Penyelesaian Pada Zina

Baru ini banyak saya baca tentang kes terlanjur cinta. Saya ingin menyatakan pendapat saya berkenaan hal ini.

Apa perlu buat jika sudah berzina? Jawapan utama semestinya berhenti dan bertaubat. Jika bertaubat dengan ikhlas, pasti datangnya penyesalan.

Dengan rasa bersalah itu lah yang akan mendorong kamu membetulkan keadaan kembali dan bukannya melarikan diri.

Zina ini besar dosanya, dan lebih menakutkan kerana ini juga dosa antara manusia. Silap langkah cara menamatkan hubungan, boleh memusnahkan kehidupan.

Dua-dua pihak salah kerana berzina dan ingin menamatkan hubungan.

Dosa besar pastilah memerlukan cara penyelesaian yang amat sukar dan menjejaskan diri sendiri. Ikut Islam pun patut dah kena sebat. Cara terbaik adalah pelawa perkahwinan selepas taubat.

Perempuan pun sebolehnya mahukan suami yang beriman dan bukannya orang yang telah berzina. Apa yang saya sedar, kebanyakan lelaki yang suka lepas tangan dengan mudah dari selesaikan masalah bila dah rasa beban.

Tidak salah jika kamu mahu meninggalkan perempuan itu, tapi tolong pastikan pengakhiran adalah dengan cara yang baik.

Ini jawapan saya dapat dari yang lebih alim. Darjat perempuan amat tinggi dalam Islam dan memang tanggungjawab lelaki untuk bimbing perempuan.

JANGAN SESEKALI KAMU TINGGALKAN PEREMPUAN ITU DISAAT DIA SEDANG MARAH DAN MERAYU MEMPERSOALKAN HARGA DIRINYA.

Ini serius ya! Memang tak wajib kahwin, tapi haram juga untuk putuskan hubungan dalam keadaan bermusuh.

Jika memang tiada jodoh, setidaknya tunjukkan kepada mereka yang mereka masih berharga, masih diterima dan masih dihormati. Lainlah jika perempuan itu pun jenis suka main lelaki sana-sini.

Perempuan akan lebih sukar melepaskan kerana maruahnya terletak pada kamu dan secara biologinya, hormon yang membuat dia terikat kepada kamu telah dikeluarkan bila menjalinkan hubungan batin.

Ini yang ramai gagal faham apabila perempuan itu makin lama jadi makin tak betul, angau cinta dan memaksa. Alasan rela sama rela untuk melepaskan diri bukanlah penyelesaiannya, malah cuma menyatakan puncanya.

Penyelesaiannya bagi saya adalah 1.bertaubat kemudian berkahwin atau 2. Bertaubat dan meninggalkannya SELEPAS saling membimbing dan kedua pihak redha melupakan masa silam.

Jangan cepat baran kalau perempuan sukar memaafkan, sebab kena faham hidup dia musnah selamanya. Bukan setahun dua tau! SELAMANYA.

Tiada istilah taubat dan tinggal. Jika taubat semudah itu, habis semua perempuan dimainkan, dan kemudiannya lelaki selamatkan diri dengan taubat.

Biar takut sekarang nak betulkan keadaan, daripada menyesal nanti bila kifarah berulang.

Kamu berdua berzina dan tanggungjawab berdua untuk betulkan keadaan dengan cara baik.

Lelaki janganlah lepas diri hanya sebab kesan buruknya bukan pada kamu. Kamu itu pemimpin. Setakut-takut kamu nak larikan diri, takut lagi perempuan itu nak hadap hidup dia kelak.

Be fair.

Kalau ikutkan cerita Islam pun, memang banyak balasan lebih kepada lelaki. Mungkin sebab suka lari dari menyelesaikan masalah bersama.

Ingatlah, ada abang/kakak yang marah kerana adiknya dirosakkan.

Ada suami yang kecewa mengetahui isteri ternyata sudah tiada dara kerana pernah berzina. Ada seorang ayah yang hatinya hancur kerana puterinya diambil dara dengan cara yang salah.

Dosa ini berantai dan nak tak nak, memang Islam ada cakap zina itu hutang dan jika engkau berani berhutang, tebusannya ada pada anggota keluargamu, ketahuilah hal ini.

Ianya dosa berantai dan mungkin telah pun terjadi kepada ahli keluarga kamu tetapi, antara kamu mengetahui atau tidak sahaja.

Kata akhir, kahwinilah dia atau setidaknya, bermatian minta maaf, pujuk dan bimbing dia sehingga dia boleh melangkah kehadapan dengan hati yang tenang.

Harga diri itu besar nilainya, janganlah buang mereka seperti barang kotor selepas tersilap langkah.

Bagi saya, taubat dan lari hanya boleh jika perempuan itu masih memaksa melakukan perkara haram sampai kamu sendiri dianiaya.

Apa saya nampak, kebanyakan perempuan berzina ini kepercayaan dan sayang mereka luar biasa menyebabkan mereka tidak boleh berfikir lurus dan mudah dengar kata lelaki tersebut.

Gunakanlah peluang itu untuk membimbing dan bukannya mengambil kesempatan.

Cara penyelesaiannya yang benar adalah dengan melakukan perkara yang paling kamu rasa beban/takut untuk melakukan, dan bukannya cara bijak yang beri paling kurang kesan negatif hanya kepada diri kamu. Ini hanyalah pendapat saya.

– Kawan orang Alim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *