak salah. Itu kan social media diorang. Sukahati lah nak share apa. Kalau kau rasa kau jenis senang cemburu, apa kata mute je atau unfollow terus.

Apa motif ekkk kau nak stalk life orang hanya untuk menyakitkan hati sendiri? Ini yang ku tak faham orang zaman sekarang.

Haih. Benda dah jadi dah pun.

Semoga semua orang dalam dunia ni, diberikan Allah hati yang lapang dalam melihat rezeki orang lain. Semoga semua orang diberikan Allah rezeki yang cukup & berkat sehingga tak perlu mendambakan yang lain. Aamiin.

– Raina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam 2025 semua,

    Ada co worker pernah buka topik pasal ain, dalam perbincangan tuh dia ada kata benda sahih yang ain boleh melintasi takdir, sebab tuh dia masih tak berjodoh, dia kena ain.

    Saya tanya ke dia, Allah SWT takdirkan Siti Nurhaliza jadi penyanyi no 1 negara dari 40 hari dalam perut mak dia. Kenapa kalau ada 300 juta orang Melayu Nusantara hantar ain, pandangan mata jahat, tetap juga Siti Nurhaliza jadi penyanyi no 1 Malaysia. Dia kata dah takdir Siti Nurhaliza ada suara merdu jadi penyanyi no 1, jadi saya kata mana ain nya. Tak logik dia seorang kena ain sampai dia rasa jodoh belum sampai dia kena ain, sedangkan dia manusia sama macam Siti, takdir dia yang berupa rezeki, jodoh, bilangan anak & tarikh maty Allah SWT dah tulis 40 hari dari dalam perut mak dia. Dia diam.

    Supervisor mencelah dia kata Nabi SWT pernah bersabda, Rezeki seseorang tertahan kerana dosanya. Tak perlu ain, dosa dosa manusia yang tiap hari dia buat dah menahan rezeki dia, automatik. Apa contoh paling mudah, solat 5 waktu. Orang yang tak solat 5 waktu, dia berdosakan, jadi dosa tuh cukup kuat untuk tahan rezeki dia. Nak ain buat apa. Kita tunding 1 jari ke orang 4 jari tunding ke kita. Dia terus sentap, sebab dalam surau nak nampak muka dia memang susah. Kalau ada meeting lagi lah, hilang dia bila waktu azan.

    Jadi supervisor kata dia tak boleh tuduh orang tanpa bukti, tambah dosa, dia suuzon dekat orang, nanty orang suuzon juga ke dia. Apa yang dia lempar ke orang dia dapat balik, tapi dia tetap kata dia kena ain, dia yakin dia kena ain. Dia tak sebut dari siapa, cuma dia yakin dia kena ain. Padahal rukun iman, beriman pada qadha dan qadhar, dia pulak bukan gigih beriman pada ain.

    November 2023 dia nikah, lepas makan kenduri, ambil gambar bagai, kitorang tanya mana ain tuh, tak jemput datang kenduri ke, tersenggih dia macam kerang busuk. Waktu raya tahun tuh dia menangis nagis minta maaf kat semua orang, dituduhnya orang ini ituh kasi ain ke dia, padahal semua orang sayang ke dia. Kena tipu syaitan lah kan kiranya, permata disangka suasa.

    Padahal jodoh dia Allah SWT dah tetapkan bila tarikhnya, sebab dia tak sabar nak kahwin, semua dituduh. Mana yang pakai contact lense biru, coklat, hijau, semua dia rasa bagi ain warna biru, ain warna coklat, ain warna hijau ke dia, sampai tak berjodoh. Kita faham, makin terdesak manusia nakkan sesuatu makin mudah dia ditipu syaitan.

    Jadi kesimpulannya tuan tuan & puan puan. Apa yang ditakdirkan Allah SWT pada anda akan jadi milik anda walaupun jarak 7 gunung, kalau tak ditakdirkan untuk anda, tak akan jadi milik anda. Nasi kalau dah nak sampai mulut, bukan rezeki anda terjatuh nasi tuh.

    Ramai selalu kata berdamai dengan takdir, bukan. Beriman dengan takdir. Ini rukun iman. Pangkat, harta, duit kalau bukan milik kita tak akan jadi kita punya. Rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki kita tak akan jadi milik orang lain, kalau tertahan itu sebab dosa dosa kita, bukan saya kata atau supervisor saya kata, tapi nih kata kata dari Nabi SWT. Semoga tahun 2025 nih kita semua selamat menjadi manusia dewasa.

    Tutup Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *