Penyanyi Irama Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, terima kasih kepada admin kalau confession ni disiarkan.

Aku ni sekadar nak bercerita tentang seorang kawan aku yang kerjayanya merupakan seorang penyanyi irama malaysia. Memandangkan sebagai penyanyi irama malaysia, dia tidaklah sefamaous artis2 lain yang kita kenal di Malaysia ni walaupun dia dah ada banyak pencapaian yang membanggakan.

Baru-baru ni dia ada juga memenangi sebuah pertandingan realiti di sebuah stesen televisyen yang terkenal. Aku ucapkan tahniah dan memang rezeki dia untuk mendirikan rumah tangga. Sepanjang program tersebut, memang nampak kesungguhan dia dalam memartabatkan irama malaysia yang makin dilupakan sekarang.

Tujuan aku menulis confession ni sebenarnya adalah untuk bertanya pendapat kepada semua. Apa pendapat korang dengan penyanyi irama Malaysia ni? Jujur aku sebenarnya berminat juga dengan muzik genre ni. Aku juga ingin lihat genre ni diangkat semula dan dikenali seperti zaman Noraniza Idris dan Datuk Siti Nurhaliza dulu.

Tapi dengan keadaan industri hiburan sekarang yang bagi aku sangatla tak mengikut syariat Islam. Aku bagi contoh dalam program realiti yang kawan aku berjaya menang baru2 ni, pakaian penyanyi perempuan kebanyakannya tidak sesuai. Lelaki dan perempuan bukan mahram dengan selambanya bersentuhan. Itu yang aku nampak pada peserta program, pada penontonya tak tahula nak cakap. Hmmm… Aku sedih dan terkejut juga tengok program tersebut. Oh. Aku ni bukanla seorang yang selalu tengok tv. Tapi demi menyokong kawan aku tu aku tengok jugakla program tu.

Dengan keadaan program itu begitu, aku terfikir di mana keberkatan dalam usaha dan kerjaya sebagai seorang penyanyi. Memang berhibur dan aku rasa tak salah dia menjadi seorang penyanyi, tetapi perlulah seiring dengan agama kita, Islam.

Setakat itu sahaja yang aku nak sampaikan. Terima kasih sekali lagi kalau confession ni disiarkan.

-Mika-

– Mika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit