Assalammualaikum para pembaca..
Dalam aku tengah mencari kekuatan hidup, aku terbaca sebuah confession mengenai penyesalan seorang suami atas doa nya yang dimakbulkan (https://iiumc.com/penyesalan-atas-doa-yang-dimakbulkan/). Jay menyesal kerana telah berdoa untuk Allah menarik nyawa isterinya.
Kisah lebih kurang sama. Tentang penyesalan atas doa yang dimakbulkan. Aku Madam T. Aku dengan suami tiada sebarang masalah. Kami baik-baik sahaja. Bergaduh sesekali itu lumrah lah suami isteri. Aku gelarkan suami sebagai B.
Kami dah berkahwin hampir 15 tahun, dikurniakan anak 3 orang. Alhamdulillah. Dalam keluarga, akulah bread winner. Gaji aku 5 kali ganda dari B. Kami ada dua biji kereta jenama Malaysia. Satu kereta untuk kerja, dan satu kereta family.
Kami juga memiliki sebuah rumah 2 tingkat di satu bandar elit. Harga rumah jenis ini di kawasan kampung, boleh dapat dalam RM400k. Tapi harganya menjadi berganda bila ianya bergeografi kan kawasan elit.
Kenapa kami duduk di area elit ini, kerana rumah ini berdekatan dengan tempat kerja kami berdua dan kawasan perumahan yang agak strategik.
Sebagai bread winner dalam family, hampir 90% perbelanjaan dalam rumah termasuk sekolah anak-anak, segala bil, insurans aku yang tanggung. B kata hanya mampu bagi nafkah pada aku setiap bulan sebanyak RM1000. Alhamdulillah tak pernah culas setiap bulan jumlah itu aku terima.
Walaupun jumlah itu tak mampu nak tampung banyak kos perbelanjaan hidup, tapi jujurnya aku redha dan ikhlas. Sebab sepanjang 15 tahun aku berkahwin, sekali pun aku tak pernah buat kerja rumah. B yang uruskan segala urusan rumah tangga.
Sampai tahap aku tak pandai guna mesin basuh sebab memang tak pernah basuh baju. Tugas aku di rumah cuma memasak, sebab B memang tiada bakat masak, dan atur jadual belajar anak-anak sahaja.
Urusan yang lain, B yang uruskan. Sampai tahap aku dah lupa macam mana nak uruskan rumah tangga sebab memang B yang uruskan semuanya.
Awal perkahwinan dulu, memang aku ada buat kerja-kerja rumah lazimnya seorang isteri. Tapi, melihat aku yang banyak berbelanja untuk keperluan keluarga dan bercuti,
B melarang aku membuat kerja rumah kecuali masak dan urusan belajar anak-anak. Katanya, biarlah dia yang buat semua tu, sebab aku dah ambil tanggungjawab utama dia sebagai suami.
Setiap malam B akan tidur lewat kerana mengemas rumah dan menyiapkan keperluan kami bekerja dan anak-anak ke sekolah keesokan hari nya. Begitulah rutin kami setiap hari. Hari minggu, bawa anak berjalan. Sesekali bawa anak-anak bercuti.
Alhamdulillah, untuk 15 tahun hidup bersama yang ku rasakan cukup bahagia. Ada suami yang cukup rajin dan menyenangkan hati.
Walaupun begitu, tipulah aku tidak terbeban dengan tanggungan kewangan. Hidup di bandar besar dengan serba-serbi nya mahal membuat aku kadang-kadang kalah dengan emosi sendiri.
Aku tiada hutang pelik-pelik, cuma hutang dua biji kereta dan sebuah rumah sahaja. Tapi anggaran jumlah hutang aku ni hampir RM1 juta juga bila digabungkan kesemuanya.
Mula-mula dulu, kami hanya ada satu kereta sahaja, tapi dengan faktor kerja aku yang banyak ke luar kawasan, susah bagi B untuk menguruskan 3 orang anak-anak dengan hanya bermotor. So kami decided untuk tambah sebuah kereta lagi. Dan tanggungan semua hutang atas nama aku.
Agak terbeban menanggung hutang, sampailah satu tahap, dalam setiap solat aku berdoa minta Allah bagi aku RM1 juta ringgit. Bukan untuk bermewah-mewah, tapi hanya untuk menyelesaikan hutang-hutang sahaja
Itulah doa yang aku tak pernah lupa untuk baca setiap kali selepas solat, masa tengah drive, masa tengah bersendiri. Tak lekang doa tu.
Dan akhirnya, doa aku dimakbulkan. Tapi dengan cara yang aku sangat tak sangka dan tidak inginkan. Ye aku dapat RM1 juta tu. Duit dari hibah dan insurans kematian B akibat kemalangan jalan raya pada Disember 2023. Betul, saat aku menulis confession ini, semua hutang-hutang sudah terlangsai.
Seperti yang aku niatkan, sekiranya aku dapat RM1 juta itu, perkara pertama adalah melangsaikan hutang-hutang yang ada. Itulah doa yang selalu menjadi zikir harian aku.
Tapi, asbab doa itu, aku kehilangan seorang suami yang sangat baik, dan anak-anak kehilangan ayah yang sangat penyayang.
Sesungguhnya, sekiranya aku tahu, B akan menjadi ganti kepada nilai RM1 juta itu, aku tidak akan berdoa macam itu. Aku rela terbeban bayar hutang macam biasa. Aku menyesal dengan doa aku sendiri. Pedih hati tengok muka anak-anak yang rindukan ayahnya.
Aku sendiri, hidup tunggang langgang nak uruskan rumah tangga yang aku tak pernah buat sepanjang 15 tahun yang lepas. Sehingga nak kemas rumah pun kena tengok tutorial. Anak-anak nak pergi sekolah ada je barang yang tak lengkap. Useless nya hidup aku ni. Teruknya aku sebagai seorang mak.
Tapi aku tetap bersyukur, anak pertama aku, sangat matang sebiji ayahnya walaupun baru 13 tahun. Dialah yang banyak bantu aku uruskan rumah tangga dan jaga adik-adik nya. Dia yang ajar aku macam mana guna mesin basuh. Teruk sangat aku ni.
Dalam bersendirian, terkadang aku terfikir, salah ke doa aku tu? Salah ke aku minta macam tu? Aku tak pernah minta digantikan nilai duit dengan nyawa B. Aku cuma minta untuk tujuan melangsaikan hutang-hutang aku. Aku cuma nak hidup tanpa hutang.
Aku ke punca kematian suami aku? Dan bertambah pedih, dalam aku mencari saki baki kekuatan untuk hidup dan membesarkan anak-anak sendiri, aku terpukul dengan satu perkara yang berlaku.
Ada satu malam, dalam pukul 3 pagi, aku terjaga untuk membuang air. Tiba-tiba aku terdengar suara menangis dari dalam bilik anak sulung aku.
Bila aku masuk, ye anak sulung aku tengah menangis sambil peluk gambar ayah nya. Dia cakap, mama, abang rindu ayah. Luruh jantung aku. Aku ke punca anak-anak aku pegang title anak yatim seawal usia. Maafkan mama, abang. Maafkan mama.
Aku tak tahu pengajaran yang macam mana aku cuba sampaikan dalam kisah hidup aku ni. Cuma, satu perkara yang pasti, aku menyesal berdoa macam tu. Dah 10 bulan B pergi, cuti tanpa gaji aku pun dah nak habis. Semoga aku mampu redha dengan ujian ini.
Januari 2025 aku akan mula bekerja semula selepas setahun cuti tanpa gaji. Semoga aku kuat untuk cari rezeki dan tebus dosa aku pada anak-anak. Maafkan mama. Jika mampu diundur masa, mama takkan berdoa macam tu. Mama pilih ayah.
Ya Allah, aku dan anak-anak sebagai saksi, bahawa suami ku adalah seorang suami dan ayah yang sangat baik sepanjang hidupnya. Tidak pernah culas tanggungjawab. Tidak pernah mengasari kami. Selalu berusaha menjaga kami dengan baik.
Maka dengan itu, kau kurniakan suami ku syurga tanpa hisab. Dan satukan lah semula kami di sana nanti.
Maafkan aku atas keterlanjuran perbuatan ku Ya Allah. Jika jalan ini yang terbaik untuk kami, kau terapkan hati-hati kami dengan keyakinan untuk menerima ujian ini seikhlas hati. Aamiin.
Yang banyak dosa,
– Madam T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terus kuat ye puan.. pasti ada hikmah di sebalik semuanya
Allah…terkedu tergamam bila baca kisah Madam T..Terus kuat demi anak2 Madam T.Mereka masih perlukan kasih sayang Madam T.Banyak lagi masa untuk anak2 membesar.Untuk arwah suami semoga syurga untuknya dan kalian disatukan kembali di sana.Amin
Вот это да!
Мувинг – популярная сервис в америке, то используют процессе переезда, https://www.proaptivity.com/managing-sales-performance/ но ведь в корне разные понятия с грузоперевозками.
Должен Вам сказать Вы заблуждаетесь.
также – для участников имеется шанс претендовать на 100 фриспинов в http://www.stoneshoals.com/third-annual-bbq/ подарок. 3?? какие свежие онлайн казино работают в украине?
Замечательно, весьма забавная информация
if necessary, roll firewood indoors, but keep in plain sight, when you do not intend go home on foot holding an electric http://ref.gamer.com.tw/redir.php?url=https://www.cherryw.com/electric-scooters-for-kids/ helmet in his hand.
Вы ошибаетесь. Давайте обсудим. Пишите мне в PM, поговорим.
The bill was taken by a majority vote of the https://abrek.org/user/i4drptg553 29:5. Players quite often have the opportunity to replenish the balance in gambling games with bank or debit cards and cash out winnings without registration to card; most American
Жаль, что сейчас не могу высказаться – тороплюсь на работу. Но вернусь – обязательно напишу что я думаю.
Благодаря долгим стоянкам лайнера в портах, участники морского вояжа могут удовлетвориться атмосферой Турции, прочувствовать ее колорит, оценить гостеприимство, Лайнер по морю круиз самобытность.
Полностью разделяю Ваше мнение. Это отличная идея. Готов Вас поддержать.
что касается получения средств, http://tubeart.org/memo/40 по обыкновению устанавливают минимальный порог для транзакции, чтобы начать делать обработку платежей более эффективной. Живое казино с живыми дилерами дарит ощущение присутствия в оплаченном игровой площадке, где доступно почувствовать ажиотаж, и волнение.
Thanks for the sharing,
A reminder for me as a wife,
Didoakan Puan terus kuat mengharungi hidup ini,
Semoga Puan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.