Penyesalan Yang Tak Bererti

Assalamualaikum, terima kasih admin seandainya confession ni tersiar. Aku Inara, umur hampir dipenghujung 20-an, mempunyai seorang anak. Aku berkahwin masa umur aku 26 tahun, bersama seorang lelaki pilihan. Suami aku bukan dari university yang sama, malah suami ku tak menyambung study pun. Lepas habis SPM, beliau terus bekerja. Rezeki beliau tertulis sebegitu.

Tujuan aku confess ni hanyalah untuk melegakan sikit rasa hati, bukannya untuk membuka aib sendiri atau sesiapa. Masa aku mula2 kenal suami, beliau satu-satunya lelaki yang paling berusaha dan serius untuk mendapatkan aku. Memang jodohku dengan beliau, kami berkahwin setelah 3 tahun perkenalan. Ibu dan ayahku juga senang dengannya sebab beliau seorang yang berbudi bahasa, hormat orang tua dan rajin tolong menolong.

Namun di alam perkahwinan, betul apa orang kata, bila tinggal sebumbung, tidur sekatil, baru kita nampak perangai sebenar pasangan kita. Segala baik buruk terserlah. Maka disitulah kita teruji sama ada kita boleh menerima/ menelan sisi buruk pasangan kita. Untuk pengetahuan semua, biasanya kita akan diuji dengan perkara yang paling kita takuti sekali.

Sebagai contoh, kalau kita takut akan dapat pasangan yang curang, kita akan diuji dengan ujian tersebut. Kalau kita takut akan jatuh miskin, kita akan diuji dengan ujian tersebut. Aku juga, diuji dengan perkara yang aku takut iaitu mendapat pasangan yang tak menjaga solat. Dan itu yang aku dapat. Bila aku dapat tahu hal ni, aku jadi stress pada mulanya dan sampai satu tahap dah jadi tak peduli sebab terlalu makan hati kerana apabila menegur, beliau berkata “awak jangan sebuk, kubur kita lain lain!” Baik.

Aku bukan nak kata, kami para isteri ye ada pendirian juga. Maksudnya bila dapat suami yang kurang baik, kami boleh aje jadi baik. Tapi lama-lama perangai kami juga slow slow akan berubah disebabkan ketua keluarga kami sebegitu. Bukan nak bagi alasan, but that’s how it works. Ketua tak lead dengan betul, kami juga akan terikut jadi serong. Aku boleh tolerate everything else, but not bab solat. Mungkin sebab tu lah aku diuji. Bagi aku, kalau dengan Tuhan beliau boleh buat sambil lewa, aku dan anak apatah lagi.

Aku cuba redha dan terima, adakalanya aku menyesal. Aku ingin dipimpin, aku ingin suami yang ajar aku mengaji. Tapi kalau solat pun kelaut, mengaji kau rasa? Sumpah dalam 3 tahun kahwin ni aku tak pernah dengar atau nampak beliau sentuh Al-Quran. Aku cuba redha, mungkin bukan rezeki aku nak dapat suami yang excellent bab tu, sungguhpun bab tu ialah bab yang terpenting.

Beliau rajin tolong hal2 rumah, beliau tidak berkira, beliau spend masa dengan anak, beliau sweet dan romantic, beliau setia. Cuma satu tu saja yang aku masih belum dapat hadam. Tapi aku sedar, siapalah aku. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun sentiasa mendoakan umatnya dan tidak ada bias terhadap islam dan bukan islam, apalah sangat dengan aku yang punya suami tapi tak menjaga solat. Lagipun, itu kan hal beliau dengan Maha Pencipta. Maka pandai-pandailah beliau menjawab sendiri nanti.

Aku cuma nak cerita, bila tak jaga solat ni, rumahtangga boleh jadi kucar kacir. Gaduh disebabkan benda kecik, dan jadi besar. Ada satu tahap tu aku rasa no point aku je beria doa time tahajjud, time solat hajat kalau suami sendiri nak buat yang wajib pun payah. Last-last aku juga terjebak lepas solat cecepat je lipat telekung. Doa pun dah tak sempat. Mengaji lagi lah. Astaghfirullah. Aku yang sangat jahil. Aku sedih dengan diri aku sekarang, sangat jauh beza dengan dulu.

Ada time aku kuat, ada time aku lemah-selemahnya dan rasa nak give up, sebab aku terasa seperti beliau sengaja nak membawa aku dan anak ke arah yang jauh dari Allah. Mungkin kah jika aku redha dan terima seikhlas hati dengan kelemahan suami ku, aku akan lebih bahagia?

Maybe… and maybe not.

– Inara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *