Penyond0l Itu Ada

Hai. Tajuk nampak macam klise kan? Kalau sebelum ini mungkin kita selalu dengar kisah penyondol dari perspektif isteri atau suami atau penyondol itu sendiri.

Tapi, hari ini saya nak cerita kisah penyondol dari perspektif ahli keluarga.

Saya ada adik lelaki. Saya namakan dia A. Sudah berkahwin. Belum mempunyai anak dan PJJ dengan isterinya, B.

Nak dijadikan cerita adik saya ni terkantoi berhubungan dengan beberapa perempuan yang dikenali di aplikasi media sosial.

Ada yang dah pernah berjumpa, ada yang berhubungan di alam maya sahaja. Semua perempuan yang A kawan tu tak tahu A telah berkahwin.

Selepas hubungan tu diketahui, isteri A ada menghubungi perempuan yang berhubungan dengan suaminya tu.

Ada yang terkejut, ada yang menangis tak sangka ditipu. Ada yang berjanji nak menjauhkan diri, nak block contact.

Namun, ingatkan dah settle dah tapi rupanya dalam ramai² perempuan tu ada sorang yang masih lagi berhubung dengan A. Saya namakan dia F.

F kalau awak baca confession ni, tolonglah terasa ye sebab saya memang tujukan confession ni untuk awak.

F ni bila dah tahu A ni menipu dia, dia terkejut dan berjanji takkan berhubungan lagi dengan A.

Nampak macam dah pasrah tapi rupanya menipu je. Kantoi dorang masih bermesej. Katanya A mesej guna nombor lain. Dia tak berdaya nak elak dari melayan A.

Saya memang marah sebab pada awalnya dia tak tahu A dah berkahwin.

Ok, saya tak salahkan dia sebab dia tak tahu tapi kalini bila F dah tahu tapi masih lagi melayan A saya jadi marah. Apatah lagi isterinya.

Saya nasihatkan F jangan berhubungan lagi dengan A dan sekali lagi dia berjanji akan block contact A.

Dia turut block saya di Whatsapp dan Facebook. Its ok sebab semua gambar yang dia ada kat Facebook sempat saya simpan.

Baru² ni, terkantoi sekali lagi rupanya A dan F ni masih berhubung lagi. Ya Allah. Terkejut saya. Betul lah penyondol tu memang ada.

Korang, saya tak salahkan F ni je. Saya salahkan adik saya A ni jugak. Cuma kenapa saya lebih highlight kepada F sebab pada saya sekali buat salah, kite boleh maafkan tapi kalau berkali² camana?

Kalau saya sendiri pun marah, korang bayangkan lah perasaan isterinya tu macamana? Perasaan mak abah saya macamana?

FYI, kisah kecurangan A ni memang satu keluarga tahu. Menanges mak saya siang malam. Allah je yang tahu.

Buat F, tolonglah jadi perempuan yang tinggi maruahnya. Awak dah tahu A tu suami orang tapi kenapa awak masih lagi melayan ye?

Apa dah takde lelaki lain ke kat dunia ni yang awk ada? Cinta sejati ke tu? Kesian saya tengok awak F. Asyik ditipu je kan?

Tapi masih tak serik dan tak tahu malu. Kami semua masih lagi beri peluang kepada awak untuk mengundur diri, berpijak dibumi yang nyata.

Jangan sampai keluarga awak menanggung malu akibat perbuatan awak ni.

Sekian.

– Madu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *