Penyakit Melantak

Penyakit “Binge Eating”. Assalamualaikum. Aku Mochi. Perempuan, berusia 25 tahun, student, dan belum berkahwin.

Tujuan aku menulis ni sebab nak luahkan mengenai perilaku pelik atau lebih senang aku panggil penyakit aku yang dinamakan Binge Eating Disorder. Macam mana aku dapat nama tu?

Sebab aku kaji dekat Google dan segala mak nenek group dekat Facebook ni. Dan ternyata, memang akulah tu.

Mesti ada yang tertanya2, apa kejadahnya binge eating tu kan?

To be short, binge eating ni bila kau makan BANYAK GILA tapi kau rasa tak puas. Even kau kenyang sampai perut kau bloated pun, kau masih nak makan. Sebab apa? Banyak sebabnya.

Boleh check dekat google kalau berminat nak tahu, sebab kalau aku list kan satu2 panjang berjeler jadinya luahan aku ni. Lagi2 kalau ada benda yang boleh trigger aku dari certain aspek.

Contohnya, kalau kau stress, kau akan makan dengan teramat banyak. Ye aku tahu ada yang rasa benda tu normal.

Tapi bagi si penderita binge eating disorder, “banyak” kami tak sama dengan “banyak” korang yang normal2 ni.

Gambaran paling simple aku boleh bagi, kalau aku rasa stress pasal assignment or triggered dengan something sekeliling aku, aku boleh makan dua kuali besar makanan favourite aku.

Ataupun 10 beg plastik biskut empat segi. Ataupun 10 beg plastik potato chips.

Last week, kalau korang nak tahuuu aku ada habiskan satu oreo cheesecake jenama secret recipe (size yang paling besar), SEMUANYA DALAM SATU SITTING JE.

Benda ni bukan aku saja2 beli dan letak dekat dalam peti kat rumah tau, family aku beli sebab birthday abang aku, tapi last2 takde siapa makan sebab tak minat flavour tu. Kononnya beli sebab nak try flavour lain yang tak biasa beli.

Aku macam biasalah peminat makanan, mana ada istilah tolak makanan kan? Jadi aku melantak lah. Jangan cakap aku tak kawal tau, sedih aku.

Sedaya upaya aku lawan nafsu tapi gagal jugak. Bukan makan sikit2 sampai ke malam weh. Itu baru satu sitting, tak termasuk lagi makan pada waktu2 lain macam petang or malam untuk hari tu.

Surprisingly, makanan2 yang aku consume boleh jadi lebih banyak dari tu. Aku boleh kata tak terbayang dek akal fikiran korang2 yang normal ni lah.

Kiranya kalau aku cakap kat korang, mesti susah korang nak percaya and ingat aku saja buat cerita. Kalau makanan bukan favourite pun aku boleh bedal tak ingat dunia, apatah lagi makanan favourite aku.

BOOM! Otak aku ni semacam tak boleh proses maklumat yang aku dah makan walaupun perut aku rasa macam dah nak meletup.

Aku rasa masalah ni dari dulu aku ada, tapi tak seteruk sekarang. Dan baru sekarang tergerak hati nak mengadu nasib kat sini sebab baru dapat tahu nama penyakit ni dan aku rasa aku sorang je kot kat malaysia ni ada penyakit ni.

Aku pun tak pasti. Ke ada je lagi yang macam aku, cuma kes ni terpencil sebab penyakit macam ni kurang diperkenalkan kat Malaysia? Aku pilih untuk tulis kat sini jugak sebab aku malu dengan habit pelik aku ni. Makin hari aku makin jijik dengan diri sendiri.

Dah la perut aku bloated tiap masa sebab makan tak berhenti. Ditambah pulak dengan masalah sembelit yang aku alami secara semulajadi sejak kecik. Seksa weh hmmm. The only time perut aku boleh berehat dari makan adalah pada waktu tidur sahaja.

Selain dari tu, tak sampai sejam sekali mesti akan makan dan makan. Puasa? Pun dah cuba. Tapi bertahan dalam 3 hari je.

Lepas 3 hari tu aku dah tak boleh tahan, badan aku memberontak, rasa macam dalam keadaan depress, otak aku tak boleh accept apa2 lagi dah selagi tak melantak apa2 makanan favourite aku.

Nak luah dekat kawan2, karang dorang pelik pulak mengadu pasal benda macam ni, tak pernah dibuat orang. Karang tak pasal2 ada yang cop aku bela saka pulak, hahaha.

Aku tension, aku jadi tak fokus nak buat apa2 kerja sebab kepala otak aku sentiasa fikir makanan. Sentiasa rasa nak makan.

Otak aku memberontak, dia tak nak bagi kerjasama untuk berfikir benda2 yang lebih penting selain makanan kalau aku tak pergi dapatkan makanan yang otak aku fikir.

Aku dah cuba kawal, tapi tak bolehhhh. Selalunya, aku akan craving benda2 manis. Tapi depends jugak, boleh jadi macam2 benda la senang cerita, tapi more to manis2.

Semalam je aku dah makan macam2. Jap aku listkan:

– Kuih tepung pelita 4 ketul

– Coklat 5 plastik sederhana (bukan bar kecik2 tu ya)

– Cheesecake 3 slices

– Keropok roda 0.5kg

– Nasi berlauk ayam masak lemak dan sambal belacan 3 kali tambah

– Pisang 2 ketul

– Aiskrim 1 bekas besar (4 flavors)

– Roti gardenia inti kacang merah 3 ketul

– Roti gardenia inti pandan 4 ketul

– Roti gardenia butterscotch 5 slices

– Milo pekat secawan

– Biskut tiger 1 plastik besar

– Kek coklat 1 bekas kecik

– 2 beg plastik twisties

– Satu box ferrero rocher yang kecik

– Nasi goreng ayam

– Burger special tepi jalan

– Chicken chop

– Keropok lekor

Tu contoh untuk pemakanan aku dalam satu hari ya.

Percayalah, dah macam2 cara aku cuba untuk overcome masalah ni. Puasa dah, IF dah, kurung diri dalam bilik dah, makan secara sihat dah, tidur bila rasa nak binge eating dah, distract diri dengan melakukan apa2 aktiviti dah, sibukkan diri dah.

Semua dah. Tapi semua tak bertahan lama pun. Lepas cuba buat semua ni tapi tak menjadi, aku give up.

Bila give up, benda jadi makin worse sebab aku makan lebih banyak akibat stress. Macam tu lah cycle tu berulang2. Sampai bila aku kena hadapi semua ni?

Aku mintak tolong, merayu sangat2 dekat para doktor atau nurse atau sape2 yang pakar mengenai benda2 ni untuk tampil di bahagian komen, berikan cadangan, apa yang harus aku buat.

Mungkin ada ubat atau apa2 yang aku taktahu. Aku sayang diri aku, aku taknak badan aku dapat penyakit macam2 lagi bila aku ada habit macam ni.

Hari2 emosi aku terganggu sebab benda ni, aku jadi jijik dan malu dengan diri sendiri. Hari2 aku mintak kat tuhan, kuatkan hati aku untuk tahan godaan makanan tu semua, tapi i can’t.

Sumpah aku nak berubah, tapi masih tak jumpa cara. Nak pergi klinik, aku mana ada duit, student lagi.

Lagipun, tak pelik ke kalau aku jumpa doctor lepas tu cerita masalah aku ni? Macam kelakar je doctor tu dengar. Plus, aku malu la hmmmm. Ya Allah, kenapa aku obses dengan makanan?

Kenapa aku yang kau pilih untuk diuji macam ni? Macam kelakar pulak kan doa macam ni, sebab pasal makan haha jarang2 dengar.

Berikan aku kata2 semangat guys kalau boleh, aku down sangat2. Aku cuma nak sihat. Doakan aku jumpa cara penyelesaian dan boleh hidup macam orang normal.. tu je aku mintak. Assalamualaikum.

– Mochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *