Penyesalan Atas Doa Yang Dimakbulkan

Assalamualaikum sahabat² syurga yang di kasihi sekalian. Thanks admin sudi siarkan kisah aku.

Nama aku Jay (of course bukan nama sebenar). Dekat sini aku nak kongsi kisah berkenaan dengan penyesalan terhadap doa aku yang dimakbulkan.

Aku tak pernah ceritakan pasal doa ni dekat siapa² tetapi aku rasa menyesal dan bersalah atas doa yang pernah aku buat. Di sini saja ruang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa tanpa orang kenal siapa aku.

Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan aku dan isteri aku. First of all, setiap rumah tangga pasti ada pasang surut kehidupan dan ujian hidup begitu juga dengan aku.

Mula² kahwin aku di uji dengan isteri yang selalu derhaka pada suami, tinggikan suara, suka maki hamun semua tu. Kalau bergaduh je mesti dia naik tangan dan ambil pisau kat dapur acah² macam nak bunuh aku dan diri dia.

Almost 5 tahun juga la dia macam tu. Masa tu hidup memang jauh dari agama. Lepastu aku mula muhasabah diri fikir kenapa dia berperangai macam tu. Then dari situ aku perbaiki diri, betulkan solat, belajar agama, pergi masjid, selalu berjemaah bersama isteri.

Then nampak la sikit perubahan dalam rumah tangga tu. Takde naik tangan semua tu dah. Sebagai isteri dia ok je tak berkira pasal gaji dia, selalu support kewangan aku.

Yang aku tak berkenan pasal mulut dia je. Yang ni memang dia susah nak ubah even aku selalu tegur. Kalau gaduh dia suka menyakiti hati aku dengan lidahnya. Anak² pun selalu di tengkingnya sampai anak² pun tak berapa rapat dengan dia.

That not the main point yang aku nak cerita. Point utama yang aku nak ceritakan pada satu hari tu kami bergaduh besar. Dan pada malam itu iaitu malam nisfu syabaan, aku doakan keburukan pada isteri aku.

Pada malam Allah kabulkan semua doa hambanya, aku bangun malam tu tahajud lepas tu aku berdoa ” Ya Allah, jika isteri ku berterusan menyakiti hati aku, Kau ambil la nyawa nye Ya Allah”.

Selepas 5 hari daripada doa tu dia mula sakit. Even sebelum ni dia memang sihat walafiat. Sebelum ni dia jarang la sakit. Sakit biasa² macam demam batuk tu je. Tu pun jarang² je la.

Bila sakit almost 2 minggu tu doctor diagnose dia menghidap kanser. Then dia kena refer ke hospital untuk buat chemo. Masa buat rawatan chemo tu tiap² malam dia mengadu dekat aku cakap sakitnya buat chemo.

Kerasnya hati aku ni masa dia sakit dan menjalani rawatan chemo, aku langsung tak pernah mendoakan untuk kesembuhan dia. Even anak beranak lain semua buat solat hajat untuk kesembuhan dia.

Sampai lah satu masa ni dia kritikal dan di tidurkan. Bila melawat dia aku nampak dia dalam keadaan sakit yang amat sakit. Nampak dia struggle melawan penyakitnya.

Malam tu masa solat aku menangis aku minta ampun pada Allah dan minta Allah ampunkan segala dosa² dia dan beri kesembuhan pada dia.

Selang dua hari lepas tu doctor call aku dan bagitahu dia nazak. Saat² terakhir kematian dia aku di sisi dia sempat bisikkan syahadah di telinga dia dan aku juga bisikkan yang aku dah ampunkan segala dosa² dia kat aku.

Lepastu dia pun pergi dengan tenang meninggalkan aku selama²nya. Dan dia meninggal dengan dapat redha dari aku. Alhamdullilah aku juga yang uruskan semua urusan pengebumian dia sampai ke liang lahad.

Bila dia dah tiada ni aku rasa sunyi yang amat² sunyi. Rumah ni terasa kosong bila dia dah tiada. Walaupan lidah dia macam tu tapi ada juga sisi baik dia sebagai isteri. Tiada lagi gelak ketawa dia, tiada lagi nak dengar dia membebel.

Sebelum dia di tidurkan tu, dia ada chat aku dan cakap nak pergi umrah. Dia nak aku bawa dia pergi umrah bila dia sihat nanti.

Bila teringat dia, air mata ni laju je mengalir menyesal sebab pernah mendoakan keburukan dia dan tak sempat tunaikan permintaan dia.

Mungkin ini memang ajal dia tapi sampai sekarang aku masih teringat akan doa yang pernah aku lafazkan. Doa ni masih menghantui aku sampai sekarang. Walau macam mana pun aku kena belajar untuk redha dan terima takdir yang Allah dah tentukan.

Cuma satu je aku nak pesan, seburuk² mana pun pasangan kita masih ada lagi sisi baik pasangan kita yang kita tak nampak dan tak pernah nak hargai.

Jangan pernah nak mendoakan keburukan pasangan kita sebaliknya berdoa lah supaya Allah buka pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan.

Mungkin kita tak pernah tahu yang doa kita ni mungkin Allah angkat dan tunaikan. Bila dia dah tiada, menangis macam mana pun dia tetap tak akan kembali dah.

Kerinduan yang paling pedih adalah rindu pada orang yang dah meninggal. Mohon semua doakan aku kuat untuk jaga amanah anak² yang ditinggalkan. Pergi nya dia di bulan Ramadan, di 10 malam terakhir ramadan asbab sakit. Tinggi darjatnya di sisi Allah.

Moga kita semua mati dalam khusnul khatimah dan aku sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di syurga Allah nanti kerana sesungguhnya aku sayang sangat² arwah isteri aku. Al fatihah untuk arwah isteriku “A”.

Terima kasih..

– Jay (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Ada Ustaz popular dari utara nasihatkan, berhati-hati dalam berdoa…
    semoga kisah ini jadi pengajaran yang berguna kepada semua pembaca platfom ini.

  2. Kena berhati-hati berdoa sebab kita tak tahu bila Allah makbulkan doa kita. Mana tahu masa kita doa tu malaikat pun terus aminkan doa kita. Kena beristighfar terus kalau terdoa perkara-perkara yang buruk. Ustaz di Indonesia ada ajar lebih kurang begini doanya.

    ‘Ya Allah. Aku memohon ampun kepada-Mu keatas semua doa-doa buruk yang pernah aku ucapkan keatas diriku, keluargaku, hartaku, dan muslimin-muslimat.” Contohnya.

  3. Sya juga pernah terfikir tentang ‘doa’ yg termakbul ini, bila sesuatu terjadi kpd org yg pernah mnyakiti atau menganiaya kita.. walau pon kdg2 kita hanya berdoa secara umum, spt mohon Allah tunjukkan sesuatu, supaya org itu sedar & insaf.., tidak spesifik, tetapi ada sesuatu yg berlaku, hatta sehingga membawa kpd kematian.. sya tidak mendakwa ianya berlaku kerana doa2 yg mngkin dilafazkn dlm keadaan emosi x stabil, tp sya mnganggap semua yg berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya jua.. bgi saudara Jay, janganlah bersedih, krn arwah isteri tuan telah dikurniakn kematian dlm bulan yg mulia, dan dlm 10 hari terakhir Ramadhan, seorang ulamak pernah berkata, klau lah kematisn dlm bln ramadan itu boleh ‘dibeli’, maka mngkin ramai org2 kaya atau ulamak yg ingin membelinya, mnunjukkan betapa org berebut2 utk dpt kematian yg baik (husnul khotimah), tp semuanya dgn izin Allah SWT juga.. dan seperkara lg, tuan dah maafkn semua kesalahan beliau, dan mngkin juga beliau sempat ‘bertaubat’ kpd Allah sebelom beliau mninggal dunia.. apa2pon, berusaha lah utk berdoa yg baik2 shj, krn klau doa itu tidak pergi kpdorg yg didoakn, ia akn ‘berpatah balik’ kpd kita semula.. wallahu a’lam..

  4. xtau nk ckp apa, sebab wow sgt.. yelah, nk salah jay, bini dia pun mengundang.. tp kita xde kt dlm kasut org.. sekurang kurangnya jay ni dh jln kan tanggungjawab dia.. Allah tahu setiap perbuatan masing masing..

  5. Kadang ada sebab kenapa isteri tu macam tu. Mungkin dia stress dgn sikap pasangan atau anak2. Dlm ni pun TT tak cerita detail. Tapi kalau tengok keadaan kematian dia dlm keadaan sakit.. Allah mungkin dah angkat dosa2 asbab sakit tu.. dan Allah hadiahkan dia jumpa dia pd 10 malam akhir bulan ramadhan. Urusan dia dah selesai dengan baik insyaallah.. Sekarang urusan tt pula bagaiman??
    Apapun aku doakan Allah mudahkan urusan kau juga ya tt

  6. sedih baca ni. saya sampai sekarang tak pernah henti doa agar bekas suami pulang ke pangkal jalan. cuma saya tak tahu sama ada doa telah dimakbulkan atau tidak sebab langsung tiada berita mengenainya

  7. Takpelah bang benda dah jd… Ambik la kejadian sebagai ikhtibar… Terima kasih jugak sbb berkongsi çerita ni… Boleh pembaca2 yg lain ambk ikhtibar jugak…

  8. Lpsni ko jgn pulak cari isteri lain, sbb ko xlayak, xde sifat pemimpin, hrp ko xhingin jumpa ko balik after dh setel hisab mesti dia tahu si hanat ni doakn cmni kt ak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *