Banyak betul aku baca cerita tentang penyondol dan suami yang rela serta membuka ruang untuk disondol. Teringat pula akan kisahku.
Seperti perempuan dalam artikel yang sebelum sebelum ni, aku juga pernah menyondol lelaki orang.
Aku seorang perempuan yang tidak pernah mempunyai hubungan sebelum berkenalan dengan M, seorang yang menjaga solatnya namun masih kalah dengan godaan syaitan.
Aku namakan dia M. Aku bertemu M ketika umurku awal 20-an ketika aku sedang berkerja part time di sebuah pusat retail ketika cuti sem.
M sangat periang, suka membuat lawak bodoh dan aku jenis senang terhibur akan lawaknya. Pada ketika itu, aku tidak menyangka M sudah berkahwin kerana umurnya yang masih muda.
Aku mendengar cerita bahawa dia sudah mempunyai isteri dari rakan sekerja yang lain selepas 2 minggu aku bekerja di situ.
Pada awalnya kami tidak serapat mana, cuma sebagai rakan sekerja biasa yang suka bergurau. Aku juga ketika itu sedang mempunyai teman rapat lelaki yang lain. Aku juga cuba menjauhkan diri setelah tahu M sudah berkahwin.
Beberapa bulan berlalu, entah mengapa, ketika M dapat tahu bahawa aku hendak berhenti kerja atas sebab melanjutkan pelajaran, M jadi semakin rapat denganku.
Kisah bermula ketika kami sedang break bersama, shift pagi itu hanya terdapat kami dua orang bersama seorang lagi staff lain.
Kami berbual seperti biasa dan setelah habis break, M menghantar satu pesanan mesej ke aku. Oh sebelum ini kami tidak pernah chat ya, cuma dia ada chat aku untuk bertanya tentang shift sekali dua.
Malam itu, M meminta aku untuk menghantar M balik ke rumahnya kerana keretanya sedang rosak. Aku mengiyakan. Di dalam kereta, dia mula memegang tanganku.
Aku terkejut lalu menarik tanganku kembali namun M memujukku dengan mengatakan yang selepas ini dia tak akan jumpa aku dah. Aku yang bodoh ketika itu pun membenarkan perkara itu berlaku.
Dipendekkan cerita, setelah aku berhenti kerja, kami berjumpa beberapa kali diluar. Dan bermula dengan sekadar memegang tangan, namun membawa ke perkara yang lebih teruk tapi masih belum ke tahap zina.
Aku sedar perkara itu salah dan berdosa, dan aku meminta untuk dia jangan contact aku tetapi dia memujukku dan akhirnya aku kembali terpedaya.
Aku yang tidak pernah merasa disayangi oleh lelaki sebelum ini hanyut dengan layanan yang diberi oleh M. Kami selalu videocall, hampir setiap hari ketika dia di tempat kerja.
Setelah hampir 3 bulan berkenalan, kami akhirnya melakukan dosa zina dan perkara itu berterusan setiap kali kami berjumpa.
Bodohnya aku sedangkan aku sedar ketika itu aku cuma dipergunakan, namun masih kalah dengan hasutan syaitan.
Setiap kali kami melakukan dosa tersebut, aku bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Aku juga pernah menipu M bahawa aku sedang period atas dasar tidak mahu melakukannya. Aku meminta Allah tunjukkan jalan kerana aku rasa aku sudah mula jauh tersasar.
Setelah 5 bulan berkenalan, M mengajakku untuk kahwin. Katanya dia serious denganku. Seperti mulut lelaki buaya yang lain, dia mengatakan bahawa dia dan isterinya sedang bergaduh dan akan bercerai bla bla bla.
Aku mengatakan kepadanya untuk memberi ku masa kerana aku masih sedang belajar.
Dia menurut lalu memperkenalkan aku kepada rakan-rakan serta membawa aku ke rumah keluarganya. Tak malunya aku kerana mengikut dia kesana sebagai orang ketiga.
Isterinya juga pernah menangkap perbuatan kami kerana dia lupa memadamkan conversation nya bersama ku di whatsapp.
Aku juga berjanji kepada isterinya bahawa perkara itu tidak akan terulang lagi namun dalam diam masih mempunyai hubungan bersama suaminya (pada ketika itu).
Hari demi hari berlalu, aku cuba memikirkan dalam dalam akan perkara ini. Oh kami juga sudah berhenti melakukan perkara terkutuk itu.
Aku melakukan istikharah berulang kali supaya Allah menunjukkan jalan kerana aku tidak mahu menjadi orang ketiga, dan aku juga tahu aku tidak mampu makan hati sebagai isteri kedua jika kami berkahwin nanti.
Dan akhirnya aku pilih untuk mengundurkan diri memandangkan umur aku masih muda dan kehidupan aku masih mempunyai banyak halangan di hadapan.
Aku akui kesilapan aku ketika itu, mungkin atas faktor umur ku yang baru sahaja berumur 20 dan senang terhasut akan pujuk rayu lelaki.
Silapnya aku tersalah mempunyai perasaan untuk suami orang. Aku sudah bertaubat akan dosaku. Aku juga sudah memohon maaf kepada isterinya.
Aku berharap aku juga akan berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang status suami orang.
Sekian cerita dari seorang perempuan yang pernah menjadi bodoh.
– Nini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit