Penyondol Menyondol Terseksa Dan Disisa

Saja aku tulis tajuk bagi dramatik lunatik. Moga tulisan aku jadi pengajaran untuk ibu-ibu bapak-bapak di luar sana.

Aku Mona, ibu kepada tiga cahaya mata. Bekerja di Pantai Timur, Barat, Utara, Selatan Malaysia. Aku wanita bekerjaya, dan juga ibu serta suri rumah tangga yang amat taat pada kerja-kerja rumah walaupun aku bekerja.

Pulang kerja, aku terus masuk dapur, uruskan rumahtangga sehingga esok harinya. Itu rutin hidup aku sekeluarga. Anak-anak aku ajar solat, mengaji cukup. Makan cukup. Letihnya aku, hanya aku dan Allah yang tahu. Tapi semua itu pahala. Setiap letih kita sebagai ibu, Allah balas sewajarnya.

Suami aku, bekerjaya juga. Ada rupa. Ada segalanya. Sudah 10 tahun berumahtangga. Kerjaya suami aku, segala harta yang ada—kami bina bersama-sama. Jatuh bangun susah dan senang.

Suami aku interview jauh ke negeri seberang, aku ambil cuti, aku teman, aku drive kerana suami kepenatan. Walaupun kandungan aku dah masuk 9 bulan. 400km, bukan calang-calang. Hasilnya, kami ada segalanya. Tapi segalanya bersama-sama.

Suami aku seorang yang gembira, malah aku juga gembira. Anak-anak aku semuanya sihat terjaga, bijak-bijak belaka. Kami sangat bahagia.

Tapi langit tak cerah sampai petang, sang penyondol masuk menyondol. Ibarat khinzir buta malah kelaparan, mahu disondol semua hasil-hasil tanaman aku. Yang aku semai benih, aku tatang, aku baja. Kini aku mahu tuai, kau datang membawa sondolanmu.

Butanya khinzir itu, sehingga dia tidak kenal aku siapa. Apa kebolehanku. Apa keberanianku. Jauh mana akalku? Wahai khinzir, kau tidak tahu. Sesungguhnya engkau khinzir yang buta. Aku bertekad: Akan ku cantas muncung khinzirmu! Haha.

Tak lama. Tiga hari selepas mereka memulakan langkah kaki, aku sudah tau ada tidak kena dengan suami aku. Macam mana aku tau? Wahai isteri, kau jangan setia membuta tuli. Jangan kau husnuzon pada yang bukan maksum. Kau perhatikan setiap gerak-geri. Kerana aku sangat memerhati.

Aku tahu, khinzir itu sedang membuka tapak mahu menyondol ladang nenasku. Haha… Aku biar saja dulu. Aku mau tengok sejauh mana mereka mahu pergi. Biar aku masa tu sebab aku busy—banyak kerja perlu aku siapkan—tapi aku berhenti separuh jalan. Kerana sondolan makin berbisa. Aku rasa khinzir ini patut saja aku tembak mati. Tapi jangan. Itu aku yang bunuh diri. Hahaha!

Cukup masanya, aku mulakan konfrontasi. Aku bersemuka dengan suami… Aku mendekati penyondol itu, setapak demi setapak. Tapi langkah pertama aku tersilap. Itulah bila emosi menguasai. Kerana emosi, aku pilih mengundur diri…

Kemudian aku tengok satu-persatu wajah anak-anakku. Mana boleh aku mengundur diri? Penyondol itu agak senang hati. Sudah pack baju konon-konon mahu kahwin lari. Mahu tinggal keluarga sendiri, demi lelaki yang kau musnahkan jasad dan keturunannya. Sungguh kau khinzir yang buta hati! Maka aku susun strategi.

Aku mahu report pada majikan dia. Aku mahu charge akta gangguan rumah tangga. Dia kata dia mahu saman dan report polis aku kerana tak cukup bukti. Betul juga. Tapi wow? Kau cabar aku ya Barbie? Maka aku WhatsApp linkkan phone lakiku ke laptop kerjaku. Ya, lakiku tak tau. Hahaha… Dan aku restore segala conversation, malah aku record segala conversation baru. Aku snap location.

Ahh, malas lah nak tulis bukti-bukti. Tapi sudah cukup untuk aku gertak dan ugut si Barbie. Mula-mula si Barbie agak was-was. Dia macam tau itu aku. Diminta send satu selfie. Tapi aku lebih bijak ke depan. Maka aku cari gambar-gambar lama yang lakiku hantar padaku. Aku send satu selfie lama kasi dia happy.

Alhamdulillah, Barbie happy… “Dear, jom kahwin lari…” Ahhh, kau memang naif lagi Barbie! Kau percaya dan terus pack baju mahu kahwin lari. Walhal aku yang ajak kau main kawen-kawen lari. Hahaha! Ya, strategi pertama aku menjadi. Aku sudah cukup bukti. Aku takkan buat semua ini kalau kau tak cabar aku, wahai Barbie.

Khinzir dah tukar Barbie sebab langkah dia selepas ni amat penyakitkan hati.

Suami aku sudah kembali ke pangkuan aku dan anak-anak. Kami bahagia dan happy. Kau jangan tanya macam mana aku percayakan suami aku semula? Kerana aku tak terima dia buta-buta. Ada perjanjian: jika hal ini berlaku lagi, dia akan hilang segalanya. Yang tinggal hanya sependa.

Dia sign setiap butir aku tuntut, bersaksikan peguam, berpaksikan Yang Maha Esa, dan Rasul Muhammad bin Abdullah SAW. Demi masa depan anak-anak aku, kau tanggung segala dosa jika kau aniaya kami yang bergolok gadai berjuang bersamamu.

Aku minta cincin kahwin baru, segalanya baru, tahun baru—tapi bukan anak baru. Tiga mencukupi. Aku mahu fokus membangunkan keluarga, membahagiakan suamiku yang selama ini mungkin sedikit terabai tanpa aku sedar. Aku muhasabah diri. Suami juga muhasabah cari kesilapan kami.

Tapi Barbie itu belum berhenti. Aku bagi tempoh 20 hari untuk dia berambus dari rumah sewanya. Aku tahu lokasi, dan aku baik dengan kejiranan yang dia duduki. Dia pindah keluar (patut pula—mungkin kerana dia mula sedar aku jelmaan naga Tasik Chini).

Tapi dalam diam, dalam naga-naga aku pun, dia share live location pada suamiku. MINTA, MERAYU AGAR DIRI DIJEJAKI. Hahaha, dasar Barbie!

Bodohnya dia. Dia tak kenal laki aku ni buta IT. Nak link WhatsApp phone pun jenuh mencari. Inikan nak buka live location kau wahai Barbie. Makanya… AKU YANG TRACE DIA SETIAP HARI. Hahahaha! Sapa suruh kau murah hati kongsi?

Mana dia shopping, mana dia makan, mana dia check-in. Memang dasar perempuan murahan. Hari-hari aku perhatikan dia. Mesti dia happy, ingatkan masih diingati. Rumahnya si isteri yang menyekodeng si Barbie. Hihihihi… Aku tak buat apa-apa pun, cuma perhati. Kadang-kadang aku ronda rumah baru dia. Kasihan pun ada.

Kau kan ada peluang untuk cari bahagia sendiri. Kenapa tagih pada yang dah berpunya? Apalagi disuruh buang kami. Kau kata kau tak mau kongsi, kau irakaza dari neraka. Kerana tiada hati perut kau Barbie, aku jadi nakal begini. Asalnya, aku tak mau pun buat kau macam ni. Aku kesian.

Tapi baru-baru ni, aku buat kenduri. Aku jemput kawan baik dia, tapi aku pura-pura tak tau mereka berkawan. Mungkin selepas itu, kawannya memaklum situasi kami—betapa bahagia si suami di samping isteri dan anak-anak. Barbie sedih hati mungkin, hilang harapan. Terus ditutup live location. Maka terpadamlah satu side hobby aku. Kena cari hobby baru selepas ini.

Nama Instagram yang combine nama dia dan suamiku pun dah ditukar. Tinggal namanya saja. Baguslah kau Barbie. Carilah haluan sendiri. Takkan ada bahagia kalau dibina dengan derita, apatah lagi menganiaya anak-anak tak berdosa.

Aku doakan satu hari nanti, kau rasa apa yang aku rasa. Kau rasa sakitnya dicurangi, malah aku doakan kau sakit berkali ganda.

Buat wanita, carilah kerja. Sesempurna mana kita, sebaik mana suami—pinjaman Tuhan itu semua. Tak disondol Barbie, diambil Tuhan. Jangan bertindak ikut emosi. Belajar dari kes Hanafi.

Tindakan seiring emosi, kelak makan diri. Pikir 10-20 tahun ke depan. Tengok muka anak-anak. Baliklah kita pada Tuhan, mengadu, merayu di atas tikar sejadah. Allah Maha Menyayangi. Tapi diuji kalau tak mampu lalui.

Buat sang lelaki, bapak-bapak. Tengoklah wajah anak-anak. Di saat kau hilang kasih sayang pada isterimu—kasih sayang yang ada pasang surut ibarat air laut—jangan kau hanyut.

Kelak masa tua, kau tiada siapa-siapa. Akhirat kau kosong. Hampa. Kerana anak yang patut kau bentuk, kau isi dengan kasih sayang dan agama—anak yang boleh bekalkan kau dengan doa ke syurga—kau abai hanya kerana mengejar vagina wanita.

Nabi Muhammad SAW berpesan: “Apabila anak Adam mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara: anak soleh, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah.”

Rugilah kau jika hidupmu hanya mengejar vagina wanita dan serabutnya menguruskan mereka. Haha!

Alhamdulillah. Allah pulangkan suamiku dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kerana aku mencari redha dalam ujian. Blessing in disguise. InsyaAllah. Doakan kami.

– Mona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

    • Perlu diingat suami itu manusia, wlupun sudah insaf dan maaf terucap, sejarah mgkin akn berulang. This is real

  1. Bagus, wanita macam ini lah yang kita mahukan, Terus berjuang mempertahankan rumah tangga dan tidak memberikan peluang kepada penyondol untuk terus menyondol.

  2. Wow…bagus sis…tahniah krn tidak membenarkan khinzir buat onar di ladang sis.

    Aku doakan penyondol tu sedar akan dosanya dan dpt kifarah

  3. Alhamdulillah puan dah makin cerdik. Baguslah buat perjanjian sebab itu akan membuatkan si suami berfikir dalam-dalam. Saya yakin puan bertahan demi hak anak-anak puan.

    Nak poligami harmoni tu memang dibenarkan Allah tetapi bilamana memusnahkan rumahtangga sebelum ni sampai bercerai-berai, itu salah dan berdosa. Anak-anak yang tak bersalah jadi mangsa. Sedih wei tengok anak-anak kecik tak cukup makan lepas bapak dia lari ngan perempuan lain. Allahu. Jika dengan beristeri satu itu membolehkan si suami jaga kebajikan anak-anak sepenuhnya, itu lebih baik. Kualiti>kuantiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *