Penyesalan

Ai dan Nizam terjumpa semula selepas hampir 6 tahun. Ai berpindah masa Ai darjah 5 dan sejak tu la Ai dan Nizam tak pernah berjumpa atau berhubung lagi. Pertemuan semula kami bermula masa Ai buat kerja part-time masa cuti sekolah di sebuah kedai makan dan kebetulan gerai burger Nizam berhadapan dengan kedai makan yang Ai kerja tu.Ai memang seronok sangat dapat jumpa Nizam balik. Kami memang rapat masa sekolah dulu cuma bila dah lama tak jumpa, keadaan agak janggal.

Nizam yang mula tegur Ai dulu dan kami mula bertukar nombor telefon. Kadang-kadang masa rehat Ai, Nizam akan buatkan Ai burger, temankan Ai makan. Macam tu la rutin kami sampai la sesi persekolahan kami bermula. Ai hanya sekolah biasa manakala Nizam sekolah berasrama penuh dan keadaan tu la yang membuatkan kami jarang berjumpa. Kadang-kadang Nizam akan telefon atau mesej bertanya khabar dan perihal sekolah. Oleh kerana tahun tu kami berdua akan menghadapi SPM, kami berdua makin sibuk.

Pernah sekali Nizam balik masa cuti sekolah dan ajak berjumpa, tetapi keadaan tak mengizinkan sebab Ai terpaksa balik kampung sepanjang cuti tu TAPI kami masih tetap berhubung melalui telefon.Nizam budak pandai, dia banyak berkongsi ilmu dan tips SPM dengan Ai. Dia terlalu baik sampaikan dia sanggup kirim nota-nota penting SPM melalui pos untuk Ai.

Sokongan dan perhatian Nizam berterusan sampai la kami habis SPM. Dia selalu yakinkan Ai yang Ai mampu untuk mendapat keputusan yang baik. Lepas habis SPM, Ai terus cari kerja part-time dan Nizam pula terus menjalankan perniagaan burger dia sementara masing-masing menunggu keputusan SPM. Masa hari pertama Ai nak mulakan kerja, Nizam menawarkan diri untuk menghantar Ai tetapi Ai menolak atas alasan abah Ai yang akan hantar dan ambil Ai. Untuk mengelak daripada rasa serba salah,Ai minta Nizam temankan Ai makan masa rehat waktu hari pertama tu. Nizam setuju untuk temankan Ai.Ai pernah janji dengan Nizam, dapat ja gaji pertama nanti, Ai akan belanja dia makan sedap-sedap!

Dalam kesibukkan dan keletihan bekerja, Ai tetap tunaikan janji Ai untuk belanja Nizam makan. Masa tu Ai nampak betapa seronoknya Nizam dapat jumpa Ai. Macam-macam kitorang sembang, banyak benda yang Nizam bercerita, apa yang dia plan lepas dapat keputusan nanti. Kami masing-masing tak sabar nak tunggu keputusan keluar.

Rutin hidup Ai berjalan seperti biasa, bekerja sebagai promoter kat shopping mall memang letih. Selalu kerja full day, belum kira kalau ada stock masuk, lagi la Ai kena stay lama kat tempat kerja. Keadaan masa tu membuatkan Ai selalu abaikan mesej dan panggilan telefon daripada Nizam. Kadang-kadang Ai hanya mampu balas sepatah-sepatah ja mesej dari Nizam.Selalu Ai akan kata Ai akan telefon balik lepas habis waktu kerja tapi macam tu la, kalau balik Ai terus tertidur.

Nizam juga berkali-kali ajak Ai jumpa,keluar makan sama-sama tapi macam-macam alasan Ai bagi.Bukan Ai taknak cuma masa tu Ai rasa Ai terlalu sibuk, letih,malas nak keluar.Entah la.. Nizam memang selalu mesej Ai, ingatkan Ai tentang makan,tentang solat, ingatkan Ai untuk buat permohonan sambung belajar, buat itu buat ini sampaikan Ai tak sedar benda yang ‘selalu’ Nizam buat tu dah menjadi kadang-kadang,jarang-jarang dan akhirnya kami terus tak berhubung sampai la satu hari tu…

Ai terselisih dengan seorang kawan lama Ai (kawan sekolah rendah juga), tu pun dalam tandas dekat mall tempat Ai bekerja. Masa tu lagi dua tiga hari keputusan SPM nak keluar. Ai dengan kawan Ai pun bersembang sekejap tentang SPM dan kawan Ai bagitahu yang seorang kawan kami baru saja meninggal seminggu lepas, terkilan katanya sebab arwah tak sempat nak ambil keputusan SPM nanti.Badan Ai menggigil dan Ai terus menangis bila kawan Ai bagitahu yang orang tu adalah NIZAM! Dia meninggal sebab kemalangan motor.

Ai tak percaya, Ai terus telefon Nizam tapi semua panggilan tak berjawab. Ai mesej dia berharap yang dia akan balas, Ai berharap yang semua tu mimpi, Ai berharap yang kawan Ai tu bergurau…TAPI hakikatnya Nizam memang dah takda, Nizam memang betul-betul dah tinggalkan Ai.Ai yakin bila Ai jumpa sendiri kawan baik Nizam, Ai sendiri dah tengok kubur arwah Nizam. Ai terkilan sebab tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir, Ai menyesal sebab abaikan mesej dan panggilan Nizam sebelum nie. Ai menyesal sangat-sangat.

Ai tak sangka pertemuan terakhir kami masa Ai belanja Nizam makan. Ai masih terbayang-bayang lagi muka Nizam masa tu, kegembiraaan dia.. Kalau la Nizam masih ada, pasti dia bangga dengan keputusan SPM dia, pasti dia gembira dengan keputusan SPM Ai..

* Nizam, awak sahabat yang sangat baik. Dah 8 tahun awak pergi tinggalkan semuanya di dunia nie dan sampai sekarang penyesalan tu masih bertakhta dalam diri saya. Rindu nie sangat menyakitkan.Saya sentiasa doakan awak, semoga awak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah ZULHANIZAM.

– MISS AI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit