Assalamualaikum dan hai. Terima kasih admin sebab sudi siarkan konfesyen aku. Maaf kalau cerita aku tak menarik. Ok aku nak cerita kan pengalaman aku masa sekolah menengah dulu dan yep aku budak asrama.
Tapi sebelum tu kan aku nak cerita dulu yg aku pernah baca satu artikel ni dalam surat khabar. Kisah dia macam ni, ada seorang wanita muslimah ni dia jalan kat lorong kecil dan gelap lalu dia ternampak seorang pemuda yg kalau tengok muka dia tu memang macam perogol bersirilah. Pemuda tu pulak memang asyik tenung dia je. So time tu dia yg ketakutan tu pun membaca lah ayat Kursi. Dia pon selamat pulang ke rumah. Keesokan harinya tu dia baca surat khabar dan dapat tahu pemuda tersebut dipenjarakan atas sebab merogol seorang wanita lain di lorong yg dia lalu semalam dan pada waktu selepas dia terserempak dengan laki tu. So dia pergilah penjara tanya kat pemuda tu kenapa tak rogol je dia masa diaorang terserempak semalam? Then pemuda tu cakap sebab dia nampak banyak pemuda yang berpakaian serba putih (malaikat) mengelilingi perempuan tu. Allahu.
Ok berbalik kepada pengalaman aku. Aku kan tinggal kat asrama so kalau balik memang naik bas lah. Jauh kot. Mak aku ni meniaga kedai makan biasa tutup dalam pukul 6 ptg gitu lah. Mula2 korang bayangkan dulu kedai mak aku ni macam kat r&r tu. Ada deretan kedai dan dikelilingi hutan pastu kena masuk simpang. Ok boleh imagine kan?
Masa tu dalam pukul 6 lebih dah so aku ingat nak turun bas kat kedai mak aku je sebab kalau turun kat lorong rumah aku kena jalan jauh lagi untuk sampai rumah. Sebenarnya aku dah nampak kedai mak aku dan kedai jiran2 dia tu dah tutup tapi yelah aku ni rabun. Aku ternampak macam ada motor mak aku parking kat depan kedai . Aku pun turunlah bas dengan hati yg gembira kan (dah lama tak balik huhu). Pastu makin dekat aku dengan kedai mak aku baru perasan tak dek pon motor tu, perasaan dis mcm ya Allah bodohnya aku tak dek pon lah motor mak aku. Maka tinggal lah aku sesekor kat situ. Nak tepon tapi masa tu aku budak baik lagi lah so tak bawak tepon ke asrama (form 2 tak silap pastu aku tak baik dah).
Nasib baik ada kerusi meja kedai mak aku tu. Aku pun lepak sambil berfikir bahawa mak aku akan ambik aku kat kedai sebab memang biasanya aku turun kat kedai. Emm hari pun makin gelap bunyi serangga kat hutan belakang tu pun dah makin kuat sampai kesudah mak aku tak datang. Aku ni pulak penakut dengan hantu (time tulah sekarang biasa2 je huhu). Aku nak teruskan perjalanan aku kang lagi seram pasal lepas masuk lorong rumah aku tu kena lalu depan kubur dengan nak kena hadap jalan raya lagi.
Then, aku pun decide nak jalan kaki je tapi sebelum tu aku baca ayat Kursi dulu diselangi dengan doa ‘aku merayu kat Allah biar org baik2 je tumpangkan aku janganlah ada orang jahat tumpangkan aku’ (lbih kurang gitulh). Banyak kali kot aku ulang doa dgn ayat Kursi tu sambil menangis pasal terbayang hantu dalam kepala otak ni ha sambil fikir apasal lah mak aku tak terpikir nak ambik aku kat sini. Lastly hari memang dah gelap dah pukul 7 lbih, aku pon gerak ke jalan raya memang tak toleh belakang langsung sebab dah seram sejuk plus bervariasi bunyi binatang dan serangga. Lampu jalan kat kedai mak tu pula rosak so memang gelap gila lah kena mengharapkan lampu jalan raya tu je.
Sesampainya aku kat jalan raya tu dengan muka yang tak tahu malunya aku pergi je tahan motor ke kereta ke yang lalu kat situ. Perghh sampai sekarang aku ingat malu dia. Nampak kot orang motor tu pandang pelik kat aku. Aku rasa dia takut tu hehe. Yelah dahlah baju kurung asrama aku warna merah tudung pulak labuh warna putih (aku smka dulu). Pastu bila tahan kereta semua buat tak tahu je. Memang sedih gila lah tapi aku husnuzon jap aku fikir takpelah tu semua orang jahat sebab tu dia tak tumpangkan aku lah.
Aku meneruskan perjalanan dengan kelajuan aku macam nak merentas desa pasal nak kejar maghrib tiba-tiba adalah kereta jenis apa entah yg pasti warna hitam berhenti dekat dengan aku. Driver tu tanya lah aku nak pergi mana so aku cakap lah nak balik rumah. Then dia suruh aku naik kat belakang tu, pasal ada wife dia lah kot kat seat sebelah tu. Aku apa lagi terus naik, bersyukur gila lah ada orang tumpangkan. Pastu dia tanya lah kenapa jalan kaki tu semua kan. Habis je aku explain tu dia tanya lagi, “adik ni tak takut ke kalau kami ni penjahat”. Aku speechless+pending jap. Aku diam jelah lama. Pastu dia cakap “kami ni sebenarnya polis”. Ya Allah memang orang yang tepat Allah hantarkan untuk tolong aku.
Akhir sekali, kepada pihak polis berkenaan jika terbaca dan masih ingat kisah ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan minta maaf sangat sangat mencuri masa kalian berdua (sebab kalau tak silap time tu rushing sebab ada kerja kan?) Dan saya harap terjawablah sudah pertanyaan encik dulu “tak takut ke kalau kami ni penjahat?”
Sekian.
– K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit