Penyakit Mental

Hai semua, aku hanya nak buat luahan perkara yang aku tengah hadapi sekarang.

Aku tahu ramai juga yang pernah hadap situasi macam aku, dan masing-masing akan bagi pandangan dan pendapat mengikut keadaan dan pengalaman hidup masing-masing.

Aku diuji dengan penyakit mental yang agak teruk.

Hanya yang diuji dengan penyakit ini saja yang tahu betapa struggle nya kita sebagai pesakit mental cuba untuk hidup untuk hari-hari akan datang. Banyak aspek yang tidak mudah seperti orang normal.

Aku dalam proses healing, hari-hari aku berusaha untuk jadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Aku cuba untuk jalani ujian yang diberi ini dengan lebih baik dan ikhlas.

Aku banyak belajar untuk ubah rutin harian aku, ibadah aku, social life aku dan banyak aspek lain lagi aku belajar untuk heal kan diri aku.

Aku manusia biasa, ada hari aku kuat untuk lawan ada hari aku tewas.

Disebabkan aku dalam fasa healing, aku banyak memerlukan privacy dan personal space. Aku kecilkan circle life aku, set boundaries dan aku elakkan perkara yang boleh trigger emosi aku.

Sekali lagi aku tekankan, tahap toleransi setiap manusia berbeza bergantung dengan journey hidup masing-masing. Aku berusaha untuk sembuh, aku redha dengan ujian penyakit yang berat ini.

Bila ada sesuatu yang merosakkan mood aku dan beri kesan pada mental, aku memerlukan waktu untuk bersendirian untuk restart, refresh dan bangkit kembali untuk jalani hidup aku.

Jadi banyak perkara yang aku tidak boleh ambil mudah.

Okay aku tak nak pergi lebih mendalam mengenai kesihatan mental aku cukup untuk reader tahu serba sedikit untuk cuba faham situasi aku.

Aku bakal berkahwin tidak lama lagi, tapi ada perkara yang berlaku dan isu yang timbul.

Dan perkara ini adalah sesuatu yang berat untuk aku tolerate. Keadaan mental aku memang memerlukan aku untuk ada personal dan privacy space.

Isunya adalah bakal suami aku ingin membawa adiknya untuk tinggal bersama dengan kami. Aku tidak senang dengan perkara ini.

Aku ada bertanya pada ustaz dan ustazah mengenai hal ini, dan kebanyakannya mengatakan tinggal bersama dengan ipar tidak digalakkan.

Aku fikir banyak aspek. Aku tidak setuju untuk bakal suami aku bawa adiknya tinggal bersama kami.

Dengan keadaan mental aku yang tidak berapa stabil, aku tidak mampu untuk tinggal dan hadap orang luar dalam waktu jangka masa yang lama. Apatah lagi untuk tinggal sekali.

Aku mahu bina hidup baru dengan bakal suami tanpa ada gangguan sesiapa pun. Aku takut hubungan aku dengan bakal adik ipar aku akan teruk jika tinggal bersama.

Segala privacy dan personal life antara kami aku tidak mahu orang lain tahu.

Aku juga mahu menjaga hubungan baik dengan keluarga mentua, adik ipar aku. Untuk mengelakkan perkara yang buruk berlaku dan aku kenal dengan keadaan diri aku. Aku tidak selesa dan aku tidak setuju sama sekali.

Aku buntu terlalu buntu, aku ada merasakan untuk batalkan saja perkahwinan kami kerana setelah banyak perbincangan pun akan berakhir dengan gaduh yang besar.

Benda yang aku terkilan adalah bagi aku bakal mentua aku langsung tidak ada common sense.

Mereka hanya fikir bahagian mereka, Mereka masih mahu anak lelakinya menjaga anak perempuannya walaupun bakal berkahwin dan akan ada kehidupan sendiri.

Dalam hal ini tidak ada satu pihak pun yang mahu beralah. Bakal suami aku buntu hati mana yang perlu dijaga. Adakah kami perlu putus dan batalkan hasrat untuk berumahtangga?

Persoalannya, salahkah aku ingin private dan personal space? Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri?

Bakal mentua aku keduanya masih ada dan sihat. Adiknya pun sudah besar umurnya sudah cecah 20an. Tetapi dia tidak mahu tinggal bersama ibubapanya di kampung.

Sekian, dari aku yang terlalu kusut dan buntu. Maaf jika jalan penceritaanku agak berterabur.

– Kamelia Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *