Semenjak seminggu dua di page IIUM Confessions kecoh pasal rumah sewa. Saya pun ingin bercerita dan perlukan pandangan dari orang ramai mengenai rumah sewa saya.
Untuk makluman, saya berumur 27 tahun dan merupakan seorang lelaki. Saya merupakan pelajar lepasan universiti dan bergraduasi pada tahun 2017. Impian saya sejak dulu lagi ingin memiliki 3 buah rumah.
Alhamdullilah pada tahun lepas, impian saya tercapai kerana dapat membeli rumah pertama iaitu satu buah rumah “low cost first hand” di Johor Bahru yang berharga bawah RM 100K.
Walaupun bergaji kecil di Johor Bahru di antara RM2K-2.5K, impian saya untuk memiliki rumah selesa belum terpadam. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan rumah lelong sebagai rumah kedua dan rumah ketiga bila mana saya sudah berkahwin dan bersedia untuk “settle down” di satu tempat.
Berbalik pada tajuk saya, pada awal tahun ini iaitu pada tahun 2020, saya telah menyewakan rumah pada satu keluarga. Ketua keluarga terbabit berumur lingkungan 40 tahun keatas. Sejak dari hari pertama berurusan dengan pak cik terbabit, ada saja perkara yang menyakitkan hati.
Namun, disebabkan tidak mahu kerugian sekiranya tiada penyewa, saya telah menyewakan rumah tersebut pada pak cik terbabit. Saya telah menyewakan rumah tersebut pada kadar sewaan RM500 sebulan. Rumah terbabit telah direnovate yang memakan belanja hampir RM10K.
Mungkin disebabkan umur terlalu muda (mungkin la) sebagai tuan rumah, pak cik terbabit seolah-olah memperlekehkan saya. Dari surat perjanjian sampai ke sekarang ada je masalah. Saya mungkin noob dari penyedian surat perjanjian sewa rumah.
Sebenarnya boleh je hire agent untuk urus tapi disebabkan nak jimat kos saya buat sendiri. Saya telah meminta penyewa untuk sediakan 2 salinan slip gaji dan kad pengenalan untuk urusan surat perjanjian.
Adakah salah saya minta benda tu semua??? Sedangkan hasil dari bacaan saya di internet tidak salah untuk buat demikian. Didalam surat perjanjian, segala gambar dalam rumah saya buat sebagai bukti yang mana saya serahkan rumah dalam keadaan baik.
Semua bil air dan api saya masukkan sekali untuk menunjukkan tiada tunggakan semasa penyewa menyewa rumah tersebut. Hasil penat lelah saya siapkan surat perjanjian sewa rumah bila masa untuk sign dia boleh cakap saya budak mentah dan sepatutnya tidak perlu ada perjanjian mcm ni.
Saya telah meminta duit deposit 2+1+1 yang berjumlah RM2100.00. Pelbagai alasan diberi untuk ditiadakan deposit. Namun, saya berkeras duit cagaran perlu ada. Akhirnya pak cik terbabit telah menyewa rumah saya dan surat perjanjian terbabit berjaya dimatikan di LHDN.
Satu lagi masalah timbul bila musim COVID19, penyewa meminta supaya tiada punggutan duit rumah sewa disebabkan kerajaan telah bagi kelonggaran 6 bulan tidak perlu bayar. Saya tetap cakap yang rumah sewa tetap perlu dibayar walaupun ada moratorium.
Penyewa cakap saya kapitalis sebab tidak paham kesusahan orang. Ok saya cakap boleh ditangguhkan selepas 6 bulan kena bayar double. Tapi kena ada perjanjian dulu. Tidak boleh cakap kosong.
Saya kena marah lagi dengan penyewa dan dia berkeras tak nak bayar sampai cukup 6 bulan baru start bayar balik itu pun dengan kadar biasa tiada double.
Siapa owner sekarang saya ke pak cik tu?? Sedangkan dalam klause perjanjian tiada tunggakan dibenarkan. Cuma saya dah tekad, lepas raya saya nak halau penyewa. Tetapi didalam perjanjian, tempoh sewaan dalam setahun. Adakah perlu tunggu smpai hujung tahun atau saya boleh halau.
So apa perlu saya buat dengan orang macam ni???? Boleh ke saya halau orang macam ni??? Ada cadangan boleh bagi komen. Nanti saya baca.
– Bujang Noob (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit