Kisah ini kisah aku. Kesal yang tidak berkesudahan setiap kali teringat kesilapan sendiri. Hasil daripada perbuatan ini, aku kehilangan kawan, dan dipandang hina oleh kawan aku sendiri.
Ini kisahnya…
Aku dan kawan aku yang aku namakan sebagai Cikty merupakan rakan sekuliah. Aku pon tak ingat sebenarnya macamana hubungan kami tiba-tiba menjadi rapat.
Kalau nak diikutkan, masa zaman study, kami takdelah rapat sangat, cuma sekadar bertegur2/ senyum2/ hai-hai bye-bye sahaja ketika berselisih di dewan kuliah/ kelas/ fakulti.
Cikty dan aku tiba-tiba menjadi rapat, kami berkongsi cerita dan kerap keluar lepak bersama.
Cikty pernah bertunang, dan putus tunang. Selepas peristiwa dia putus tunang, dia menjadi bertambah rapat dengan aku, dan dia sangat selesa bercerita masalahnya kepada aku.
Aku kira, dia dah mula menganggap aku seperti adiknya, kerana usianya yang setahun lebih tua dari aku.
Pada satu hari, Cikty berkenalan dengan seorang lelaki yang aku namakan sebagai Roy. Cikty banyak bercerita pada aku tentang Roy, dan aku hanya mendengar dan melayan sahaja setiap ceritanya.
Hinggalah pada 1 tahap, Cikty share no telefon aku pada Roy, dan Roy mula mesej2 aku, kononnya dia nak aku menjadi orang tengah dalam merapatkan hubungan mereka berdua.
Pada aku, inilah titik tolak bermulanya kebodohan aku dan Roy. Entah kenapa, lama-lama aku mula menyimpan perasaan kepada Roy. Which is pada aku, aku TAK PATUT melayan Roy dari awal, dan seterusnya melayan perasaan Roy.
Sumpah aku rasa bersalah sangat. Tapi itulah, masa tu jiwa muda yang ingin bercinta dan ingin disayangi telah mengaburi kewarasan aku.
Aku mula ber”abang” dan ber”sayang” dengan Roy. Yaaaaaaaaa… ia tanpa pengetahuan Cikty. Jahatnyaaaa!!
Kami pernah keluar bertiga bersama, dan pada masa kami lepak tu.. Roy dan aku banyak bermain mata dan memberi isyarat antara satu sama lain.
Ya Allah, teruknya aku rasa sekarang ni bila teringat balik apa yang aku & Roy lakukan terhadap Cikty.
Satu hari, aku rasa aku dah tak boleh lagi berbohong, dan aku terus mengaku kepada Cikty segala silap aku dan aku memang menyesal, sebab aku terlalu rasa bersalah sebab terlalu melayan Roy.
Sumpah masa tu, aku betul-betul minta maaf pada Cikty, sebab aku tak sanggup meneruskan hubungan aku dengan Roy, pada masa yang sama juga, aku putuskan juga hubungan aku dengan Roy, sebab aku rasa bersalah pada Cikty.
Ya, hubungan aku & Roy tu tak lama pon, mungkin dalam 1-2 bulan. Tapi aku faham sakitnya perasaan Cikty kerana dikhianati oleh kawannya & boyfriend sendiri. Dia betul-betul mengamuk dan membenci aku. (aku kira, aku memang layak untuk dibenci)
Kini, setelah hampir 15 tahun, perasaan bersalah itu masih menghantui aku. Aku dan Cikty telah terputus hubungan. Dia telah memutuskan hubungan persahabatan kami,
Ya.. aku tau, aku patut dihukum dan dibenci olehnya.
Aku pernah cuba menghubungi Cikty dan meminta maaf darinya. Aku betul-betul menyesal, namun hanya kata-kata cacian yang aku dapat dari Cikty.
Ya Allah, aku sudah cuba untuk mendapatkan kemaafan darinya.
Pada usia hampir mencecah 4 series ni, aku berharap Cikty dapat maafkan aku. Aku benar-benar rasa bersalah atas kebodohan aku pada masa itu.
Adakah dia masih membenci aku? Adakah dia masih berdendam dengan aku? Adakah dia sudah memaafkan aku? Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran aku.
Menjelang usia tua ini, aku harap Cikty dapat memaafkan aku. Aku sungguh rasa bersalah.
Setiap kali aku solat taubat, ini antara yang selalu aku doakan, semoga Cikty diberi kelembutan hati untuk memaafkan aku. Aku takut aku tak dimaafkan.
Aku cuma inginkan kemaafan dari Cikty.
Aku tak tau berapa lama lagi aku akan hidup. Usia semakin bertambah, kubur pon dah semakin dekat, aku harap sangat dia maafkan aku, agar aku dapat pergi dengan tenang.
Aku kesal dengan kebodohan dan ketidak wajaran aku yang lalu, dan kekesalan itu sentiasa menyelubungi hidup aku.
Tolong maafkan saya kak Cikty. Saya bersalah pada akak.
Yang sentiasa rasa bersalah,
– Aku yang tiada nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit