Hai semua. Few weeks ago dapat info dari kampung halaman yang atuk aku tak sihat. Demam batuk sesak nafas sampai kene amek neb.
Nampak macam biasa2 je kan. Tapi he is lmost 90 years old kalau tak silap and the only datuk i have. Plus dah hampir setahun tak jumpa sebab pandemik ni tak boleh nak rentas negeri.
Alhamdulilllah so far he is getting better. Makcik and cousin yang jaga die keep update die makin selera makan. Terima kasih korang. Jagakan atuk untuk kami yang jauh. Moga dimurahkan rezeki korang semua.
Actually atuk sakit ni buat aku teringat one of my beloved,my late mom, my atuk’s daughter. Yes, she passed away 12 years ago, kidneys failure (stage 5).
Aku ralat sangat sebab she admitted to hospital dah lambat. Die dah tak larat jalan, hidung die dah bleeding, kaki die dah bengkak.
Masa doktor inform diagnose penyakit mak aku tu masa tu mak menangis, kami menangis, lepas tu aku keluar tinggalkan mak sorang2 dalam wad sebab nak telefon abah and family pasal penyakit mak.
Aku tak tau nak buat apa-apa. I am 20 years old that time. And so much thing yang aku tak tahu.
Yes i admit, aku memang bodoh. Lepas dah inform abah and call my friends minta semangat sket, aku nangis tepi corridor wad sebab taknak mak nampak, lepas tu masuk semula wad nampak mak termenung.
Masa ni blur gila dengan time ni la period aku datang dengan aku tak bawak spare pape, dengan period painnye. Memang serabai gila aku masa tu. Tunggu abah aku datang bawak barang2 semua.
Yang aku ingat lagi dengan tengah susah hati mak sakit macam tu sekali, aku mengadu kat mak yang aku period pain pun mak masih cakap rehat lah. (cry) Nak peluk mak.
Aku menyesal, sebab masa tu aku memang bodoh. Aku tak jaga mak baik-baik. Kalau boleh diputarkan masa, aku nak balik semula ke masa tu, aku nak buat semua benda yang patut aku buat.
Kami tak pernah ada family yang masuk wad, sakit serius macam mak. Mak was the fisrt dalam family yang warded.
Kami dari kecik kalau sakit demam memang makan panadol je, amal petua sana sini, memang tak ada pergi klinik. Mak beranakkan kami pun kat rumah dengan bidan.
Nampak tak kami dengan hospital memang jarang berjumpa, bukan jarang tak pernah jejak pun.Jadi bila kene duduk wad, aku tak tau jaga orang sakit.
Ye, aku anak perempuan mak yang 20 tahun masa tu tak tahu nak jaga mak yang sakit tak ley bangun sebab kene cuci buah pinggang die atas katil. Sibuk nak balik kolej sebab fikirkan kelas dah start and ada program nak kene handle.
And yes, aku balik kolej, pergi kelas, and hari kedua aku inggalkan mak, adik call cakap mak dah kene strok.
Mak dah tak sedarkan diri. Petang sebelum tu elok je mak cakap, masa tu mak merajuk sebab doktor tak jadi bagi balik sebab tekanan darah mak turun, mak tak nak makan, aku paksa mak makan, tapi mak terus letak fon, then esoknya adik call nanges2 bagitau mak dah tak sedar.
Means mak terus stress sebab tak dapat balik rumah, die terus hilang semangat. Aku skip kelas, aku balik kampung semula. Terus direct pergi hospital, nampak mak yang dah tak sedarkan diri. Makcik pakcik sedara ramai datang tengok mak.
Malam tu, aku continue jaga mak, Tapi tu lah, Si bodoh ni jaga mak macam tak jaga. Ya Allah kesiannya mak (cry). Anak dia ni tak boleh diharap.
Sampai mak kene sawan pun makcik katil sebelah kejutkan aku sebab aku tertidur. Belakang badan mak bed sore, melecet, sebab air cuci buah pinggang dari perut die tu leaking.
Masa tu aku tak tau, sumpah aku tak tau nak buat apa, kalau mak boleh bangun mak nak pergi toilet memang aku teman, kompem aku mandikan mak, mak nak makan memang aku suapkan, mak nak minum memang aku lagi.
Tapi mak terbaring, aku tak tau nak buat apa. Yeee aku bodoh.
Last day mak, pagi tu aku nak balik kolej sebab ada program nak kene handle weekend tu, aku mandi and cium mak terus tinggal mak. Jumpa abah and adik kat luar wad tepi corridor, cakap nak balik, tapi kaki aku berat, duduk kat luar dulu.
Abah masuk sebab die kata die tak sedap hati. Tak lama lepas tu, abah call cakap mak dah takde! Berlari aku dengan adik masuk.
Baru berapa minit tinggalkan mak, mak terus pergi. Yang ni memang aku menyesal sampai sekarang. Sumpah aku anak tak guna kan. Sampai sekarang aku tak maafkan diri aku.
Kenapa tinggalkan mak. Kenapa sibuk sangat nak balik. Mak nazak pun aku tak tahu. Aku berdosa. Mak, ampunkan kita yeee. Mak pergi tinggalkan kami hari jumaat, penghulu segala hari. Tolong doakan mak kami ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sekarang aku dah kawen. Dah ada anak, alhamdulillah. Beranak of course la kat hospital kerajaan. Mandi sendiri, baju tukar sendiri, susukan anak kat wad pun belajar sendiri, even beranak ceaser, mostly semua buat sendiri, dah merasai sendiri baru tau.
Ditakdirkan 2 tahun lepas anak aku kene admit wad sebab jangkitan paru-paru. Duduk dalam wad buat aku teringat masa jaga mak kat wad.
Baru lah aku tau, as penjaga, semua benda peribadi pesakit kite kene buat sendiri. Nurse takkan buat, nurse takkan tolong kalau benda tu kite boleh buat sendiri. Tidur? Sekadar menghilangkan rasa mengantuk saja. Masa jaga mak dulu sumpah aku tak tau.
Kalau lah masa boleh diputarkan kembali, aku nak balik semula masa mak masuk wad dulu (which is i know it is imposibble),
Aku akan tolong mak gosok gigi, cuci muka, cuci rambut, lap seluruh badan mak dengan air suam, salin baju mak pagi petang, bagi mak wangi2, bagi mak selesa,
Amekkan mak wuduk, tolong mak solat, suap makan minum mak, bukakkan surah yassin sepanjang masa untuk mak dengar, aku sanggup berenti belajar jaga mak sampai sampai mak sihat.
Nak peluk cium mak puas-puas tiap-tiap hari. Kalaulah…
Mak…
Orang cakap, orang baik-baik biasa pergi awal. Orang tak nampak orang tak tahu tapi yang hidup dengan mak je tahu.
Mak dari muda jaga adik-adik, sebab arwah nenek pergi awal, mak jaga moyang, mak jaga anak buah. Jaga anak sendiri (yang paling nakal kite) lepastu jaga amek upah mengasuh anak orang lagi.
Mak amek upah jahit baju orang, lepas tu mengajar anak orang mengaji percuma pulak tu. Ya allah mak penat kan?
Allah sayang mak sebab tu Allah amek mak cepat kan? Allah nak mak rehat. Sebab mak dah penat buat semua sendiri. Kesian mak. Anak mak ni tak guna. Tak suka tolong mak. Selalu susahkan mak. Tapi kite rindu mak.
Guys, sesiapa yang tengah diuji dengan family yang sakit, semoga korang diberi kekuatan menjaga mereka, In sya Allah dengan berkat kesabaran korang Allah pulihkan mereka dengan kasih sayangNya.
Mana yang Allah ambil, kite redha dan masa yang ada dengan mereka tu hargailah.
Jangan jadi macam aku, menyesal sampai sekarang. Dan juga, if mak ayah kite cakap tak sihat tu, demam tak baik-baik, kerap sakit, bawaklah mereka pergi check up penuh.
Jangan lambat macam jadi macam mak aku. Aku tak nak korang rasa menyesalnya aku sekarang sebab tak tahu semua tu dulu.
Bila kerap sakit dan lambat sihat, means something wrong with their body. Bawak diorang pergi check up ok. Full check up. If tak ada sakit alhamdulillah.
Yang terakhirnya, mari kite sama-sama doakan sesiapa yang sedang dilanda musibah kesakitan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
– Perindu Sepi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit