Aku nak share cerita ni. Kisah benar jadi kat abang aku sendiri.
Cerita dia macam ni, abang dah kahwin almost 8 tahun. Ada anak sorang, anak lelaki umur 7 tahun waktu kejadian.
Kisahnya abang aku curang dengan wife dia, aku tau sebab wife dia pernah cerita kat aku dan tunjuk bukti sekali. Abang aku memadu kasih dengan kawan sekolah.
Tapi setakat itu ajelah cerita kakak ipar. Lepas tu dia takde share apa dengan aku dah. Dan aku beranggapan kes dah selesai.
Aku memang rapat dengan kakak, sebab masa study dia banyak bantu aku dari segi kewangan. Baik sangat.
Kalau tengok hubungan dia orang ni takde masalah. Tapi sebenarnya sejak abang ada marka baru rupanya diaorang dah tak tidur sebilik.
Tak, bukan kakak ipar aku yang cerita, abang kantoi sendiri. Macam mana boleh kantoi? Dia mengaku sendiri….
Kisah tragis…..
Kak Ipar aku demam 5 hari tapi tak dapat rawatan yang sepatutnya, dia meninggal dunia. Al-fatihah.
Sebenarnya kalau dia dapatkan rawatan awal insha Allah boleh diselamatkan. Ini organ dalaman dah tak berfungsi kerana jangkitan kuman.
Salah siapa? Salah suami dia iaitu abang aku.
Dia dah abaikan tanggungjawab dia sebagai suami, dia tidur bilik asing dan tak bercakap langsung dengan arwah ni dah lebih 6 bulan.
Dia sendiri mengaku yang dia salah, dia ignored je wife dia sendiri sebab depa ada berkelahi lepas abang kantoi, abang silent treatment tak mau kalah.
Dia tak tau pun wife yang serumah dengan dia terlantar demam. Aku macam, what????
Aku tengok status whatsapp kak ipar dia demam pi klinik sendiri. Masa ni dia demam hari kedua. Aku pi ziarah kat rumah.
Masa ni dia boleh cakap lagi, nampak macam biasa. Aku offer ngasuh anak dia, nak kasi dia healing berehat. Lagipun anak dia sekolah kat tempat aku mengajar.
Tapi nampak dia kurang selera makan. Aku hantar makan pagi, lunch, balik kerja pun aku tapaukan makan. Tapi makanan tu dia makan dua tiga suap ja.
Sampai hari ketiga, dia kurang respond, aku tak fikir panjang bawa terus ke hospital. Aku bising kat abang aku, wife sakit buat tak tau.
Memang aku bengang bila abang kata, ala demam biasa je nanti eloklah kata dia. Tapi ……
Masa kat kecemasan, kadar SPO kakak ipar dah turun ke 78. Masa ni dia dah tak bercakap dah nampak dia lemah sangat. Muka pucat sangat.
Masuk ICU, hari ke 5 dia demam, organ dalaman gagal berfungsi, jangkitan kuman.
Aku adalah orang yang menggenggam tangan arwah masa dia pergi. Doc tak dapat call abang, nombor aku dalam list waris pesakit.
Trauma tau, bila kenang balik moment tu… Allah jer yang tahu.
Masa aku call abang aku bagitahu wife dia dah takde, dia tak percaya. Masa di hospital pun takde abang datang ziarah masa kakak masih bernyawa.
Masa nak tuntut jenazah baru dia sedar, tapi semua dah terlambat.
Ko nak menyesal pun dah takde guna dah bang. Ko repeat ajelaaa sesalan ko tu banyak kali pun takkan hidup balik kakak tu.
Aku memang benci abang aku. Macam orang sasau pun ye gak aku tengok. Orang tu dah takde baru ko terhegeh-hegeh ziarah kubur dia.
Sebab sikap sambil lewa kau, anak kau takde mak tempat bergantung. Orang tu dah takde semua benda plak ko nak menyesal, kalau aku itu, kalau aku ini.
Bila dia meluahkan tu aku rasa nak bagi penampar je kat muka dia.
Baru kau tahu, takde dah orang nak gosokkan baju kerja kau, takde orang dah nak uruskan makan pakai kau selama ni ko tak hargai.
Selalu balik lambat tak teman anak isteri kat rumah. Wife masak ko tak jamah masakan dia. Ko banyak habiskan masa dengan cikaro kau!!!
Aku kesal betul dengan sikap kau. Mak ayah mentua dia memang tak dapat terima dengan apa yang jadi. Dan mereka fight hak penjagaan cucu tu.
Aku pun malu nak hadap sebab mereka dari keluarga yang baik-baik.
Aku just nak pesan kat korang laki bini kalau bertikam lidah janganlah abaikan pasangan korang. Tak kira la suami ke, isteri ke. Ajal maut ni kita tak tahu bila Allah ambil salah sorang.
Hidup terlalu singkat untuk kau bermasam muka dengan pasangan kau sendiri.
Kalau dah benci sangat, dah menyampah sangat lepas cara baik dan harmoni. Jangan kerana ego kau, ko aniaya orang lain sebab dia pun berhak untuk merasa bahagia.
Perubahan abang aku dia jadi lebih pendiam, sugul dan lebih dekatkan diri kepada Allah.
Nasi dah jadi bubur. Baru kau tahu hilangnya permata yang takde ganti. Takde dah orang yang kau nak ucap i love u, i miss u.
Dan pengajaran untuk aku sendiri, aku lebih menghargai pasangan aku dan orang yang aku sayang keliling aku.
– Adik Abang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit